Salam,
Cerita pasal mati lagi? Ini memang kebetulan. Malam Jumaat yang lepas aku kebetulan lepak kat masjid. Tak jemaah pun sebab tak sempat nak maghrib. Sampai rumah dah lewat. Tujuan datang tu nak join baca Yassin n tahlil je.
Habis je tahlil tiba ada ceramah pasal Khairat Kematian ni. Akupun tumpang la dengar. Sebab ceramah ini lebih tertumpu pada ahli qariah masjid dan sebenarnya bukan ceramah sangat pun. Lebih pada sesi dialog. Sebab khairat kematian masjid ni dah pecah kepada 2kumpulan. Terpaksa pihak majlis agama dtg untuk settlekan masalah.
Aku just tumpang2 dengar. Sementara menunggu Isyak. Sambil2 menunggu tu aku terfikir gak. Aku ni ada join ke mana2 khairat kematian?
Rasanya mati nanti banyak kot nak pakai duit. Ada la pengalaman menguruskan kematian saudara terdekat. Sewa Van Jenazah je RM300 masa tu. Kafan lagi. Keranda. Penggali kubur. Banyak2. Kebetulan arwah yang meninggal tu takde join mana2 khairat kematian. Agak sikit menyukarkan.
Rasanya mak n apak ada join khairat kematian kat kg kot. Sebabkan aku ni belum kahwin maka aku masih lagi bawah tanggungan mak pak. Aku takut pulak nak tanya mak n apak. Nanti nampak sangat macam aku buang tabiat. Tiba-tiba tanya pasal khairat kematian.
Aku terfikir jugak. Pasal wasiat. Andai kata ajal datang menjemput, sudahkah harta diwariskan? Setakat ni aku belum buat apa-apa lagi pasal penama pada harta-harta yang ada. Penting benda ni supaya apabila pemergian kita nanti kita tak menyusahkan mereka yang masih hidup untuk menguruskan segala harta kita kerana proses menguruskan harta si mati yang tidak meletakkan penama mmg agak memenatkan dan leceh.
Hutang? Ini juga kena ambil berat. Elakkanlah berhutang dengan orang. Jika berhutang sekalipun segera selesaikan. Aku ada hutang orang ke? Kalau hutang duit tu takde rasanya. Hutang budi tu ramai la...Kalau ada, mintak halal je la...Wassalam
6 comments:
eh,jat pun xtahu psal khairat kematian ni..huhu..
huu hutang PT!dis month kn start byar ptptn dah ni..
ops...lupa plak hutang PTPTN...hehehe
tu la. baru nak tanya, ko ada amik pt ke tak?hahaha...
kalau hutang duit tak de rasa nya. hahaha tak leh blah.
kurg asam ko pah...hehe..terkono den
ada utang dgn cik pulau kan??? yer dak?? :P
harta dunia memang payah la nak bahagikan. tapi kalau yg boleh letak penama tu letaklah siap2,memudahkan urusan.kalau rasa mampu nak buat wasiat,buatlah.
hutang....banyak...haha
Post a Comment