Sunday 29 May 2011

Pasti Ada Hikmahnya

Di dalam setiap musibah yang melanda pasti ada hikmah yang Allah selitkan. Allah takkan menjadikan sesuatu itu  dengan sia-sia. Inilah yang saya pelajari dari buku tulisan Syed Alwi Alatas dalam bukunya 'Bila Allah Menduga'.

Saya tertarik dengan 3 langkah luar biasa yang dinyatakan di dalam buku Syed Alwi. 3 langkah tersebut adalah bagi sesiapa sahaja yang ditimpa musibah. 3 langkah ini terkandung dalam sabda Rasullah SAW "Raihlah manfaat apa saja baagimu, minta tolonglah pada Allah dan jangan bersikap lemah".

Begitu jugalah dengan mereka yang diuji oleh Allah dengan dugaan putus cinta. Pasti akan menyangka seolah-olah dunia ini sudah tiada makna. Sudah hilang serinya. Hilang semangat untuk berjuang. Hilang motivasi. Jadi murung dan banyak lagi.

Normal apabila anda mengalami simptom seperti di atas kerana banyak janji dan impian telah dibina. Pastinya akan kecewa bila mana impian dan harapan yang dibina hancur di tengah jalan.

Kembali pada 3 langkah tadi :-

1) Raih manfaat daripada pengalaman putus cinta.
- Mengingatkan kita kifarah dari Allah. Tiada cinta sebelum wujudnya pernikahan. Jadi musibah ini mungkin mahu mengingatkan tentang khilaf kita.
- Lebih mendekati Allah.
- Bila putus cinta dapat jimat duit dan kurang kumpul dosa apabila keluar berdua-duaan.
2) Doalah pada Allah.
- Doa cepat jodoh.
- Doa dipertemukan jodoh dengan si dia juga. (Allah tak kikir). Dekatkan dirimu dengan Allah, binalah cinta di atas keredhaan Allah.
- Doa tenang hati.
3) Janganlah bersikap lemah.
- Janganlah kita berputus asa dengan rahmat Allah. Allah itu takkan menzalimi hambanya. Manusia itu takkan dikatakan beriman selagi mereka tidak diuji.

Dari itu wahai sahabat ku saudara dan saudari...
Dunia masih lagi belum berakhir, teruskanlah menongkah samudera, pasti sekali, akan terluka, tercedera, tapi itulah pengalaman berharga, pelajari sesuatu yang menjangkaui buku, hargainya...

Saturday 21 May 2011

Pesanan Buatmu Wahai Hawa...

Wahai Hawa...
Penyeri hidupku, damaiku lihat terbentang di wajahmu, dingin hatiku menatapmu,

Hawa...
Kamu sememangnya tercipta untukku, kamu tercipta hasil dari tulang rusuk ku yang bengkok ini, jadi maafkan aku jika kadang-kadang dalam mendidik hatimu akan terluka, kerana bukan mudah tanggungjawab yang aku pikul ini untuk meluruskan.

Wahai hawaku...
Marilah berdamping denganku, biar aku bisikkan Qalam Allah ke telingamu, mukjizat Allah itu tak terperi hikmahnya. Agar kita mendapat redha Allah.

Wahai Hawa...
Tegurlah aku dengan penuh hikmah jika aku tersasar dari jalanku. Tariklah aku kembali ke landasan yang benar. Selain pemimpin aku juga manusia biasa yang selalu lalai.  

Tuhan jadikan kita saling melengkapi. Akal ku 9 dan akal mu 1, jadi tidak bermaknanya aku selalu betul dalam setiap hal. Emosi ku 1 dan emosi mu 9. Atas sebab itulah Allah letakkan aku sebagai pemimpin mu.
Jadi, wahai Hawa janganlah hendaknya ego mu melebihi dari ego aku sebagai pemimpin. Tinggalkanlah sedikit ego untuk aku kerana sebagai ketua aku perlukan ego itu. 

Wahai Hawa... 
Janganlah takut dengan jumlah kaumku yang semakin tandus ini. Ini semua kerja Allah yang maha mengetahui. Tandanya hari penghabisan sudah semakin menghampiri. Persiapkanlah dirimu. Janganlah kamu tergolong dalam orang yang lalai. InsyaAllah dengan adanya aku di sisi akan sentiasa saling mengingati. 

Wahai Hawa... 
Janganlah dipandang cinta dunia kerana aku semakin bimbang melihat kaum mu kini memilih kekayaan dunia berbanding kaya hati. Carilah Adam yang melabuhkan cintanya pada jalan Allah kerana kaum mu kini memang sudah banyaknya mengecap kemegahan dunia. Malu kaum ku kerana banyak yang memenuhi rumah-rumah besi. Tapi percayalah Hawa, janji Allah bahawa jodoh yang baik itu adalah untuk orang yang baik. Jadi berubahlah Hawa. Kejarlah redha Allah kerana di situ terletaknya damai yang abadi. Biarkan cinta itu tunduk pada ketentuan Allah.

Wahai Hawa...
Jangan jadikan aku dayus kerana tingkah mu. Peganglah pesanku. Tunduklah padaku, kerana disisikulah terletaknya syurga mu. Selubungilah auratmu apabila kamu mendapat kebenaranku untuk meninggalkan rumah. Kaum mu sekarang membuatkan hati ku ini sentiasa gerhana, apabila berpakaian seolah-olah seperti badut. Tanpa segan silu mendedahkan jurang dan lurah. Apabila menutup aurat pula mereka seolah-olah menyerupai unta di bahagian kepalanya terdapat bonjol-bonjol yang menampak susuk auratmu wahai Hawa...

Wahai Hawa...
Dengarlah pesanku untuk kesejahteraan mu...Sesungguhnya kita dijadikan untuk saling melengkapi...Cinta itu akan sentiasa memberi, memaafkan, mendoakan...Janganlah letakkan sebarang syarat antara kita.

Friday 20 May 2011

Aku Bukan Ustaz...

Sesiapa yang terlintas blog aku ni, harap paham, aku bukan seorang ustaz. Aku hanya pendakwah kecil, muhasabah diri sambil mengajak sesiapa sahaja untuk muhasabah sekali dengan aku. Kita ingat-mengingati. sambil menulis, sambil aku dapat pahala, insyaAllah. Memang mula-mula dulu aku tulis blog ni nak luahkan rasa kecewa aku sebab putus cinta. Tu sebablah entry aku yang mula-mula dulu jiwang gila. hehehe..Tapi aku tak nak remove entry tu. Biarkanlah, its apart of myself anyway. Remind me how unmatured am I.hehehe...niat aku sekarang just menulis untuk muhasabah diri sambil ajak kawan-kawan sekali muhasabah. Moga kita dilimpahkan hidayah Allah dan moga aku sentiasa ikhlas dan istiqamah.

Entry kadang-kadang akan berbunyi jiwang sikit sebab aku masih lagi kecewa dan mengharap 'Cinta" aku kembali. Aku bukanlah mengharap seperti pungguk rindukan bulan. Aku menyerahkan segalanya kepada Allah. Jika benar 'Cinta' tercipta untuk ku pasti dengan cara apa sekalipun dia akan kembali pada aku. Terpulanglah pada aku, bagaimana nak mentadbir kerana hidup ini tidak hanya berserah pada takdir, ia terpulang pada bagaimana kita mentadbir. Tuhan itu tidak kikir. Berdoalah, dan serahkan pada Allah. Putus cinta itu mungkin satu kifarah dari Allah, bak kata Ustaz Nor Amin, kerana aku membina cinta yang kononnya halal di mata masyarakat sekarang. Terlalu jahiliahnya aku dulu...Alhamdulillah, dengan kifarah Allah inilah aku kembara dan berevolusi mencari kesempurnaan iman. MOGA ISTIQAMAH DALAM AMALANKU!!!

insyaAllah novel 'Kerana Cintaku Saodah' akan ku siapkan jua...tengah menunggu gaya penulisan ku ini menjadi lebih matang dan sambil mencari kelapangan diri yang asyik sibuk saja sekarang ini.    

Cinta Bukan Sesuatu Untuk Dimiliki.

Aku kutip idea nak tulis entry ni dari blog Angah (sentuhan-maya) tajuk entry dia kadang mencintai tidak semestinya memiliki(lebih kurang la). Bukan nak banned Angah sebenarnya. Just entry Angah tu bagi aku idea nak tulis mengikut buah fikiran aku. Benarkah cinta itu sesuatu entiti yang boleh dimiliki? Aku cinta dan sayangkan mak aku. Jadi apa buktinya aku miliki cinta itu? Mesti pening nak pikir. Mari sama-sama pikir...


Ini hakikatnya sebuah cinta mengikut hikayat aku. Kutiplah mana yang baik. Aku pendakwah kecil yang mencari redha Allah. Harap tidak terpesong dari niat.


Cinta itu bukan sesuatu untuk dimiliki, bukan kadang-kadang. bukan pada waktu-waktu tertentu. Ia kekal bukan milikan kita. Cinta itu bukan matlamat penghabisan. Cinta itu satu JALAN/ARAH. Matlamat yang membangkitkan tujuan untuk kita melangkah dan menggapai akhirat. Jadi cinta itu bukan satu tujuan. Cinta itu yang sebanarnya mewujudkan tujuan.


Cinta yang arah dan jalannya menuju Allah. Mencari bekalan untuk akhirat. Mencari bekal untuk bertemu maha pencipta. Inilah cinta yang seharusnya diagungkan. Cinta antara manusia cinta terbina atas jalan Allah. Cinta antara manusia itu bukan sesuatu untuk dimiliki kerana kita hanya kembara di bumi yang fana ini sementara menuju ke dunia yang kekal abadi. Tiada satu pun di muka bumi ini yang menjadi milik kita. Allah cuma mengamanahkan kita sebagai manusia yang mempunyai kelebihan akal untuk mentadbir alam ini.

   و اذ قال ربک للملئکة انی جاعل فی الارض خلیفة قالوا اتجعل فیها من ‏یفسد فیها و یسفک الدماء ونحن نسبح بحمدک ونقدس لک قال انی ‏اعلم ما لا تعلمون ‏

Dan ingatlah ketika Tuhanmu berkata kepada para Malaikat: "Aku akan ‎menciptakan seorang khalifah di bumi". Para Malaikat berkata: "Apakah ‎Engkau akan menciptakan orang yang akan membuat kerusakan di dalamnya ‎dan mengalirkan darah, sementara kami selalu bertasbih dengan memuji-Mu ‎serta mengagungkan-Mu. Allah berkata: "Aku mengetahui apa yang tidak ‎kalian ketahui.‎ (sumber dari : indonesian.irib.ir)
Surah baqarah ayat-30 di atas jelas menunjukkan Allah telah melantik manusia sebagai khalifah. Jadi apa sahaja kurniaNya adalah suatu amanah pada kita. Bukannya sesuatu yang boleh dimilik. Begitulah juga cinta, cinta antara manusia(laki dan wanita) yang mana awalnya harus merujuk kepada sebuah ikatan perkahwinan seharusnya, kerana tiada cinta sebelum perkahwinan sebenarnya di dalam Islam. Jika ada sekalipun haruslah dipimpin oleh syariat agar tidak terjebak dalam kancah penzinaan. Amanah cinta inilah merupakan satu jalan menuju Allah kerana dari cinta inilah terbentuknya sebuah institusi keluarga yang membawa amanah yang lebih besar. 
Betapa besarnya amanah cinta itu berkembang. Jadi di manakah yang dikatakan cinta antara kekasih itu adalah sesuatu untuk dimiliki? Tiada satupun di dunia ini milikan kita. Bahkan jasad yang sedang menulis entry ini sekalipun bukanlah milikan ku...Kita hanyalah hamba Allah yang berkelana di bumi ini mencari keredhaanNya...wallahualam...sama-samalah kita muhasabah diri. Aku juga manusia biasa yang selalu lalai...Jadi ingatkanlah aku bila aku tersasar... 

Monday 16 May 2011

Indahnya Bila Cinta Bertasbih...

Indahnya bila saat cinta bertasbih,
Jodoh itu pasti ketentuanNya,
Jangan biarkan hidup bertasbihkan cinta,
Cinta itu samar bertaut nafsu.

Biarlah cinta tunduk pada kehendak Allah,
Bahagia bahtera yang utama, bukan cinta,
Hadirnya jodoh, pasti hadirnya cinta,
Allah matlamat, sekali tersasar pasti akan pulang ke asal.

1001 ciri-ciri wanita impian...

Sebelum menulis entry ni aku ader la menjengah blog-blog adik2 aku ni. Nampak satu entry yang bagi aku idea nak menulis. Tajuk entry 26 JENIS LAKI YANG AKU TAK SUKA. Banyak tu, macam-macam yang dia tak suka. Dari bulu kaki hingga la ke bulu ketiak, habis semua disebut. memang terperinci. Aku peliknya tu takde la state kat entry tu aku tak suka laki yang tak solat.

Jangan marah ye dik, kalau terbaca entry abang ni. Aku just nak mengingatkan. Berdakwah cara ringan-ringan. Berkongsi apa yang aku tahu. Perlu diingat wahai adik ku, cinta tu tak perlukan syarat-syarat yang lengkap. Cinta tu terbina dengan niat. Kalau niat kita ikhlas kerana Allah, InsyaAllah pincang bagaimana pun hubungan itu pasti akan kembali ke asalnya yakni Allah. Allah itu takkan menzalimi hambaNya, yang zalim manusia itu sendiri. Apabila meletakkan sesuatu itu bukan pada tempatnya. Maka daripada terus melakukan kerosakan lebih baiklah  kita perbetulkan niat jika ingin membina masa depan berumahtangga hingga ke syurga.

Budaya sekarang ni bercinta dulu baru berkahwin. Memang Islam tidak melarang, tapi perlulah berlandaskan syariat yang telah ditetapkan. Perlu ada batas-batas dalam setiap pergaulan. Keluar bersama juga harus ditemani dengan mahram, sms dan call pn haruslah ada batasnya bagi mengelakkan kita lalai dan terjebak dengan mukadimah zina. Ingatlah, syaitan dan iblis sentiasa ada untuk menyesatkan kita.

Bagi aku, tiada ciri-ciri wanita impian yang aku tetapkan dalam hidup ini. Semuanya aku serahkan di tangan Allah. Sambil itu aku berusaha untuk menjadi orang yang baik, kerana Allah dan menjanjikan bahawa jodoh yang baik itu untuk orang yang baik. Jadi pada saat dan ketika kita menjadi baik ini, pasti Allah akan lorongkan jodoh yang baik untuk kita. Tidak dinafikan memang perlu ada usaha untuk mencari jodoh kerana jodoh tu takkan jatuh dari langit pulak kan? Usahalah dengan cara yang diredhai Allah. Buat masa sekarang ni belum lagi tiba masanya kerana diri ini belum layak lagi untuk mendapat seorang jodoh yang baik.

Wallahualam, aku turut muhasabah diri dengan menulis entry ini. Terima kasih Ustaz Hasrizal (Saifulislam.com). Terima kasih Allah kerana kifarah dari Mu hati ini terdetik untuk pulang ke asal Mu....

Monologue


Redha? It is accept all what happen? Just be patient and sit back and relax wait something good happen?? Is that all redha all about? "Thanx coz u already can redha with what happen". that the last word from Cinta. She put redha in the middle of the sentence. I don't think that redha all about. She miss something on that redha word. Please Cinta, be acknowledgeable person. Redha is not be like that. Yes I accept your decision to put the end to our relationship. But I can't say No to Allah. I can't give all up to takdir. I shouldn't sit back and relax and just do nothing. Yes, Cinta already say 'tak nak'. Understood. All the effort that I done make Cinta more hate me. I don't know why. And when looking for the answer Allah show me a way in firman, Baqarah 216. More then less, about something that you don't like is not something that can harm you, and something you like is not something that can make you happy. I met with this firman is just in coincidence and doesn't mean to manipulate this firman to make Cinta feel down but I want you to think. Use your mata hati.

On my reading also, I find out, women have 9 emotion rather than 1 logic think. No wonder, till now, I can understand Cinta. And that's why I forgive her is not because I love her, I forgive her because I know human being are so weak...including me..

Sunday 15 May 2011

Petua Mengubat Hati Yang Dikeciwakan...

Kali ini aku tulis untuk share dengan korang camne nak mengubat hati yang keciwa. Kena letak petua kat depan tajuk entry.hehehe...mentaliti org kita, mmg suka petua2 dan tips ni. Strategi untuk menarik ramai pembaca singgah ke blog aku yang tak seberapa ini.

1. Kalau hati dah terluka tu elakkan duduk berseorangan. Carilah kawan-kawan yang boleh mendengar luahan hati anda. Duduk berseorangan akan membuatkan akal anda memikirkan benda yang tidak perlu. Sangat bahaya.

2. Cerita masalh kat org yang paling kita sayang. Contoh mak and bapak. Adik beradik. Diaorang antara yang paling paham perangai korang. Jadi senang anda nak menyalurkan beban kepada mereka.

3. Untuk bahagia sentiasa sematkan dalam hati untuk memaafkan kesalahan org lain dan sentiasa berpandangan bahawa manusia itu makhluk Allah yang lemah dan tak sempurna. Hati yang bahagia boleh mengubat hati yang kecewa.

4. Belajar memaafkan diri sendiri. Hati yang terluka juga mungkin adalah disebabkan kelemahan kita sendiri. Mungkin ada hikmah Allah turunkan dugaan. Hati yang terluka juga merupakan dugaan dari Allah. Carilah hikmahnya. Jangan tanya kenapa aku diduga? Tanyalah, bagaimana aku menghadapi dugaan ini? InsyaAllah dengan memaafkan diri sendiri akan timbul hikmah Allah itu satu persatu.

5. Menyibukkan diri dengan hobi. Sibukkan diri anda dengan hobi-hobi yang berfaedah seperti membaca ataupun menulis. Sehingga anda dapat menerima peristiwa melukakan itu sebagai sebahagian dari pengalaman hidup yang sangat berguna.

6. Elakkan dari mendengar lagu jiwang2 yang mengarut. Meratapi pemergian kekasih kononnya. Lagu ini akan menjahanamkan minda. Perbanyakkan mendengar zikir dan selawat. Percayalah, aku dah pernah buat. Memang ada kesan.

7. Dekatkan diri dengan Maha Pencipta. Banyakkan berdoa kerana Allah itu maha pendengar. Banyakkan solat sunat malam. Janganlah berkata bila dah terduga baru nak mencari Tuhan. Buangkan pemikiran negatif seperti itu jauh2. Allah itu Maha Pengampun. Seorang hamba Allah itu tidak boleh menyatakan dia beriman selagi Allah belum meguji imannya.

Wallahualam...ni petua ni dari pengalaman aku sendiri dan sedikit dari pembacaan.

Saturday 14 May 2011

Redha...

Sesungguhnya aku redha dengan apa yang terjadi. Moga dugaan ini dapat mengangkat martabat iman ku terhadap Mu. Memang ada khilaf yang telah ku lakukan. Ini hukuman dari Allah mengingatkan aku yang telah hilang istiqamah dalam amalan ku. Pinta dugaan ini merupakan hidayah yang membawa aku kepada Mu.

Di saat aku merasa hidup ku beriman denganMu. Di saat aku merasakan cinta ku ini mencari redha Mu. Tiada lain sebenarnya, aku hanya manusia yang lalai. Terleka dalam fatamorgananya dunia. Nafsu yang beraja di hati, menghalalkan segala yang haram. Aku terus hanyut, hinggalah kehambaran dan hilang arah tujuan bila cinta yang dibaja membuahkan benci dihati. Aku sedar kemusnahan yang bakal mengundang.

Alhamdulillah, pada mulanya memang aku fikirkan kemusnahan yang datang. Langit yang gelap belum tentu membawa taufan. Langit yang gelap membawa hujan rahmat membasahi alam. Pelangi pasti akan muncul dan pelangi pasti akan hilang. Tiada yang abadi di dunia ini. Hanya cinta Allah yang abadi. Dugaan Mu ini ya Allah merupakan satu hidayah pada hamba Mu ini. Ikhlaskan hati ku ini. Sentiasa istiqamah dalam amalan ku. Tetapkan lah iman ku. Ingatkan lah aku bila mana aku tergelincir dari jalan Mu ya Allah

Wednesday 11 May 2011

Untuk Yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia per Couple an

khas buat mereka yang sedang atau baru berjinak untuk bercinta termasuk juga  anak-anakku.

Alahai bestnya bercouple. Pagi petang siap malam asyik rindukan Si dia aje. Nak makan teringat kat dia, nak tidur teringat kat dia dan masa dalam sembahyang pun asyik teringat kat Si dia. Kalau budak U pulak, masa dalam dewan kuliah pun teringat kat Si dia. “Daydreaming” sentiasa. Mata tengok pensyarah yang mengajar, tapi otak entah kat mana. Tengok pensyarah macam nak tembus! Tak berkelip! Kalau bab sms jangan cerite la, tiap-tiap hari topup, sampai tak ada duit nak makan. Maggi jugak la sasarannya.


Inilah biasanya antara sindrom dari 1001 sindrom orang yang bercinta atau bercouple. Mabuk cinta, namun setakat mana potensi cinta ini dapat dimajukan, bertahan? Ada orang kata, abang cinta sayang sepenuh hati abang sampai ke mati!


Betul ke kata-kata ni? Boleh percaya ke? Kalau tanya orang yang bercinta dia kan kata "confirm" 110% betul! Tapi kalau tanya orang yang dah pernah lalui zaman percintaan dan telah berumah tangga, agak-agak apa yang diorang cakap? Eleh,itu dulu sekarang lain.

Mana tak lainnye, dulu badan si Dia, macam model tapi bila dah kahwin, badan macam ahli Sumo Jepun. Kulit muka pun tegang, gebu, tapi bila dah berumur paham-paham saja la. Inilah malangnya bagi pasangan yang cintanya diikat atas dasar rupa paras,harta dan keduniaan. Bila semua ini telah tiada, maka cintanya pun mengalami nasib yang sama, sedih, tiada kejujuran.


Sebab tu lah nabi SAW kita ada bagi panduan dan jaminan untuk kita dalam mencari teman hidup. Kalau kita ikut panduan ini,pasti bahgia tapi atas keyakinan seseorang tu jugak. Bagi mereka yang yakin pada janji Allah SWT dan rasulnya, sudah pasti tiada keraguan dalam hatinya untuk dia mempercayai garis panduan ni.


Nabi SAW ada bersabda, dinikahi seseorang itu atas empat perkara:


1. Kerana kecantikannya.
2. Kerana hartanya.
3. Kerana keturunannya.
4. Kerana agamanya.

Pilihlah agamanya, nescaya kamu kan BAHAGIA
Garis panduan ni tak semestinya untuk lelaki saja untuk cari pasangan,tapi perempuan pun boleh guna untuk cari pasangan hidup. Tapi biasanya bila hati sudah berkenan, semua ditolak ketepi. Kalau Si dia ada perangai yang tak elok pun,dia akan kata, tak apa aku akan bimbing dia. Atau pun kalau perempuan pulak dia akan kata, harap-harap abang akan berubah selepas kahwin dengan sayang nanti. Biasanya lelaki susah nak berubah lepas kahwin. Cinta itu Buta.

Kenapa bercinta?


Kalau tanya pada mana-mana yang tengah bercinta, biasanya dia orang akan kata, mestilah kami bercinta untuk berkahwin satu hari nanti. Sebab itulah ada sesetengah pasangan yang bercinta, sanggup curahkan segalanya pada pasangannya. Ada yang lebih teruk serahkan tubuhnya sekali. Setiap kali berdating, dibiarkan saja tangan si lelaki merayap ke seluruh badan dan lain-lain pada badannya sewaktu dengannya. Berdosa! seolah-olah anda telah menempah neraka bertaraf 5 bintang masa kat dunia lagi! (Mohon keampunan pada Yang Maha Pengampun).

Ada juga beberapa perkara yang kita tak sedar yang benda tu salah sepanjang kita bercouple.Terlalu banyak benda yang salah. "TEPUK DADA TANYA IMAN".
Allah SWT telah berfirman dalam sebuah ayat, janganlah kamu MENGHAMPIRI zina!

Dalam ayat ni Allah SWT telah sebutkan, perkataan bahasa arab “la takrabu “ yang bermaksud jangan hampiri. Hampiri pun Allah SWT dah larang. Bak kata perpatah, “Mencegah itu lebih baik dari mengubati” Jadi bercouple ni pun boleh termasuk dalam kategori menghampiri zina jugak. Buktinya, mula-mula bertanya khabar, kemudian mengadu masalah masing-masing, saling rindu merindui, berjumpa pasangan dengan ditemani kawan, jumpa seorang diri, jalan sama-sama,jalan pegang tangan, jalan pegang pinggang dan akhirnya, semua benda habis dipegangnya. Semua ni tak mustahil boleh belaku. Kalau tak buat semua pun,mesti ada yang buat mana-mana satu.

Peringatan!
Anda yang bercouple jangan ingat pasangan anda itu “cofirm jadi teman hidup anda”. Ini kerana, Allah SWT dah janji dalam Al-Quran, “YANG BAIK HANYA BUAT MEREKA YANG BAIK”. Kadang-kadang tu,kita dah rasa yang pasangan kita tu memang terbaik untuk kita, tapi Allah SWT lebih tahu siapa dia di sebalik takbir. Mungkin perangai depan kita lain, belakang kita lain. Macam kita selalu buat pada pasangan kita jugak. Kita selalu tunjukkan yang diri kita terbaik depan pasangan kita. Macam berlakon gitu. Jadi Allah SWT akan temukan pada orang yang lebih sesuai dan adil pada dia. Tak perlulah anda nak bersusah payah cari yang terbaik untuk diri anda, tapi pastikan diri anda cukup baik untuk dikurniakan seseorang yang baik untuk menemani hidup anda. Kadang-kadang tu, orang yang kita benci itulah akan menjadi teman hidup kita, anda mesti pernah dengar cerita macam ni kan?. Mungkin disebabkan orang yang kita benci tu ada perangai yang sama dengan kita jadi dialah yang layak untuk kita. Sifat Maha Mengetahui Allah SWT tu mengatasi pengetahuan manusia yang lemah.

Allah SWT akan jodohkan pada orang yang benar-benar sesuai untuk kita. Kalau kita ni jenis perempuan yang suka bermessage dengan ramai laki, tak mustahil kita akan dapat teman lelaki yang suka message dengan ramai perempuan jugak. Kita mana tahu. Macam itulah jugak kalau kita ni jenis menjaga akhlak dan hati, insyallah kita akan dapat yang sama macam kita. Janji Allah SWT itu pasti. Dia Maha Adil. Isteri yang baik hanya untuk suami yang baik!

Ingat bagaimana peribadi anda dan pasangan anda sekarang akan menentukan bagaimana peribadi anak-anak anda pada masa akan dating. Bak kata perpatah, “Kalau ayah kencing berdiri,anak kencing berlari-lari”. Kesimpulannya,dua baka pokok yang buruk akan menumbuhkan buah-buahan yang buruk lagi tak sedap dimakan. Manakala dua baka pokok yang berkualiti akan menumbuhkan buah-buahan yang baik lagi enak dimakan dan bermanfaat untuk orang ramai.

Jika dirimu inginkan wanita sehebat Fatimah Az-zahrah, maka pastikan diri mu juga sehebat Saidina Ali.


Wasallam.

Doalah:


“Ya Allah, kalau dialah yang ditakdirkan untuk diriku,maka simpanlah perasaan cintaku padanya ini hingga tiba masanya dan selamatkan kami dari murkaMu”. Namun, jika dia bukanlah yang ditakdirkan untuk diriku,maka berikanlah kekuatan kepadaku untuk ku lempar perasaan cinta ini, jauh ke ufuk langit. Semoga perasaan cintaku ini dapat ku curahkan pada seseorang yang benar-benar ditakdirkan untuk diriku". “Ya Allah, janganlah Kau jadikan seseorang tu leka disebabkan diriku”. Amin.


Read more: http://www.resepirahsiaku.com/2010/02/buat-mereka-yang-bercouple.html#ixzz1M7ESLfmK

Frust Bercinta...Artikel ni buat aku celik mata...Alhamdulillah

Siapa yang pernah merasakan tahulah betapa peritnya. Benarlah kata pujangga,“sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang, tetapi tidak berbalas.” Aneh sekali derita sakit putus cinta ini… benci, tapi rindu. Dendam tapi sayang. Dunia terasa sempit, dada terasa mencengkam.

Orang yang paling boleh menyakitkan hati kita ialah dia yang pernah paling kita cintai.  Ramai orang yang hancur hidupnya kerana putus cinta. Terlupakah pesan bijak pandai:
“Cintailah sesuatu itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika, bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika.”

Sesetengahnya hilang kewarasan berfikir. Hilang semangat juang. Malah ada yang sanggup bunuh diri. Benarlah kata orang: “Dunia akan terkejut mendengar seseorang membunuh diri kerana kematian ibunya, tetapi tidak akan terkejut apabila pembunuhan diri itu disebabkan kematian kekasih yang dicintainya.”Justeru, yang minta mati, akibat frust cinta ramai sekali.
(Ingat senikata lagu: Oh, Tuhanku kau cabutlah nyawaku). Buruk sekali keadaan orang yang ‘frust’ dalam bercinta. Inilah salah satu akibat cinta nafsu. Jika kita berani ‘memperkosa’ kesucian cinta, awas ia akan menuntut balas dengan cara yang paling kejam.

Ketahuilah, seseorang pernah gagal dalam percintaan, kemungkinan dia akan terus melihat kebahagiaan itu laksana pelangi. Tidak pernah di kepalanya sendiri, selamanya di atas kepala orang lain. Pesimis. Prejudis. Bagaimana hendak dihadapi segalanya?

Putus cinta adalah bukti bahawa tidak ada cinta sejati kecuali cinta yang diasaskan oleh cinta Allah. Cubalah anda fikirkan, apakah punca pihak sana atau pihak sini memutuskan cintanya? Mungkin kerana hadirnya orang ketiga? Mungkin dihalang oleh orang tua? Mungkin kerana sudah jemu? Macam-macam alasan diberikan. Ketika itu lupa segala sumpah setia, akujanji, lafaz janji yang dimetrai sewaktu sedang ‘syok’ bercinta. Hingga dengan itu mereka yang dikecewakan seolah-olah tidak pernah mengenal orang yang dicintai itu. Dia benar-benar berbeza (seolah-olah dia tidak pernah kita kenali!).

Putus cinta bukanlah pengakhiran segalanya. Ia adalah satu permulaan yang baik jika ditangani dengan positif. Memanglah di awalnya kita rasa sukar menerima hakikat. Tetapi percayalah… kita tetap ada Allah. Semuanya dari Allah. Dan segala yang datang dari Allah ada baik belaka, walaupun belum terserlah kebaikannya pada pandangan kita. Namun yakinlah, pandangan kita terbatas, pandangan Allah Maha Luas. Sesuatu yang kita cintai, belum tentu membawa kebaikan kepada kita. Manakala sesuatu yang kita benci, belum tentu memudaratkan kita.

Sebagai hamba Allah, renungilah maksud firman Allah dalam surah Al Baqarah, ” Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu. Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu. Sedarlah kamu tidak mengetahui, Allah-lah yang lebih mengetahui.”
Kita inginkan orang yang kita cintai itu terus setia bersama kita. Biar sampai menempuh alam perkahwinan, beranak cucu hingga ke akhir hayat. Segala kata pengukuhan telah diberikan.

Kita rasa dialah terbaik untuk kita (you are the answer of my prayer). Tetapi entah macam mana, dia berpaling tadah. Waktu itu kita terhenyak lalu berkata, “mengapa aku terpaksa menanggung derita ini.”Kita frust kerana merasakan dialah yang terbaik, tercantik, ter… ter… segala-galanya. Sukar membayangkan ada orang lain seumpama dia. Cinta diberikan seluruhnya. Ketika si dia pergi tanpa berpaling, kita berkata, “ya Tuhan, kenapa aku yang terpaksa menerima nasib ini?”

Harga diri orang yang putus cinta selalu rendah. Penilaian diri terhadap dirinya sendiri menjunam ke paras terendah. Rasa hina (gagak di rimba) berbanding kekasihnya yang pergi (merak kayangan). Sedangkan jika masih ada iman bersemi di dada… kita masih boleh berfikir dan berhenti seketika, lalu berkata, “Tuhan ada!” Pujuklah hati dengan apa yang telah Allah tegaskan bahawa yang baik pada pandangan kita belum tentu baik dalam realitinya. Katakan, dia yang pergi itu bukan yang terbaik. Mungkin dia terbaik, tapi untuk orang lain. Dan yang terbaik untuk kita pasti datang sebagai gantinya!

Jangan katakan kenapa aku yang kena? Jangan labelkan aku yang malang. Tetapi katakan, aku yang terpilih. Terpilih untuk putus cinta dengan manusia supaya ‘terpaksa’ bercinta dengan Allah. Memang begitulah rahmat Tuhan, kekadang DIA memutuskan untuk menyambungkan. Putus cinta dengan manusia, tersambung cinta dengan Allah. Inilah hikmah di sebalik kesusahan, kemiskinan, kegagalan, dan termasuklah putus dalam bercinta. Dalam ujian kesusahan selalunya manusia lebih mudah ingatkan Allah.

Alangkah indahnya jika orang yang frust cinta itu kembali kepada Allah secara sihat – maksudnya, bukan sekadar merintih, mengadu, merayu atau minta mati segera. Tetapi tersentak oleh satu kesedaran bahawa cinta Allah itulah yang sejati.
Allah tidak pernah mengecewakan seperti kekasih mengecewakan. Seorang filosof Barat, Hendrick berkata, “mencintai seorang yang tidak mencintai kamu adalah sia-sia, menyia-nyiakan orang yang mencintai adalah berbahaya.” Cubalah fikirkan… siapa yang paling mencintai kita? Siapakah yang kita sia-siakan selama ini? Fikir…

Dan tersentak oleh hakikat itu, kita mula berfikir… barangkali putus cinta ini adalah rahmat yang tersirat, “Allah menjemput aku untuk mencintai-Nya!” Sedarlah, bahawa Allah adalah Tuhan yang sentiasa mengasihi kita. Tetapi DIAlah Tuhan yang sering kita sia-siakan. Frust cinta itu hakikatnya untuk menyambungkan cinta kepada-Nya. Ketika itulah orang yang frust cinta akan benar-benar terasa bahawa dia terpilih, bukan tersisih!

Saya punya banyak cerita betapa ramai pasangan suami-isteri yang bahagia bersama ‘orang’ yang mereka tidak sangka apalagi harapkan sebelumnya. “Rugi, buang masa mengenang kekasih dulu.” “Allah ganti yang lebih baik.” “Tak sangka, kami akan serasi begini.” Begitulah suara-suara ‘testimonial’ daripada orang yang frust bercinta tetapi akhirnya berjaya melalui kehidupan berumah-tangga dengan orang yang lebih baik (untuk mereka).

Ya, pada waktu ‘terkena’ dulu belum nampak lagi, sebab itu terasa marah, kecewa, dendam dan benci. Tetapi apabila masa berlalu, segalanya bertukar menjadi syukur, beruntung dan terselamat. Mujur putus dengan dia. Beruntung tidak jadi dengan dia!

Begitulah ilmu kita yang terbatas dibandingkan dengan ilmu Allah yang Maha Luas. Yang penting dalam apa jua keadaan sekalipun, iman mesti diperkukuhkan dalam dada. Ingat Tuhan. Cintailah DIA, pasti Allah akan mendorong orang yang dicintai-Nya untuk mencintai kita. Cinta itu bagai ‘mata rantai’ yang sambung menyambung sesama manusia yang akhirnya bersambung kepada cinta Allah.

Percayalah frust dalam bercinta itu satu ujian. Ujian dalam kehidupan. Ingatlah bahawa alam adalah sebuah ‘sekolah’ yang besar. Setiap manusia adalah para pelajarnya. Dan kita terpaksa belajar berterusan. Hidup adalah satu siri pelajaran yang tersusun rapi untuk difahami dan dihayati sepanjang hayat.

Frust dalam cinta jika ditakdirkan berlaku kepada anda, adalah satu pelajaran juga. Kita perlu faham ‘pelajaran’ yang dibawa bersamanya. Jika difahami, pelajaran-pelajaran ini akan memberi panduan dan suluhan untuk menjalani hidup dengan lebih tenang dan bahagia pada masa akan datang. Tetapi sekiranya pelajaran ini gagal difahami, maka hidup akan huru-hara dan kita akan selalu menghadapi keadaan yang tidak menentu. Kemungkinan besar kita akan ‘frust’ berkali-kali.

Semasa kita di peringkat remaja ada ‘pelajaran-pelajaran’ tertentu yang perlu difahami benar-benar sebelum menghadapi usia dewasa yang jauh lebih mencabar. Apakah ‘pelajaran-pelajaran’ itu dan apakah cara sebaik-baiknya mempelajarinya? Inilah salah satu persoalan penting yang mesti dijawab oleh setiap remaja. Jangan sampai pelajaran yang sepatutnya ‘selesai’ di alam remaja terpaksa dibawa ke peringkat tinggi. Kalau begitu rugilah, sama seperti siswa atau siswi yang terpaksa ‘refer’  atau ‘repeat’ akibat gagal dalam peperiksaan mereka.

Remaja adalah kelompok manusia yang sedang melalui satu proses transisi. Mereka telah meninggalkan alam kanak-kanak tetapi belum mencapai alam dewasa sepenuhnya. (I’m not a girl but not yet a women)  Keadaan transisi ini tidak stabil. Umpama air yang hendak bertukar menjadi wap, maka molekul-molekulnya terlebih dahulu bergerak dengan cepat dan tidak menentu.

Samalah dengan remaja, jiwa, akal, nafsu, emosi dan lain-lain elemen-elemen mereka sedang bergolak. Takah usia ini paling tidak stabil – tercari-cari identiti diri, krisis pemikiran, perubahan biologi dan macam-macam lagi.  Dan di tahap ini juga remaja akan menemui pelbagai situasi dan kondisi – suka dan duka, kejayaan dan kegagalan, permusuhan dan kasih-sayang, sempadan dan teladan. Muncul pelbagai individu dengan pelbagai kelakuan dan sikap. Terjadi bermacam-macam peristiwa dengan membawa pelbagai kesan. Salah satunya frust dalam bercinta.

Semua ini tidak berlaku sia-sia melainkan ada ‘pelajaran’ yang dibawanya untuk difahami dan dihayati. Remaja mesti dapat membaca ‘mesej’ yang dibawa oleh setiap peristiwa, individu dan keadaan yang berlaku ke atas mereka. Jika tidak, mereka terpaksa mengulangi pelajaran itu berkali-kali. Sebab itu kita pernah temui orang tertentu yang sentiasa berdepan dengan masalah yang sama berulang-ulangkali.

Jadi langkah pertama supaya remaja‘lulus’ dalam pelajaran mereka ialah  mereka perlu akur bahawa setiap yang berlaku di alam remaja ada unsur pengajaran dan didikan buat mereka. Frust cinta hakikatnya adalah ‘guru’ yang mengajar kita. Setiap guru mengajar sesuatu yang baik, walaupun kadangkala pahit, pedih dan sakit kita menerimanya.

Untuk itu, apabila putus cinta, hendaklah ditanyakan pada diri, “apakah pelajaran yang disebalik semua itu.” Pandanglah semua yang berlaku ke atas kita ada tujuan yang tertentu, maka barulah hidup kita sentiasa bertujuan. Kata ahli-ahli sufi, setiap yang berlaku dalam hidup ialah ‘mehnah’ – maksudnya didikan terus dari Allah.

Mereka berpendapat bahawa apa sahaja yang berlaku dalam hidup adalah ujian dan ujian itu hakikatnya adalah didikan terus daripada Tuhan. Ahli sufi menambah lagi bahawa jika manusia tidak mampu dididik melalui didikan terus dari Allah (mehanah) maka manusia tersebut tidak akan dapat dididik lagi oleh sebarang manusia lain. Inilah yang ditegaskan oleh Ibnu Attoillah, seorang sufi yang terkenal dalam buku-buku karangannya.

Jika seorang datang membuat kita kecewa, maka dia adalah ‘guru’ yang hendak mengajar kita erti sabar. Jika kita rasa kita sedang dikecewakan, itu menunjukkan kita sedang belajar untuk membina sikap tidak terlalu mengharap. Begitulah seterusnya dalam apa jua situasi dan masa, kita hakikatnya sedang belajar dan dididik.

Memang pada lahirnya, manusia, peristiwa dan kejadian yang sedang bertindak ke atas kita tetapi sedarilah hakikatnya semua itu adalah datang dari Allah. Semuanya berlaku dengan izin Tuhan, yang dengan itu DIA hendak mendidik kita. Maka terimalah didikan itu dengan baik.

Apakah sebenarnya yang menjadi ‘tujuan’ di sebalik pelajaran-perlajaran yang datang dalam hidup kita? Tujuan utamanya ialah untuk mengubah kita. Perubahan tidak dapat dielakkan justeru   hidup adalah satu proses perubahan yang berterusan. Yang tidak berubah dalam hidup adalah perubahan itu sendiri. Perubahan sentiasa berlaku dan ia diluar kawalan kita. Kita tidak dapat mengawal hati ‘kekasih hati’ agar dia sentiasa setia.

Apa yang boleh kita ubah ialah diri kita sendiri. Jadi, berubahlah mengikut haluan dan kawalan kita sendiri. Jangan izinkan orang lain hatta kekasih kita mengawal hidup kita. Sehubungan itu, bijak pandai pernah berkata, “we cannot  direct the wind but we can adjust our sail.” Ertinya, walaupun kita tidak boleh menentukan takdir  yang menimpa tetapi kita diberi kuasa oleh-Nya untuk mentadbir diri kita.

Malangnya, ramai manusia yang ingin memegang takdirnya sendiri. Dia seolah-olah ingin jadi ‘Tuhan”. Dia ingin semua keinginannya tercapai. Mustahil, manusia hakikatnya lemah. Dia tidak boleh mengawal hati kekasihnya. Dia tidak boleh memastikan kesetiaan kekasihnya. Ingat, mencintai seseorang bukanlah bererti mengatur segala langkah dan perbuatannya demi cinta. Kita tak akan mampu!

Ringkasnya, ujian hidup datang dengan pelajaran, dan pelajaran itu datang bersama tuntutan perubahan. Jika sudah berkali-kali pelajaran disampaikan, tetapi masih tidak ada perubahan, maka itu bermakna remaja gagal dalam ‘sekolah’ kehidupan mereka. Frust cinta, hakikatnya adalah ujian yang ingin merubah kita untuk mula mencintai Allah.

Ingat, setiap kali sesuatu menimpa anda, samada baik atau buruk. Itu adalah pelajaran yang menuntut perubahan. Maka ubahlah diri kita selalu, ke arah yang baik, lebih baik dan cemerlang. Setiap detik, setiap ketika, ada sahaja peristiwa yang akan anda hadapi… maka belajarlah secara berterusan, dan berubahlah secara berterusan… Nanti anda akan mencapai kebaikan secara berterusan pula. Jangan sekali-kali menangguhkan pelajaran, nanti anda akan menangguhkan perubahan dan akhirnya menangguhkan datangnya kebaikan.

Belajarlah dari sekolah kehidupan semasa remaja lagi, supaya anda tidak diburu penyesalan apabila mencapai usia tua. Kata pepatah, “belajar sewaktu muda bagai melukis di atas batu, belajar sewaktu tua bagai melukis di atas air.” Teringat kata Dale Carnargie dalam bukunya Stop Worrying and start living,“jangan gergaji abuk kayu!” Dan itulah nasib orang tua yang tidak belajar semasa mudanya!

Kita perlu sedar, hidup ini bagaikan satu siri gelombang yang datang secara bergilir-gilir. Ada ketikanya, gelombang kecil dan tenang dan ada ketikanya gelombang itu besar dan ganas. Pada ketika gelombang itu ganaslah, semuanya terasa serba tidak kena. Tuhan menetapkan bahawa setiap manusia itu tidak akan mendapat kesenangan sahaja atau kesusahan sahaja.

Masing-masing daripada kita akan mengalami pasang-surut dalam hidup – ada masa senang, ada masa susah. Justeru dalam kehidupan ini, kita tidak boleh terlalu gembira kerana selepas kegembiraan itu mungkin muncul kesusahan. Begitu juga kita tidak boleh terlalu sedih bila kesusahan kerana mungkin selepas itu Allah swt datangkan perkara-perkara yang menggembirakan.

Kesedaran tentang hukum Sunnahtullah ini akan memberi ketenangan dalam hidup. Apabila kita ditimpa kesusahan, rasakan dalam hati… ya, selepas ini akan datang kesenangan. Sabarlah sebentar. Dan apabila datang kesenangan, kita tetap tidak alpa… ya, selepas ini akan datang kesusahan. Bersiap-sedialah. Hakikatnya, tidak ada kesenangan dan kesusahan yang abadi di dunia ini. Kehidupan adalah satu pergiliran antara senang dan susah yang berterusan…

Cabaran kita bukan untuk mengawal perubahan ‘cuaca’ kehidupan itu tetapi mengubah diri bagi menyesuaikan diri dalam setiap keadaan yang berubah-ubah itu. Fahamilah hakikat ini. Apabila kita frust dalam bercinta terimalah bahawa itu adalah hakikat hidup. Hidup bukanlah yang serba kena, serba senang dan serba mudah. Hidup tidak selalu indah, kerana di situlah keindahan hidup!

Sematkan di hati kata pujangga ini:Sesungguhnya orang yang berkali-kali gagal bercinta, pada suatu saat akan bertemu jua…cinta sejati yang ditunggunya!”

Tuesday 10 May 2011

Makna Bacaan Dalam Solat

Takbiratul-Ihram &Takbir
Allah Maha Besar.

Doa Iftitah
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya. Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang. Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku,
matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.


Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani. Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Yang maha pemurah lagi maha mengasihani. Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.


Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.


Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.


Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.


Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, kayakan daku, angkatlah darjatku, rezekikan daku,
berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku.


Bacaan ketika Tahiyat Awal
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.


Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah. Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.


Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki. Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan. Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin. Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku. Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau. Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu. Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi. Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan. Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau. Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.


"Wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu ...namun tak pula aku sanggup keNerakamu....kami lah hamba yang mengharap belas darimu ..."ya allah jadikan lah kami hamba2 mu yang bertaqwa. .ampunkan dosa2 kami .kedua ibubapa kami .dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"


Read more: http://www.resepirahsiaku.com/2009/07/makna-bacaan-dalam-solat.html#ixzz1Lw4PweAn

Sunday 8 May 2011

Mengumpat yang dibolehkan

Dari Aisyah RA, katanya: Hindon Binti Ubah, isteri Abu Soyan masuk menemui Rasulullah SAW.lalu bertanya: Ya Rasulallah, sesungguhnya Abu Sofyan adalah lelaki yang sanqat kedekut (bakhil), dia tidak memberi nafkah yang cukup untukku dan untuk anak-anakku, kecuali jika aku ambil saja hartanya (duitnya) tanpa pengetahuannya. Adakah aku berdosa kerana berbuat demikian? Maka jawab baginda Rasul SAW.: Ambillah hartanya (duitnya) itu dengan baik yang boleh mencukupi keperluanmu dan keperluan anak anakmu.
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)

SYARAH AL HADIS:

Para ulama mengambil banyak pengajaran dari Al Hadis diatas antaranya:

Orang yang ingin mendapat fatwa dan orang yang teraniaya dibolehkan untuk menceritakan keburukan tentang orang lain yang ada kaitannya dengan perkara yang diminta fatwa atau penganiayaan itu. Perkara ini tidak termasuk ke dalam bab larangan mengumpat (Al Ghibah). Tetapi hal ini termasuk kedalam salah satu jenis mengumpat yang dikecualikan.

Nafkah isteri adalah tanggungjawab atau kewajiban suami. Adapun kadar nafkah ialah secukupnya. Ini sebagaimana yang diisyaratkan oleh Nabi: Ambillah dengan baik yang dapat mencukupkan keperluanmu dan keperluan anak anakmu.

Kadar kecukupan yang dimaksudkan ialah berdasarkan adat dan keadaan manusia, berbeza-beza kadarnya disebabkan kerana perbezaan masa dan tempat, apakah dia orang yang hidup senangkah atau dia orang yang hidupnya susah.

Jika orang yang wajib mengeluarkan nafkah tersebut enggan memberinya kepada pihak yang berhak menerimanya atau bersifat sangat kedekut, maka orang yang berhak menerimanya atau orang yany mengatur perbelanjaan anak-anaknya itu dibolehkan mengambil harta (duit) orang tersebut walaupun tanpa pengetahuannya. Ini kerana sebabnya nyata dan zahir. Dan ini bukan kes khianat, dan ini tidak termasuk kedalam larangan Nabi saw. : " Jangan kamu khianat kepada orang yang mengkhianati kamu ".

Nafkah anak adalah kewajiban dan tanggungjawab ayahnya. Bukan tanggungjawab ibu dan bukan pula tanggungjawab orang-orang lain seperti datuknya, pamannya dan lain-lain.

Bahawa orang yang diserahkan tanggungjawab mengatur sesuatu urusan perbelanjaan dan kewangan, dapat diterima ketentuannya tentang jumlah kadar yang diperlukan ini kerana dia adalah orang yang memikul amanah, dan dia memiliki kuasa dalam hal itu.

Bahawa orang yang meminta sesuatu fatwa yang ada kaitannya dengan orang lain, jika orang yany ditanya (mufti) dapat menerima kebenaran perkara yang diajukan itu maka tidak perlulah dimaklumkan perkara tersebut kepada orang lain itu. Lebih lebih lagi jika perkara tersebut dapat mendatangkan mudarat (bahaya) sebagaimana persoalan yang terkandung dalam Al Hadis diatas. Barangkali akan rusak rumahtangga Hindon jika aduan itu dimaklumkan kepada Abu Sofyan.

JENIS-JENIS MENGUMPAT YANG DIBOLEHKAN :

Sebagaiamana kita sama maklum bahawa hukum mengumpat adalah haram. Mengumpat ialah menceritakan tentang aib atau keburukan seseorang yang apabila orang tersebut mendengarnya maka ia akan marah dan benci.

Dalam hal ini Imam An Nawawy dalam kitabnya Riyadhus Salihin berkata: Ketahuilah bahawa mengumpat adalah dibolehkan atas sebab-sebab tertentu dan mengikuti lunas-lunas syara’ (agama), jika sesuatu yang penting tidak mungkin tercapai kecuali dengannya. Mengumpat yang diperbolehkan-oleh agama itu ada enam jenis:

(1) KES PENGANIAYAAN.

Dibolehkan kepada orang yang dianiaya untuk mengadu kepada pihak berkuasa seperti Sultan, Qadhi atau lain-lain pihak yang mempunyai kuasa untuk memberi keinsafan dan kesedaran kepada orang yang menganiaya itu. Umpamanya: Si Polan itu telah menganiaya saya begini dan begitu.

(2) MOHON BANTUAN MENCEGAH KEMUNGKARAN.

Umpamanya seseorang berkata kepada pihak polis atau bahagian pencegah maksiat: Si Polan itu telah berbuat perkara sumbang, tolong tuan cegah perkara tersebut. Maksud orang itu ialah menjadikan pihak berkuasa sebagai orang tengah untuk mencegah kemungkaran. Tetapi jika tidak dengan maksud itu maka hukumnya adalah haram.

(3) MINTA FATWA.

Umpamanya ia berkata kepada mufti atau orang yang dipercayai boleh memberi fatwa: Ayah saya atau saudara saya atau suami saya telah menganiaya saya, adakah dia boleh berbuat demikian terhadap saya, bagaimana cara supaya saya dapat terhindar dari penganiayaannya. Perkara ini dibolehkan kerana hajat. Tetapi adalah lebih baik sekiranya dengan cara sindiran sudah tercapai tujuannya. Namun demikian menyebut nama orang yang menzalimi adalah dibolehkan sebagaimana dalam kisah Hindon diatas.

(4) MENGAJAK MUSLIMIN AGAR BERSIKAP BERHATI-HATI.

Umpamanya: Kita menyebut tentang keaiban periwayat hadis seperti si polan pendusta, tidak amanah, kurang kuat ingatannya dan lain-lain. Perkara ini dibolehkan kerana tujuan kita berbuat demikian semata mata ingin menjaga keaslian hadis Rasulullah saw. Sebab tanpa berbuat demikian maka akan terdedahlah hadis Rasul saw dengan pemalsuan. Atau paling kurang supaya orang ramai jangan sampai menyangka hadis hadis tersebut sebagai hadis yang sahih. Apalagi jika orang berkenaan sememangnya orang yang suka memalsukan hadis. Dan menyatakan keaiban orang lain ini juga boleh jika kita diminta pandangan tentang peribadi seseorang yang akan menjadi rakan kongsi perniagaan , atau menitipkan amanah , atau urusan perkahwinan , demikian juga tentang berjiran dan sebagai.

(5) JIKA MELAKUKAN MAKSIAT DAN BID'AH SECARA TERANG.

Umpamanya: Minum arak secara terang terangan atau seorang guru agama yang mengajar ajaran-ajaran sesat seperti syirik dan bid'ah atau bomoh dan dukun yang menggunakan amalan amalan syirik. Kita diperbolehkan menyebut keburukan atau keaiban orang orang berkenaan supaya muslimin yang lain dapat sentiasa waspada dan tidak terpedaya oleh mereka. Tetapi dalam hal ini kita tidak boleh menceritakan cela mereka yang lain kecuali ada sebab-sebab lain yang membolehkannya sebagaimana tersebut diatas.

(6) SEBAGAI TANDA PENGENALAN.

Andaikata seseorang dikenal dengan gelaran tertentu. Umpamanya: Mamat Pincang, Jali Sumbing, Enon Gendut dan lain-lain maka dibolehkan kita menyebut sifat-sifat tersebut tetapi dengan syarat tidak dengan nada atau tujuan menghina dan merendah rendahkan. Andaikata orang tersebut sudah dapat dikenal tanpa menggunakan gelaran-gelaran diatas maka itu adalah lebih baik.

Sumber: Ustaz Abdullah Yasin.


Read more: http://www.resepirahsiaku.com/2011/02/mengumpat-yang-dibolehkan.html#ixzz1LpEhDBaU