Bulan Ramadhan yang dirindui datang lagi. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menempuh satu lagi Ramadhan, bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan. Pada yang telah pergi menghadap Mu selembar Ummu Kitab buat mereka. Damailah semadi, moga roh mereka berada di kalangan hamba-hambaNya yang beriman.
Ramadhan ini aku bukan saja diduga dengan makan minum dan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa. Allah datangkan dugaan di awal Ramadhan ku ini. Mak yang tercinta dilanda penyakit batu karang hempedu. Mak pengsan dua kali pada awal Ramadhan akibat sakit yang teramat sangat. Keadaan memang pilu dan tegang bila mana mendengar mak mengerang kesakitan. Nauzubillah...macam-macam yang berlegar dibenak ini.
Mak memang dah lama menderita sakit perut. Sejak 2,3 tahun kebelakangan ini. Tapi belum lagi mendapat diagnos yang spesifik. Doktor hanya memberitahu mak ada gastrik. Aku telah berkali memujuk mak untuk melakukan pemeriksaan terperinci. Mak berkeras tak mahu. Mak lebih rela mendapatkan ubat di farmasi. Sekarang barulah aku tahu dari mana datangnya gen keras kepala dan tak suka bau hospital ini diwarisi.
Hingga pada hari Ahad yang lalu kesakitan Mak sudah berada di tahap kemuncak. Aku bergegas membawa mak ke hospital, seperti biasa dalam keadaan sakit begitupun mak masih lagi enggan ke hospital. Mak mengarahkan aku untuk pergi ke klinik. Tiba sahaja di klinik kesakitan mak sudah berada di tahap kemuncak. Doktor pula boleh selamba badaknya pergi mengisi tembolok di waktu mak aku sedang bertarung menahan sakit. Hampir satu jam mak menunggu. Terseksa rasanya batin ini melihat mak sedang mengerang kesakitan tapi tiada apa yang boleh dilakukan.
Setibanya doktor, dengan muka tak bersalah, terus memberikan suntikan pada mak dan menyuruh kami merujuk ke hospital yang berdekatan. Di saat ingin melangkah kaki meninggalkan klinik tersebutlah mak tiba-tiba rebah. Runtuh rasa hati ini bila melihat mak rebah tak sedar diri. Setelah melihat mak mula memberikan respon aku kembali tenang. Perjalanan ke hospital hanya memakan masa 10minit dari klinik. Dalam benak hatiku mula berbicara.
" Kan elok dari tadi terus bawak mak pergi hospital".
Kata-kata yang hanya sanggup aku simpan dibenak sahaja. Tak terdaya untuk melafazkan. Melihat keadaan mak yang lesu membuat hati ku pilu. Dan hingga ke hari ini, mak masih lagi di tahan di wad. Atas sebab itulah aku hilang mood untuk melakukan apa sahaja. Mak akan melalui pembedahan kecil pada 9/8/2011. Harap kawan-kawan boleh mendoakan kesembuhan mak. Sebab anakmu ini rindukan air tangan mu.
Allah beri 2dugaan bulan Ramadhan ini. Yang buruk dan yang baik. Penceritaan ku ini mengenai yang buruk. Yang baik belum boleh cerita lagi. Pasti Allah susun semua ini dengan hikmah yang tersendiri. Sabar itu pasti indah. Sabar itu pasti manis.
Harap maaf pada kawan-kawan yang meninggalkan komen sebelum ini. Aku akan kembali....
ps: aku akan cuba melakukan lawatan balas secepat mungkin

5 comments:
insyaAllah,semoga mak cik tam cepat sembuh.
banyak banyak kan bersabar cik tam. ;)
Ya Allah. sabar ye tam. doa banyak2. bulan puasa ni, doa cepat dimakbulkan dan berkat. semoga mak awak selamat menjalani pembedahan. insyaallah.
bawak bersabar. tentu ada hikmah di sebalik setiap kejadian. teruslah jaga mak sebaik mungkin.
moga dipermudahkan operation 9 ogos ni ye abang tam...ameen...
pasal entri tu, cer baca bahagian P/S kat entri Macam-macam Kisah Di Sebalik GA 31-7...
:)
kesian mak..mudah mudahan mak cik tam cepat sembuh la erk..banyak banyak bersabar ye cik tam...ptt la lame tak berentry..
Post a Comment