Tuesday 24 January 2012

MATI

Salam...

Jam 3.00 pagi. Mata tidak mengantuk lagi.Termenung jauh mengingatkan tentang suatu kejadian yang terjadi atas diri. Berlaku sewaktu aku kecil lagi. Dalam lingkungan umur 12tahun. Pada suatu malam sewaktu ingin melelapkan mata, aku tiba-tiba sahaja dibawa berfikir tentang mati. Aku sendiri pun kurang pasti dari mana datangnya rasa itu. Aku hanya termenung kosong memikirkan ke mana aku selepas mati? Dalam aku berfikir. Sehingga tubuh aku menggelatar. Airmata tanpa sedar mengalir. Apa yang paling aku takutkan adalah terputus hubungan dengan orang-orang yang aku sayang dan pada masa itu yang terlintas di fikiran hanya Mak dan Apak.

Aku cuba pejamkan mata untuk terus menghayati. Aku takut. Tapi rasa untuk terus menghayati ke manakah perginya kita setelah mati membuatkan aku terus ingin menghayati. Hingga aku merasakan dunia yang gelap dengan rasa yang kosong. Sekali lagi batang tubuh ini menggelatar. Terasa saja ingin aku bangun dari hamparan pembaringan ku untuk pergi mendakap Mak dan Apak. Airmata ini mengalir lagi. Aku tahan rasa itu. Aku tidak mahu mengganggu tidur mereka. Mereka sudah penat mengerah keringat di siang hari tadi. Akhirnya aku pujuk diri untu melelapkan mata. Lama juga barulah rasa ini hilang. Barulah aku boleh melelapkan mata.

Keesokkan harinya yang terlintas dalam akal budak berusia 12tahun tika itu, memikirkan kejadian malam itu adalah tanda-tanda ajalku sudah semakin dekat. Akupun apa lagi, sudah mula meninggalkan aktiviti kubang di tali air, tunggang basikal dengan cara yang sangat berhemah dan macam-macam lagilah. Hingga akhirnya rasa itu hilang sendiri. Dan hingga saat ini Allah masih panjangkan nyawa ku. Alhamdulillah.

Bila aku mengenang semula rasa itu pada tika dan detik ini, Ya Allah. Aku merasakan Ya Allah. Begitu dekat diriku ini dengan kematian. Begitu kerdil diri ini Ya Allah. Aku pohon pada Mu ya Allah jadikan aku istiqamah dalam segala amal ibadat ku Ya Allah...Amin


ps: ini bukan cerita khayalan. ini rasa yang betul-betul pernah aku rasa. aku tak tahu macam nak rasa share rasa dalam bahasa yang mudah dan korg semua dapat rasa juga. tp itulah apa yang aku rasa masa kecik dulu...Wallahualam

6 comments:

Sunah Sakura said...

akhir2 ini...kematian juga sangat dekat dengan saya...mungkin...sememangnya sudah sangat dekat...

Unknown said...

terus mengingati mati

same2 muhasabah

bersediakah kita mghadapi mati

Jahirah said...

umur 12 tahun dah terdetik hati pasal mati...memang jarang budak2 seusia rasa macam tu.yg tua pun ramai yg leka xsedar diri...kematian tu perkara yang pasti-cepat atau lambat je..:)

tamlegend said...

cik aishah: may be masa tu otak ni suci dan bersih kot...skrg ni bila nk mengimbas kembali detik masa umur 12 tahun tu dah tak boleh dah...

A.I said...

betul.
paling takot bila pikirkan kita terputus hubungan dengan keluarga.
ya allah takutnyaa!


mati atkut, tapi nak beralih ke arah kebaikan pon lambat. haish manusia..

zati embong said...

baru2 ni jat baca psal dajal..smpai rasa biarlah jat mati dulu drpd lalu zaman dajal muncul.