Begitu jugaklah dengan hidup ni. Tuhan tak menjadikan sesuatu itu dengan tiada sebab kerana setiap apa yang Allah cipta dan jadikan itu pasti ada kebaikan dan hikmah yang tersendiri. Segala keburukan itu datang dari tangan manusia itu sendiri. Yang kejam dan zalim itu juga adalah manusia itu sendiri kerana menafikan yang hak dan meletakkan sesuatu itu bukan pada tempatnya.
Korang pernah dengar quote ni "dah takde jodoh". Agak-agak korang la kan. Boleh terima gitu je ke, kalo kekasih korang guna quote ni? Kelakarkan? Sendiri dah tawar hati. Senang-senang je salahkan jodoh. Tak tahu ke jodoh tu kerja Allah. Kalo dah salahkan jodoh, sama je la salahkan Allah. Memang Allah yang menentukan jodoh, itu memang dah termaktub dalam KalamNya. Tetapi setiap kali Allah meletakkan satu titik noktah pada satu pertemuan jodoh itu adakah ianya berlaku begitu sahaja? Tanpa ada asbab disebaliknya. Pasti ada, dan yang pasti yang baik itu dtg dari Allah dan yang buruk itu dtg dari diri kita sendiri. Jadi apa yang aku nak tekankan kat sini. Jangan sewenangnya menyalahkan jodoh setipa kali berlakunya perpisahan tanpa kita melihat kepada asbabnya. Itu sebab la, kadang kena TANYA SAMA 'POKOK'. Wallahualam
3 comments:
Allah Maha Mengetahui....dan susunan Allah adalah susunan terbaik...!
:)
Allah yg menentukan yg terbaik dan Dia menyediakan apa yg terbaik utk hambaNya.. hmmm menarik sgt2...
.
betul betul...Allh lagi mengetahui..kadang baik pd kite..tp tak baik seperti aturan Allah.kan..
Post a Comment