Friday, 6 May 2011

Selamat Hari Ibu...

Selamat hari Ibu buat ibu-ibu di luar sana. Keberwujudan anda sangat bermakna kerana melahirkan kami. Sangat besar jasamu. Jika dikatakan seorang pemimpin agung itu terhebat, maka ibu yang melahirkan tentulah lebih hebat, kerana telah melahirkan seorang pemimpin yang agung. 

Selamat Hari Ibu untuk Mak. Terlalu besar jasa Mak. Tidak terbalas rasanya walaupun dihimpun harta segunung untuk mu Mak. Anakmu ini memang tidak punyai apa-apa untuk membalas jasa mu Mak. Tiada ringgit untuk menyenangkan mu Mak. Tapi anakmu ini, punyai rasa sayang dan kasih rindu yang tidak boleh diukur dari segi wang ringgit Mak. Anakmu ini akan sentiasa mencuba mencari kesempurnaan dunia dan akhirat dengan berkat doa dari mu Mak. Anakmu ini akan sentiasa mencuba untuk menjadi anak yang soleh yang akan dijadikan bekal untuk mu Mak di akhirat sana nanti. Anakmu ini akan menyejukkan perut Mak yang mengandungkan. Maafkan anakmu jika tiada wang dan harta untuk menyenangkan mu Mak. 

Anakmu ini telah merasakan ajaibnya kasih mu Mak. Anakmu in telah merasakan berapa dalamnya kasih sayang mu Mak. Segar lagi dalam ingatan sewaktu zaman jahiliyah dulu, anakmu ini telah keluar rumah tanpa memberitahu mu Mak. Betapa risaunya hati seorang ibu bila anaknya telah meninggalkan rumah seminggu tanpa khabar berita. Mak menangis-menangis mencari keberadaan aku di kalangan rakan-rakan. Setelah mengetahuinya barulah aku pulang dan satu keajaiban telah berlaku yang mencelikkan mata ku betapa besarnya kasih dan sayang seorang ibu yang mana mak seolaholah telah mengetahui akan kepulangan aku padahal aku tidak pernah memberitahu kepada sesiapapun tentang kepulangan ku itu. hatta kepada kawan-kawan sekalipun. Mak telah menunggu aku di meja makan sambil lauk-lauk kegemaran masih lagi hangat di atas meja dan yang sangat mengejutkan kepulangan aku itu adalah pada pukul3 pagi...Allahuakbar. Sungguh ajaib kasihnya seorang ibu...Aku terus cium tangan mak...Mak sentiasa tersenyum tiada marah di hatinya...

Satu lagi keajaiban yang berlaku antara Mak dan aku adalah apabila aku mengalami dugaan putus cinta ini. Mak begitu risaukan aku kerana anaknya sudah tidak seceria dulu lagi. Mak sentiasa mencari ikhtiar untuk aku bersatu dengan 'Cinta'. Mak cuba berubat kampung, aku menuruti sahaja. Hinggalah suatu hari, aku ada menyematkan dalam hati ku ini, untuk pergi berjumpa dengan Ibunya 'Cinta' tapi hanya menyatakan hasrat tersebuut kepada 'Cinta' tapi dihalang dan hinggalah pada satu detik aku menerima panggilan dari Mak.
" Mak dah siap nak pergi rumah 'Cinta' ni. Mak nak tanya abis-abis maknya." kata Mak. Aku terkejut. Aku cakap dengan Mak. "Tak payah la mak, 'Cinta' dah ada orang lain la mak." aku cuba menghalang mak. "Takpe, mak nak buat benda betul, kalau ada lain tak pe la. Kita redha." jawab mak. "Tak malu ke kita nanti mak, kalau dia tolak kita mentah-mentah nanti?" aku masih ragu-ragu. "Takdenya. Kita orang laki. Memang sepatutnya macam ni." jawab mak. Aku redha dan yang membuat aku betul-betul terperanjat bagaimana Mak boleh mengetahui hasrat hati ku ini untuk pergi berjumpa dengan Ibu 'Cinta'? Aku memikirkan ini lorong-lorong yang dibukakan oleh Allah tetapi tidak bagi 'Cinta'. Nak tau cerita lebih nanti novel siap. hehehe...

Apa-apa pun TERIMA KASIH MAK!!!! SELAMAT HARI IBU!!!I LOVE YOU SO MUCH!!!

No comments: