Sunday, 20 November 2011

KENAPA SAYANG SAYA?

Kenapa sayang saya? Kalo korang kena tanya dengan awek/pakwe/bf/gf/future wife apa jawapan yang paling tepat korang nak bagi? Kalo tak spontan karang katanya kita tak ikhlas pulak karang. Nak main jawab je kang takut salah jawapan. Kecik hati plak kang. Akupun kadang kena tanya juga soalan macam ni. Selalunya aku pilih jalan selamat. Jawapan aku : "Awak kena tanya diri awak dulu, kenapa sayang saya?" Selamat ke? Kira selamat jugak la. Bukan aku elak nak jawab dan bukan aku main hentam je bg jawapan selamat mcm tu.


Pada aku, persoalan kenapa sayang saya itu tidak harus dipertikaikan. Aku juga ada terlintas nak bertanya yang sepertinya pada pasangan. Tapi seringkali aku bermonolog, "Kenapa aku sayang dia"?

Bukan aku takde jawapan untuk ini. Ada, dah lama ada. Tapi dengan perangai dan keadaan aku yang seperti ini dengan iman yang kadang turun dan naik. Aku terlalu malu untuk mengungkapkan yang aku sayangkan dia kerana Mu ya Allah. Kadang aku rasakan diri ini terlalu hodoh untuk menggarap cinta di atas jalan Mu ya Allah. Kadang aku rasakan diri ini terlalu hina untuk membentang hamparan cinta di atas halaman Mu ya Allah.

Tapi itu semua bukan alasan untuk aku meletakkan cintaku di jalan yang salah. Iman dan amal harus dipertahan. Keredhaan Allah itu sentiasa ku cari kerana aku mendambakan ketenangan beragama. Ketenangan atas sandaran iman yang teguh.

Jika benar cinta ini adalah kerana Mu ya Allah maka tegakkan lah cinta ini di atas redhaMu. Pimpinlah kami ke jalan Mu ya Allah. Bimbinglah kami mencari syurga Mu yang hakiki. Peliharalah kami, dari neraka Mu. Jauhilah kami dari perbuatan terkutuk yang boleh mendatangkan kemurkaan Mu ya Allah. Satukanlah kami dengan rahmat Mu. Jodohkan kami dengan keberkatan Mu.

Dan. Saya sayang awak sebab saya terlalu mencintai Dia kerana Dia lah yang kekal abadi dan saya tidak mahu menyandarkan cinta saya ini pada sesuatu yang fana.

Wallahuaalam

6 comments:

Nin Ahmad ツ said...

kan,sy pun takde jawapan kalau org tanya kenapa syg dia.hik.

cik tammmmmm dah lama menghilang.mana pergi?sibuk dating eh.hehehehe

sailaaf said...

takde jawapan untuk itu. =p

Iffah Afeefah said...

kenapa tak sayang saya?

hahaha

Aishah Jahirah(cik aisha) said...

kalau saya pun blur la nk jwb...sayang tu tak bersebab rasanya...kalau bersebab pun hanya keranaNya.apapun saya suka tnya soklan ni dolu2....huhuu.ncik tam apa perkembangan terkini?kabar la.hehee

anismelon said...

kenape dah tak syg sy??dulu syg sekarang tak syg..weeee..

sbb dulu awk ade ape yg sy cari..sekarang dah xde..so sy tak syg dah la..huuuu..

so..bih baik bg jawapan mcm cik tam..syg kerana DIA..

cgdila said...

sayang sebab nak bawa awak bersama ke SYURGA-NYA.. insyaALLAH ^_^