Saturday, 2 July 2011

SERU



Ini bukan seru-seru semangat ya. Ini seru nak kawin. Bagaimana nak tahu kita ni dah sampai seru nak kawin?

Kalau ikut kan aku ni dah sampai seru agaknya. Separuh kunci-kunci bahagia dah ada di tangan. Mengikut hadis sahih riwayat Ibnu Hibban antara kunci-kunci bahagia adalah  :-

1.       Isteri yang solehah.
2.       Rumah yang selesa.
3.       Kenderaan yang baik.
4.       Jiran yang baik.

Rasanya 3 dari kunci bahagia tu dah ada. Hanya kunci yang pertama tu jer yang belum ada lagi. Apa yang aku nak cari bukan wanita solehah yang bertudung labuh. Apa yang aku nak cari bukan wanita solehah yang tahu serba serbi agama. Aku mencari wanita TAHU beragama, MAHU beragama dan MENGAMALKAN agama. Dalam kata ringkasnya aku inginkan wanita solehah yang ingin belajar dan sentiasa membaiki diri.

Cantik tak nak ke Tam? Sebagai lelaki biasa yang martabat imannya tidak sehebat mana. Rupa paras mungkin menjadi ketentuan. Tapi bukanlah secantik seperti Siti Nurhaliza. Cukuplah sekadar sedap mata memandang. Cantik itu terlalu subjektif. Itu sebablah sewaktu dalam proses meminang pihak lelaki dibenarkan untuk melihat wajah bakal pengantin kerana jika iman yang senipis kulit bawang mungkin akan goyah bila mana melihat kriteria isteri tak memenuhi piawaian.

Kerjaya dan latarbelakang pendidikan dia macam mana Tam? Kalau ikutkan aku, tak payah yang bekerjaya sangat. Cukuplah sekadar dia bekerja. Sebab penghidupan masa kini memerlukan seorang isteri membantu dalam pendapatan isi rumah dan juga kerjaya aku yang tak berapa nak berkembang lagi. Aku perlukan seorang suri yang membantu dalam ekonomi rumahtangga dan berdikari. Bukan sahaja penting untuk pendapatan isi rumah tapi penting berdikari kerana hayat aku ni mungkin juga tak panjang sampai ke akhir. Kebergantungan yang melampau terhadap seorang sahaja sebagai sumber amat berisiko. Tentang latar pendidikan, mak aku nak yang sama taraf. Katanya kena cari yang sekufu. Adoi.. ini yang buatkan aku pening. Tak nak lawan cakap mak.

Keturunannya Tam? Past is past. I don’t judge people by past situation. Kalau sekalipun dia datang dari keluarga yang bermasalah tak bermakna dia sekali bermasalah. Lihatlah pada pegangannya. Keturunan ini aku suka untuk melihat dari sisi bilangan ahli keluarganya. Jika dia mempunyai adik beradik yang ramai itu menandakan dia dari keturunan yang subur dan sihat. Tapi ini hanya untuk kes-kes terpencil. berpegang pada agama. InsyaAllah...

Apapun semuanya terpulang pada Allah. Berserah hanya pada Dia kerana Dia Maha Tahu apa yang kita perlukan. Jika sudah ketentuanNya tiada apa yang dapat menghalang. Yakin pasti ada hikmah di hari yang mendatang.

Wallahualam…kredit to saifulislam.com


8 comments:

Sunah Sakura said...

salam malam abang tam..

nice entri..macam dah nak isi borang cari jodoh pulak..hehehe.. sangat tertarik dengan point yang dikaitkan dengan no 1... perempuan yang beragama..betul tu, kadang2 kita nak yang terlalu perfect, kalau ada, alhamdulillah itu rezeki jodoh yang Allah bagi...namun yang TAHU, MAHU, dan MENGAMALKAN agama tu pun kalau ada, alhamdulillah... ingat saja janji Allah, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dan sebaliknya...

yang penting mencari sambil menjadi, insya'Allah!

waveX said...

nice sharing..

NFE. said...

kalau perempuan mcm mana nak tahu dah sampai seru ke tak?hehe,

anismelon said...

nice entry abg tam..setuju dgn yg no 1 toh..tp sekang laki lg suke yg cantik luar..dalam dye tak kisah sangat..anis sebagai pompan pon na cari laki yg soleh..tak perlu lah lelaki bagai imam muda toh..sbb anis pon bukan baik sngt yg layak dapat cam imam muda..heee..cukup sekadar yg tau pasal agama and amal kan..

tamlegend said...

sunnah : ada borang ke??? nak isi gak..


wavex : tq...bila ada masa singgah la lg..


elyana : tggu entri seterusnya...hehehe


anismelon : mmg abg nak tekan kat no1 tu je pun...ramai y konfius pasal wanita solehah ni...

Sunah Sakura said...

ce la masuk Halaqah.net... admin dia saya kenal... kalo nak isi borang dalam tu pun boleh... hehehe..

Jahirah said...

ye la selama ni kalau sebut beragama je org mesti nak bayangkan kalau pompuan yang bertudung labuh, lemah lembut,ustazah ke.kalau yg lelaki ustaz,pak imam. tak semstinya macam tukan...

tamlegend said...

cik aisha :ye...itu le y ingin aku sampaikan...