Saturday, 18 June 2011

NIAT...

Niat, tu yang buat aku menung sepanjang minggu ni. Aku tak boleh update blog hari-hari. Sebab takde fasiliti untuk mengakses internet di mana saja. Lagipun diri ini terlalu sibuk untuk menulis. Semuanya ada dalam kepala. Tapi badan terlalu penat untuk menulis. Hujung minggu baru ada masa. Itupun selit la kat mana kedai yang ada wi-fi fasiliti.

Apa niat aku menulis blog sebenarnya? Mula-mula dulu memang kerana seseorang. Mula-mula dulu memang kerana nak luahkan rasa. Mula-mula dulu aku menulis sebab dalam kepala ni terlalu banyak yang nak diluahkan. Terlalu bahaya untuk terus disimpan.

Nak ikutkan dah lama dah aku menulis. Dulu masa kat U dulu ada gak menulis puisi-puisi. Tapi untuk sendiri-sendiri baca. Tapi lastly terkantoi juga dengan roomate. Sebab aku tulis kat dlam PC dia. Aku? Aku mana mampu nak beli PC masa kat U dulu. Paling membanggakan roomate aku puji hasil karya aku tu.

Sekarang, aku still lagi menulis untuk seseorang. Masih lagi meluahkan rasa yang sama. Tapi, perlahan aku selitkan unsur-unsur dakwah. Bukan niat nak jadi Ustaz. Entah, tiba-tiba rasa terpanggil untuk membetulkan susun atur pandangan manusia tentang hidup beragama. Aku sendiri belum cukup ilmu di dada. Aku cuba menyampaikan dengan apa yanga aku ada. Sekurang-kurangnya aku menulis atas minat, untuk seseorang dan kerana Allah pastinya. Moga Tuhan melimpahkan rahmat dan barakahNya.

Kepada 20 followers yang ada, terima kasih kerana sudi singgah ke blog aku yang buruk ni. Kalau ada teguran yang membina jangan malu segan. Silakan, aku sedia di kritik. Aku masih lemah dalam membuat header dan layout bagai. Aku hanya memikirkan pengisian. Kalau kalian sudi mengajar, aku sudi belajar.
Aku bukan mencari followers yang ramai di sini. Aku bukan mencari nama dari karya-karya tulisan ku ini. Aku bukan mencari keuntungan. Kepada sesiapa yang ingin singgah silakan. Aku sentiasa megalukan. Bacalah apa yang ada di dalam blog ini. Selamlah setiap baris kata. Sematkan dihati buat pedoman. Aku ikhlas menulis kerana mahu BERKONGSI..


Kerana hidup ku ini semua milikNya. Hidayah dan rahmat Allah inilah yang aku ingin kongsi dengan sahabat-sahabat semua. TRAVELOG CINTA bukan jiwa-jiwa tapi sebuah wasilah memaparkan perjalanan kembara seorang hamba terkifarah kerana CINTA.

14 comments:

Srikandi Cinta said...

menulis keranaNya :)

sailaaf said...

saya dapat rasa keikhlasan itu. =)

tamlegend said...

yup...mekaseh! teruskan menyokong. kerana anda semua sumber inspirasi ku...

A.I said...

good. humble betol. mmg patutnya cam nih pon. segala bakat yang kita ada masa menulis semua hak allah.
so kita patut rasa yang begini

tamlegend said...

yer...alhamdulillah...

Acik said...

blog boleh dijadikan satu landasan murni ke arah perkongsian ilmu yg bermanfaat. teruskan!

anismelon said...

bagus bagus..teruskan usaha anda yup..keep in touch..anis sokong kamoo dari belakang..

be nice to me..ill be nice more..:)

tamlegend said...

acik: terima kasih..selagi Allah tu kurniakan ilham untuk aku erus menulis. aku akan terus menulis...peh ni mungkin nak try unsur humor lak...

anismelon: i try to be nice to anybody...any mistake is my weaknesses. hope can be forget n forgive...

AdyBudika said...

tammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm.....aku ada publish karya fitrah ko!!!!! aku simpan fitrah tu jer..sebab ko banyak tulis kat atas kertas..dan aku ambik dan taip balik..lepas tu pc aku prob...namun ada puisi fitrah ko tu aku sempat letak kat myspace aku masa tu..so ada sampai skang!!! wahh...ko dah berubah skang!!!

tamlegend said...

alhamdulillah...takpe la.at least stil ada lagi...tak berubah la...sama mcm dulu...aku just teringatkan detik mula2 aku menulis guna PC ko...

aleasara said...

slm perkenalan ye!!!sggh sini sbb nak tambahkan seni dlm penulisan!tahniah bro teruskan berkongsi entri utk kitorg semua!

maszmadi said...

salam kenal,

teruskan niat untuk menulis itu demi kebaikan.. ok

tamlegend said...

salam kenal...mekaseh sebab sokong...

Jahirah said...

teruskan niat murni anda...insyaallah akan dipermudahkan...:)