Monday, 2 May 2011

Andai 'Cinta' Tahu...

Andai 'Cinta' tahu...air mata ini terlalu mahal untuk menitis dan apabila ia menitis pasti ada sesuatu yang 'besar' ditangisinya dan 'Cinta' adalah insan pertama yang melihat airmata ini.

Andai 'Cinta' tahu...betapa setianya sang Arjuna ini dan betapa besarnya nilai kesetiaan pada Sang Arjuna. Tidak pernah sikit pun cinta ini berpaling. Hanya 'Cinta' di hati ini.

Andai 'Cinta' tahu...Arjuna berkawan rapat dengan kawan-kawan 'Cinta' bukan dengan niat untuk menyakitkan hati 'Cinta'. Niatnya hanya untuk memahami 'Cinta' kerana 'Cinta' seorang yang cukup kuat berahsia.

Andai 'Cinta' tahu...setiap hari Arjuna ini mendoakan kesejahteraan mu. Mendoakan agar kamu dilemparkan hidayah untuk berubah. Ketahuilah Cinta, bukan berubah untuk Arjuna. Berubah demi masa depan mu.

Andai 'Cinta' tahu...cinta sang Arjuna ini datang bersama rasa hormat pada mu, datang bersama rasa tangungjawab dan Arjuna perlahan-lahan sedang membina mahligai untuk mu. Sekarang mungkin mahligai ini tida maknanya lagi

Andai 'Cinta' tahu...Semua ini adalah ujian dari Tuhan nak menduga cinta kita. Untuk mengangkat martabat cinta kita. Untuk memperbetulkan matlamat yang tersasar. Matlamat mencari redha Allah. Janganlah berputus asa dan memalingkan matlamat mu kepada sesuatu yang 'Cinta' yang belum pasti. Bukankah indah cinta kita ini jika kita bermaafan dan memberi peluang pada diri sendiri dan Arjuna untuk menjadi lebih baik.

Andai 'Cinta' tahu...Betapa besarnya harapan ibu dan bapa kita untuk melihat kita dijodohkan. Restu dan berkat dari merekalah yang membuat Arjuna setia menunggu Cinta. Silaturahim yang terjalin antara keluarga kita boleh dipanjangkan pada satu hubungan yang berpanjangan dan Arjuna melihat sinar bahagia pada hujungnya. Semuanya terletak di tangan mu Cinta.

Semuanya terletak di hati mu Cinta...selamlah...muhasabah lah

No comments: