Dulu masa mula-mula tersungkur, aku rasa dunia bagai kelam. Hati sentiasa remuk bila memikirkan. Telah ku cuba mencampakkannya jauh dari sudut fikir. Makin ingin ku lupakan makin parah hati ini. Semangat ku hilang bersama lenyapnya seorang kekasih yang sering menghamburkan kata-kata indah di waktu dingin pagi menyelak selimut lena ku. Daya tumpu ku jua pupus perlahan bersama lenyapnya bisikan indah di kala lewat tidur ku yang menyulam mimpi indah waktu itu. Terperosok aku bila semua ini hilang bersama puput-puput angin petang yang damai. ‘Ini kali yang terakhir’. Tiada lagi ku lihat kelibatmu. Itu yang terakhir. Itu yang penghabisan.
Sekarang setelah tersungkur, aku cuba bangkit. Masih ramai lagi yang sayang. Masih ramai lagi yang menghulur tangan mengharapkan kebangkitan ku. Setelah kerja ku terumbang ambing dek kerana hilang daya tumpu yang teramat sangat. Telah cuba ku tahan, mengukir senyum bahagia. Tapi yang terpampang hanya senyum canggung. Puas ku sembunyikan. Lalu aku mengambil jalan selamat. Aku mencari jalan pulang ke asal. Memang pada mulanya aku rasakan seolah-olah mahu melarikan diri sejauh mungkin.
Agar aku dapat melupakan semua ini. Aku mencari tempat yang mana aku merasakan tenang dan damai. Tiada lain tempat itu hanyalah di sisi keluargaku. Sanalah asal ku. Sanalah aku dilahirkan dan dibesarkan. Di sanalah aku diajar erti hidup. KAMPUNG. Tak perlu Langkawi, tak perlu ke Johor Bahru. Asal ku hanya pada mereka yang sudi menerima diri ini seadanya. Asal ku hanya pada mereka yang setia menemani ku di jatuh dan bangun ku. Terima kasih pada mereka yang masih sayang kerana menyedarkan diri ini, betapa berharganya diri ini.
Bila jiwa kesah selubung di hamparan lena, ku bentang hamparan sejadah. Mengadap yang Maha Mendengar. Pada mu ya Rabb ku adu segala kerana hati tidak terbendung lagi peritnya. Mencari kekuatan di dalam helai kalam mukjizat Mu. Pada Mu terletaknya asal ku. Bukalah jalan agar dapat aku pulang mencari keEsaan Mu. Mencari rahmatMu. Cinta abadi yang tiada tolok banding. Aku seperti camar yang telah hilang mencari jalan pulang. Kini bila terbuka hijab cinta hamba barulah aku sedar. Pimpinlah aku dalam mencari cinta yang meniti redhaMu wahai yang Maha mendengar.
p/s : Mggu ni aku balik kampung. Ada kenduri tahlil untuk arwah ayah Q...
6 comments:
Semoga bertemu dgn ketenangan yg di cari. kuatkan semangat k. ;)
Mintalah pada Dia.tunjukkan jalan yg terbaik.
apapun yg berlaku....family ttp supporter yg terbaik....bestnye balik kg...:)
syahdunya rasa baca entri ni abang tam... mendamaikan hati orang yang baca, harapnya hati abang tam turut rasa damai sekarang ni...
Aku hanya menulis mengikut tema kawan2...TRAVELOG CINTA is all about...sory if i'm making u all feel sad...but truely...this is pure from bottom of my heart...tq coz drop by and comment...
sdh la bace..anis pon..hurm..till now msih snyum..hapy..dalam kepura puraan..hurm..tak tau na wat cm ne dah..huuuu..
tamlegend mencerite kan kesedihan..anis pon nak jugak..cume kesedihan toh tak terlakar kat entry anis je...wuuuu..
Post a Comment