Wednesday, 11 May 2011

Untuk Yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia per Couple an

khas buat mereka yang sedang atau baru berjinak untuk bercinta termasuk juga  anak-anakku.

Alahai bestnya bercouple. Pagi petang siap malam asyik rindukan Si dia aje. Nak makan teringat kat dia, nak tidur teringat kat dia dan masa dalam sembahyang pun asyik teringat kat Si dia. Kalau budak U pulak, masa dalam dewan kuliah pun teringat kat Si dia. “Daydreaming” sentiasa. Mata tengok pensyarah yang mengajar, tapi otak entah kat mana. Tengok pensyarah macam nak tembus! Tak berkelip! Kalau bab sms jangan cerite la, tiap-tiap hari topup, sampai tak ada duit nak makan. Maggi jugak la sasarannya.


Inilah biasanya antara sindrom dari 1001 sindrom orang yang bercinta atau bercouple. Mabuk cinta, namun setakat mana potensi cinta ini dapat dimajukan, bertahan? Ada orang kata, abang cinta sayang sepenuh hati abang sampai ke mati!


Betul ke kata-kata ni? Boleh percaya ke? Kalau tanya orang yang bercinta dia kan kata "confirm" 110% betul! Tapi kalau tanya orang yang dah pernah lalui zaman percintaan dan telah berumah tangga, agak-agak apa yang diorang cakap? Eleh,itu dulu sekarang lain.

Mana tak lainnye, dulu badan si Dia, macam model tapi bila dah kahwin, badan macam ahli Sumo Jepun. Kulit muka pun tegang, gebu, tapi bila dah berumur paham-paham saja la. Inilah malangnya bagi pasangan yang cintanya diikat atas dasar rupa paras,harta dan keduniaan. Bila semua ini telah tiada, maka cintanya pun mengalami nasib yang sama, sedih, tiada kejujuran.


Sebab tu lah nabi SAW kita ada bagi panduan dan jaminan untuk kita dalam mencari teman hidup. Kalau kita ikut panduan ini,pasti bahgia tapi atas keyakinan seseorang tu jugak. Bagi mereka yang yakin pada janji Allah SWT dan rasulnya, sudah pasti tiada keraguan dalam hatinya untuk dia mempercayai garis panduan ni.


Nabi SAW ada bersabda, dinikahi seseorang itu atas empat perkara:


1. Kerana kecantikannya.
2. Kerana hartanya.
3. Kerana keturunannya.
4. Kerana agamanya.

Pilihlah agamanya, nescaya kamu kan BAHAGIA
Garis panduan ni tak semestinya untuk lelaki saja untuk cari pasangan,tapi perempuan pun boleh guna untuk cari pasangan hidup. Tapi biasanya bila hati sudah berkenan, semua ditolak ketepi. Kalau Si dia ada perangai yang tak elok pun,dia akan kata, tak apa aku akan bimbing dia. Atau pun kalau perempuan pulak dia akan kata, harap-harap abang akan berubah selepas kahwin dengan sayang nanti. Biasanya lelaki susah nak berubah lepas kahwin. Cinta itu Buta.

Kenapa bercinta?


Kalau tanya pada mana-mana yang tengah bercinta, biasanya dia orang akan kata, mestilah kami bercinta untuk berkahwin satu hari nanti. Sebab itulah ada sesetengah pasangan yang bercinta, sanggup curahkan segalanya pada pasangannya. Ada yang lebih teruk serahkan tubuhnya sekali. Setiap kali berdating, dibiarkan saja tangan si lelaki merayap ke seluruh badan dan lain-lain pada badannya sewaktu dengannya. Berdosa! seolah-olah anda telah menempah neraka bertaraf 5 bintang masa kat dunia lagi! (Mohon keampunan pada Yang Maha Pengampun).

Ada juga beberapa perkara yang kita tak sedar yang benda tu salah sepanjang kita bercouple.Terlalu banyak benda yang salah. "TEPUK DADA TANYA IMAN".
Allah SWT telah berfirman dalam sebuah ayat, janganlah kamu MENGHAMPIRI zina!

Dalam ayat ni Allah SWT telah sebutkan, perkataan bahasa arab “la takrabu “ yang bermaksud jangan hampiri. Hampiri pun Allah SWT dah larang. Bak kata perpatah, “Mencegah itu lebih baik dari mengubati” Jadi bercouple ni pun boleh termasuk dalam kategori menghampiri zina jugak. Buktinya, mula-mula bertanya khabar, kemudian mengadu masalah masing-masing, saling rindu merindui, berjumpa pasangan dengan ditemani kawan, jumpa seorang diri, jalan sama-sama,jalan pegang tangan, jalan pegang pinggang dan akhirnya, semua benda habis dipegangnya. Semua ni tak mustahil boleh belaku. Kalau tak buat semua pun,mesti ada yang buat mana-mana satu.

Peringatan!
Anda yang bercouple jangan ingat pasangan anda itu “cofirm jadi teman hidup anda”. Ini kerana, Allah SWT dah janji dalam Al-Quran, “YANG BAIK HANYA BUAT MEREKA YANG BAIK”. Kadang-kadang tu,kita dah rasa yang pasangan kita tu memang terbaik untuk kita, tapi Allah SWT lebih tahu siapa dia di sebalik takbir. Mungkin perangai depan kita lain, belakang kita lain. Macam kita selalu buat pada pasangan kita jugak. Kita selalu tunjukkan yang diri kita terbaik depan pasangan kita. Macam berlakon gitu. Jadi Allah SWT akan temukan pada orang yang lebih sesuai dan adil pada dia. Tak perlulah anda nak bersusah payah cari yang terbaik untuk diri anda, tapi pastikan diri anda cukup baik untuk dikurniakan seseorang yang baik untuk menemani hidup anda. Kadang-kadang tu, orang yang kita benci itulah akan menjadi teman hidup kita, anda mesti pernah dengar cerita macam ni kan?. Mungkin disebabkan orang yang kita benci tu ada perangai yang sama dengan kita jadi dialah yang layak untuk kita. Sifat Maha Mengetahui Allah SWT tu mengatasi pengetahuan manusia yang lemah.

Allah SWT akan jodohkan pada orang yang benar-benar sesuai untuk kita. Kalau kita ni jenis perempuan yang suka bermessage dengan ramai laki, tak mustahil kita akan dapat teman lelaki yang suka message dengan ramai perempuan jugak. Kita mana tahu. Macam itulah jugak kalau kita ni jenis menjaga akhlak dan hati, insyallah kita akan dapat yang sama macam kita. Janji Allah SWT itu pasti. Dia Maha Adil. Isteri yang baik hanya untuk suami yang baik!

Ingat bagaimana peribadi anda dan pasangan anda sekarang akan menentukan bagaimana peribadi anak-anak anda pada masa akan dating. Bak kata perpatah, “Kalau ayah kencing berdiri,anak kencing berlari-lari”. Kesimpulannya,dua baka pokok yang buruk akan menumbuhkan buah-buahan yang buruk lagi tak sedap dimakan. Manakala dua baka pokok yang berkualiti akan menumbuhkan buah-buahan yang baik lagi enak dimakan dan bermanfaat untuk orang ramai.

Jika dirimu inginkan wanita sehebat Fatimah Az-zahrah, maka pastikan diri mu juga sehebat Saidina Ali.


Wasallam.

Doalah:


“Ya Allah, kalau dialah yang ditakdirkan untuk diriku,maka simpanlah perasaan cintaku padanya ini hingga tiba masanya dan selamatkan kami dari murkaMu”. Namun, jika dia bukanlah yang ditakdirkan untuk diriku,maka berikanlah kekuatan kepadaku untuk ku lempar perasaan cinta ini, jauh ke ufuk langit. Semoga perasaan cintaku ini dapat ku curahkan pada seseorang yang benar-benar ditakdirkan untuk diriku". “Ya Allah, janganlah Kau jadikan seseorang tu leka disebabkan diriku”. Amin.


Read more: http://www.resepirahsiaku.com/2010/02/buat-mereka-yang-bercouple.html#ixzz1M7ESLfmK

No comments: