Kerja aku sebagai pelayan kedai makan kadang membuatkan aku jelak dengan gelagat keldai-keldai cinta dan menyedarkan aku sendiri kerana diri ini juga dulu salah seorang dari mereka. Syukur ku panjatkan pada Mu Ya Allah, kerana memelihara ku dari terus hanyut. Aku memandang keldai-keldai cinta ini seperti boneka mainan iblis dan syaitan yang kerjanya hanya menyesatkan umat Islam.
Mereka hipokrit. Menipu diri sendiri. Mereka menafikan hukum Allah. Masakan tidak, pergaulan yang bebas antara lelaki dan perempuan ini tanpa ada ikatan yang sah, kekadang mengalahkan pasangan yang sudah berkahwin. Apa hak mereka untuk melakukan demikian? Tidakkah mereka hanya menipu diri sendiri? Hipokrit yang nyata.
“Kami tahu batas pergaulan kami. Kami tak pegang-pegang tangan. Kami saling hormat menghormati. insyaAllah ada jodoh kami akan kahwin”. Ini satu jawapan tipikal yang selalunya aku dapat dari kawan-kawan. Bila aku tanya pada mereka tentang hukum keluar dating ini. “Dating, berdua-duaan itu dah memang haram”. Itu sahaja jawapan aku. Sebab aku tak mahu terus menegakkan benang yang basah kerana mereka ini telah terbius dengan fahaman minda yang terlalu terbuka dan terbudaya begitu. Memang sesuatu yang mustahil untuk mengubahnya. Selalunya mereka akan mencari hujah yang akan membolehkan mereka menghalalkan cara.
Kasihan wali-wali si gadis yang dikepit ke hulu ke hilir oleh si laki. Dayus wali mereka apabila anak-anak gadisnya berkhalwat dan melakukan maksiat di luar sana. Sedangkan wali-wali si gadis tidak tahu akan maksiat yang dilakukan.
Mereka HIPOKRIT. Meraka menipu diri sendiri. Mereka menipu wali-wali cinta. Mereka menipu Tuhan. Wahai saudara-saudari seagamaku, jika anda benar-benar sayangkan hubungan mu, bimbinglah ia ke syurga. Bimbinglah ia mencari cinta abadi. Pada yang bernasib baik dapat mengakhiri hubngan hingga ke jinjang pelamin, bersyukurlah pada tahap itu kerana Tuhan mungkin sedang mengaturkan sesuatu untuk anak-anakmu. Jika tiada mungkin ini suatu istidraj. Minta dijauhi. Moga kita sentiasa di dalam lingkungan rahmat dan berkatNya.
6 comments:
yaya ! btoi2 . skrg da jadi trend cm toh . toi ta ? hrap2 t semua dpt petunjuk laa ea ? hee :)
yer...aku dlupn mcm tu...alhamdulillah...takkan masuk lubang dua kali...moga tuhan pelihara kita semua...
entri menarik. =)
terima kasih daun keladi. esok2 singgah la lagi...
jeng2,,saya singgah lagi..hehehe
#buang la word verification tu.
saya nak komen terganggu.hehehe
verification ape tu???aku tak tahu...nanti try check...
Post a Comment