Sunday, 29 May 2011

Pasti Ada Hikmahnya

Di dalam setiap musibah yang melanda pasti ada hikmah yang Allah selitkan. Allah takkan menjadikan sesuatu itu  dengan sia-sia. Inilah yang saya pelajari dari buku tulisan Syed Alwi Alatas dalam bukunya 'Bila Allah Menduga'.

Saya tertarik dengan 3 langkah luar biasa yang dinyatakan di dalam buku Syed Alwi. 3 langkah tersebut adalah bagi sesiapa sahaja yang ditimpa musibah. 3 langkah ini terkandung dalam sabda Rasullah SAW "Raihlah manfaat apa saja baagimu, minta tolonglah pada Allah dan jangan bersikap lemah".

Begitu jugalah dengan mereka yang diuji oleh Allah dengan dugaan putus cinta. Pasti akan menyangka seolah-olah dunia ini sudah tiada makna. Sudah hilang serinya. Hilang semangat untuk berjuang. Hilang motivasi. Jadi murung dan banyak lagi.

Normal apabila anda mengalami simptom seperti di atas kerana banyak janji dan impian telah dibina. Pastinya akan kecewa bila mana impian dan harapan yang dibina hancur di tengah jalan.

Kembali pada 3 langkah tadi :-

1) Raih manfaat daripada pengalaman putus cinta.
- Mengingatkan kita kifarah dari Allah. Tiada cinta sebelum wujudnya pernikahan. Jadi musibah ini mungkin mahu mengingatkan tentang khilaf kita.
- Lebih mendekati Allah.
- Bila putus cinta dapat jimat duit dan kurang kumpul dosa apabila keluar berdua-duaan.
2) Doalah pada Allah.
- Doa cepat jodoh.
- Doa dipertemukan jodoh dengan si dia juga. (Allah tak kikir). Dekatkan dirimu dengan Allah, binalah cinta di atas keredhaan Allah.
- Doa tenang hati.
3) Janganlah bersikap lemah.
- Janganlah kita berputus asa dengan rahmat Allah. Allah itu takkan menzalimi hambanya. Manusia itu takkan dikatakan beriman selagi mereka tidak diuji.

Dari itu wahai sahabat ku saudara dan saudari...
Dunia masih lagi belum berakhir, teruskanlah menongkah samudera, pasti sekali, akan terluka, tercedera, tapi itulah pengalaman berharga, pelajari sesuatu yang menjangkaui buku, hargainya...

4 comments:

ArELeEz said...

ye! ade yg t'sirat di sebalik yg t'surat.

cik aisha said...

semua berlaku dgn bersebab...kdg2 terlupa nak berfikir secara positif...:)

tamlegend said...

yer...moga kita tak tergolong dlm org-org yang rugi...

ir yien said...

paling yien suka entry nie..
sangat tersentuh yien sebagai kaum hawa lemah...
memerlukan bimbingan dari insan yang di namakan suami..wah... nak suh bf yien baca...
sangat tersentuh..

nak dengar cakap kaum adam selepas nie, bf yien selalu pesan pakai tudung tapi yien ego dan degil, but sekarang pelahan2 buat perkara yang wajib nie....doa kan yien istiqamah