Thursday 1 December 2011

MENGADU SEPI...

Salam,

Kadang sukar untuk mencari titik persamaan antara aku dan dia. Kadang sukar untuk mengerti terjemahan maksud kata seperti jarum yang menusuk hati. Adakah itu datangnya dari orang yang kita sayang? Orang yang paling kita sayang itulah nanti yang akan meremuk redamkan hati ini kerana segala harapan dan perhatian yang kita sandarkan dibalas dengan kata-kata nista. Mungkin tiada maksud dihatinya untuk meramas sekeping hati. Mungkin kita dari dua planet yang berbeza. Mungkin sukar bagi kita untuk mencari titik silang yang selama ini hanya selari tanpa ada silang temunya.

Jika toleransi itu ubatnya, kenapa begitu sakit hati ini dalam proses mengenali sekeping hati bernama wanita? Sampai bilakah hati ini akan terus bertahan dengan kata "takpela awak sibuk kot ni"? Kadang sepi ini membuatkan diri ini selesa tanpa kehadiran mu. Bila rindu yang bertandang ini dilayan sepi. Bila mana hati ini sudah kebas dan lali ditusuk berulang kali. Hati ini hilang rasa. 

Tapi hati ini berat untuk melepaskan. Mungkin ada cinta yang tersisa yang cuba ku pertahankan. Ketahuilah sukarnya hati ini mengemis sekelumit cinta. Yang terlihat di mata mu hanya diri ini yang cuba mencari salah dan silap mu. Diri mu terlalu tinggi di puncak sana. Ego yang mendongak langit. 

Mungkin aku merasakan apa yang terjadi ini adalah sesuatu yang tidak baik buat diri ini. Tapi Allah mungkin sedang merancang sesuatu. (Al-Baqarah 2:216). Langit tak selalunya cerah. Mungkin ini masannya untuk aku muhasabah diri. Biarlah sabar yang menjadi pengubat kerana aku percaya jodoh ini datangnya dari Mu. Jadi bimbinglah aku ya Allah untuk merencana hati ini supaya dapat membahagiakan dia. 


Ps: kami telah selamat ditunangkan pada 28hb itu hari...tapi dalam keadaan jiwa ini merana sikit. Mak masuk hospital. kerja pulak terumbang-ambing kat Perlis ni...huhuhu...Pada tunang...Jika kamu dapat melihat apa yang ada dalam hati ini, barulah kamu akan mengerti agaknya...Hikmah...aku percaya pada hikmah Mu...

Sunday 20 November 2011

KENAPA SAYANG SAYA?

Kenapa sayang saya? Kalo korang kena tanya dengan awek/pakwe/bf/gf/future wife apa jawapan yang paling tepat korang nak bagi? Kalo tak spontan karang katanya kita tak ikhlas pulak karang. Nak main jawab je kang takut salah jawapan. Kecik hati plak kang. Akupun kadang kena tanya juga soalan macam ni. Selalunya aku pilih jalan selamat. Jawapan aku : "Awak kena tanya diri awak dulu, kenapa sayang saya?" Selamat ke? Kira selamat jugak la. Bukan aku elak nak jawab dan bukan aku main hentam je bg jawapan selamat mcm tu.


Pada aku, persoalan kenapa sayang saya itu tidak harus dipertikaikan. Aku juga ada terlintas nak bertanya yang sepertinya pada pasangan. Tapi seringkali aku bermonolog, "Kenapa aku sayang dia"?

Bukan aku takde jawapan untuk ini. Ada, dah lama ada. Tapi dengan perangai dan keadaan aku yang seperti ini dengan iman yang kadang turun dan naik. Aku terlalu malu untuk mengungkapkan yang aku sayangkan dia kerana Mu ya Allah. Kadang aku rasakan diri ini terlalu hodoh untuk menggarap cinta di atas jalan Mu ya Allah. Kadang aku rasakan diri ini terlalu hina untuk membentang hamparan cinta di atas halaman Mu ya Allah.

Tapi itu semua bukan alasan untuk aku meletakkan cintaku di jalan yang salah. Iman dan amal harus dipertahan. Keredhaan Allah itu sentiasa ku cari kerana aku mendambakan ketenangan beragama. Ketenangan atas sandaran iman yang teguh.

Jika benar cinta ini adalah kerana Mu ya Allah maka tegakkan lah cinta ini di atas redhaMu. Pimpinlah kami ke jalan Mu ya Allah. Bimbinglah kami mencari syurga Mu yang hakiki. Peliharalah kami, dari neraka Mu. Jauhilah kami dari perbuatan terkutuk yang boleh mendatangkan kemurkaan Mu ya Allah. Satukanlah kami dengan rahmat Mu. Jodohkan kami dengan keberkatan Mu.

Dan. Saya sayang awak sebab saya terlalu mencintai Dia kerana Dia lah yang kekal abadi dan saya tidak mahu menyandarkan cinta saya ini pada sesuatu yang fana.

Wallahuaalam

Wednesday 19 October 2011

PASIR

Salam,

Apa yang aku nak cerita kat sini bukan pasal pasir sgt sebenarnya. Aku kan penulis Travelog Cinta. Takkan nak cerita pasal pasir pulakkan. Mesti kena berkait dengan hal-hal cinta punya. pasir punya hal tu, hanya sebagai metafora pada apa yang aku nak ceritakan sahaja. Aku tukarkan PASIR tu dengan JODOH. Jika diberi pilihan, korang akan pilih isteri/suami yang sempurna peribadi sedari awal ataupun seorang isteri/suami yang berubah perlahan-perlahan asbab cintanya kepada kita kerana Allah.

Aku pastinya memilih sebutir PASIR yang bergumpal dan termampat padu dengan kasih sayang berubah perlahan menjadi sebutir MUTIARA. Sinarnya pasti akan menerangi hidup ini. Nikmatnya bukan saja hadir pada sinar yang ada. Tapi juga melalui sulaman kasih sayang tulus ikhlas mengharap redha dariNya. Pastinya akan ku hargai mutiara ini hingga akhir hayat ku.

ps: Aku tulis ni untuk Bunga Bakung. Sedari awal lagi aku menyatakan pada dia, aku sememangnya tidak mencari kesempurnaan dalam dirinya kerana aku mencari sebutir PASIR...Pasir pasti pada awalnya akan terurai. Anggaplah itu sebagai ujian dariNya untuk mendidik kita tentang erti SABAR dan IKHLAS. Akan aku kutip setiap urai butir pasir ini...MUTIARA pasti akan ada.

Monday 3 October 2011

DAPAT JUGA AKHIRNYA...

Salam

Ini kisah rentetan dari entri AKU TIADA HAK. Wali si bunga bakung tak membenarkan aku bawa bunga bakung jumpa mak. Aku sebenarnya di dalam dilema juga. Aku tak sedap juga bila dikatakan membelakangkan keluarga. Kadang terasa pendapat dan kata-kata orang sekeliling kita ni perlu di ambil kira. Siapa kita di sisi masyarakat juga adalah penting. Kita tak nak dilabelkan sebagai anak yang derhaka.

Lalu aku pendekkan cerita sebab mata pun dah ngantuk ni. Berkat dari rahmat Allah, sekembalinya aku dari Perlis minggu lepas mak akupun sudah berada di Klang. untuk menghadiri jemputan walimah saudara. Pertama kalinya mak dan apak aku naik bas datang Klang. Sebab aku takde nak amik mak dan apak kat kampung. Malam hri sewaktu tiba dari Perlis aku sempat lagi nak berborak dengan mak. Aku nak adjust mak datang umah bunga bakung.merisik. Tapi fault terbesar yang aku buat aku tak sempat lagi nak pergi kedai beli cincin merisik. Mak kata nak merisik kena la ada cincin. Nanti tunang la baru jumpa bunga bakung. Kata mak.

Pendekkan cerita lagi, tanggal 25/9/2011 pukul3 ptg mak pak aku boleh buat surprise tiba-tiba. Masa tgh kerja lagi. Kakak aku yang sulung call ajak pergi merisik. Mak nak merisik. Terperanjat beruk aku beb. Tiba-tiba je cakap nak pergi merisik. Aku tnya la yong mana ada cincin. Yong jawab selamber. "Kita cakap la nak datang beraya. Ape ke henya nak kawin kita tak pernah berjumpa. Takkan nak nunggu kawin baru nak jumpa". Senyap terus aku.

Pendekkan cerita lagi. Aku dan satu keluarga besar aku siap dengan bala tentera bagai seranglah rumah bunga bakung. Aku terseret sama masuk. Igtkan nak tunjuk jalan je. Tup;;;tup...abahnya bunga bakung letak title lawatan kami tu sebagai lawatan merisik. Tapi abahnya cakap tak payah la nak bercincin. Tunang nanti hantar 1cincin je. Jimat!!!!hehehe

Tapi abahnya bagi hint hantaran macam nak letak harga standard sekarang je. Takpela. Mak pun kata ikutkan aje. Akupn jatuh kepala jela...huhu

Finally mak dan pak aku dapat jumpa Bunga Bakung...Besarnya kuasa Allah. Meletakkan jalan yang mudah pada aku untuk membina jambatan ke syurgaNya. Jalan yang dihiasi rahmat dan redhaNya insyaAllah. Moga dipermudah hingga ke akhirnya.


ps: Penulisan semakin jauh dari gaya tulis yang kreatif...Maaf.

Thursday 22 September 2011

AKU TIADA HAK...

Salam


Alhamdulillah...Boleh menulis lagi di pagi yang hening ini. Aku masih lagi di Arau menjalankan tanggungjawab. Outstation ni la baru ada kesempatan nak menulis.Hari ini aku main dengan konflik dalam hati lagi. Kesian kat dia jadi mangsa moody aku hari ni. Aku tak marah dia ok. Just tak ada mood. Setelah berbincang elok-elok, dia faham and kami ok je lepas beberapa saat. Terima kasih Bunga Bakung kerana setia. Dah lama tak ngaji. Tu yang banyak setan dalam kepala ni.

Bukan mudah rupanya nak menjalankan sesuatu yang pada mata kita adalah benar. Dan ianya sememangnya benar. Ada je orang dok nak mengata. Ada je yang tak puas hatinya. Buat aku hilang sabar je. Adakah sesuatu yang menjadi kesalahan jika aku tak membawa future wife bertemu dengan mak? Ikut adat orang sekarang ni la, memang kena bawak. Tapi apakan daya aku. Walinya tak membenarkan. Tak manis katanya. Akupun akur je la. Apa hak aku nak melawan kata Walinya? Kang elok-elok boleh jadi menantu tak pasal-pasal kena pangkah awal pulak kang. lagipun memang betul apa kata Walinya. TAK MANIS.

Tu pun ada orang dok mengata lagi. 'Macam la anak dia tu lawa bebeno'...Haloooo...Bunga Bakung memang lawa pun. Biarlah abah dia nak simpan dia pun. Korang susah hati tu kenapa? Payah la kalo dah ada yang dok tak puas hati mengata-ngata ni. Akupun malas nak ambik port sangat. Sebab bukan depa bagi aku makan pun. Bio la. Selagi apa yang aku buat ni aku rasa betul tak membelakang Tuhan. It's ok.

Akupun dah tanya mak. Dah cerita semuapun. Mak tak kisah. Janji kita buat memang nak bagi jadi. Lagipun anak mak ni laki. Laki ni memang kadar terikat dengan familinya longgar sikit. Janji ko hepi nak...Lebih kurang macam tu la cakap mak aku. mak aku very2 supportive. Sayang mak lebih. Hujung minggu ni kita jumpa yer mak. Lama dah tak jumpa mak. Kalo ada jodoh mak dengan Bunga Bakung jumpa la kita nanti. Mama Bunga Bakung dah bagi green light.

Walaupun aku ni bukan orang baik. Tapi aku cuba nak buat benda betul. Jangan la labelkan aku seorang yang warak. Kerana aku jauh dari itu. Bukalah minda anda kalian. Sampai bila kita nak mencari silap orang? Renung dan muhasabahlah diri. Tiada salahnya menghormati hak orang. Pasti orang lain akan hormat hak anda.

ps: merajuk-rajuk masa tengah bercinta adalah sesuatu yang aku rasakan sangat hipokrit...ada betulka??? Ke aku sorang je yang rasa...huhu

Wednesday 21 September 2011

MEH, NAK CHECK HENPON JAP...

Salam...

Idea nak menulis tajuk entri dtg lama dah. Waktu berbuka puasa dengan famili akak aku bulan lepas. Masa tengah syok mengadap makan ni sambil dok usha Aiman dok jilat botol kicap. Tiba-tiba henpon abg ipar aku berbunyi menandakan ada mesej masuk. Abang ipar aku masa tu takde kat meja makan. Dia solat maghrib dulu agaknya. Akak aku yang tgh memboyot ni la boleh bangun dari meja makan pergi usha mesej apa yang masuk. Terdetik di hati ku; 'takpe ke akak aku buka mesej abg ipar?' Aku tau abg ipar aku bukan jenis yang mcm korang pikirkan. Maksud aku yang negatif la. Abg ipar aku ni baik orgnya.

Akupun lepas makan solat jap. Kemudian baring la dalam bilik sambil tangan dok atas dahi mata pandang siling. Dok pikir. Kalau aku ada bini nanti marah tak aku kalo bini aku check henpon? Rasanya tak kot. Memang la privasi. Tapi penting juga pada aku untuk bersifat telus. Sebab telus tu nanti dapat elakkan daripada syak wasangka dan berfikiran bukan-bukan yang pastinya akan meleret-leret membawa kepada sesuatu yang kurang enak.

Kadang-kadang sifat kuat berprasangka ni bukannya datang dengan sengaja. Mungkin partner korang nanti seorang yang banyak duit tak pun mempunyai rupa paras ala-ala Johnny Depp  atau Aishwarya Rai. Maunya tak senang duduk korang nanti. Daripada korang dok main konflik dalam bermonolog sendiri, pikir benda yang bukan-bukan baik korang terus terang je dengan partner. Meh, nak check henpon jap. Bukan tak percaya. Tapi kita terlalu sayangkan dia. Dan jika diaorang ni jenis makhluk Allah yang memahami dan dapat merasakan yang kita buat semua ni pun adalah atas dasar terlalu sayangkan hubungan mesti dia berlapang dada nak bagi korang check henpon punya.

Mesej dari entri untuk orang yang dah berkahwin or sedang menjalinkan hubungan. Harap sampai la hendaknya. Marilah kita menjadi insan yang telus, bukan sahaja pada pasangan malah dalam setiap apa yag kita lakukan... Wallahualam

ps: aku tak kisah pun kalau future wife nak check henpon...SILAKAN. Huhuhu

Tuesday 20 September 2011

LANDASAN YANG BETUL

Salam, aku sekarang dah jarang nak update entry kan? Sory la. Jgn la ada yang memandang aku dah hilang minat nak menulis. Just macam entri sebelum ni, aku terlau sibuk dan penat untuk menulis. Alhamdulillah takde lagi yang unfollow aku lagi. Terima kasih. Aku tak menulis tapi aku still lagi meninggalkan komen kat entri2 korang. Sekarang ni baru ada masa nak menulis. Sebab dok jauh dari Shah Alam n bekerja jauh dari bos. Boleh la rileks sikit. Rezeki, bos bagi kepercayaan handle pembukaan untuk cawangan baru kat Arau ni. Seminggu kat sini tapi tak berapa nak rileks la. Banyak benda kena buat.

Ni dok sorang2 baru la ada idea datang nak menulis. Macam yang aku tulis dalam entri sebelum ni aku dah nak bertukar status dah lepas ni. Minta semua kawan-kawan doakan semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah setakat ini semuanya di landasan yang betul. Bagai suatu keajaiban.Semuanya bermula dengan pertemuan yang dirancang melalui orang tengah. Sampai la aku jumpa wali dia, sedar-sedar dah nak kahwin dah.

Setakat ni byk jalan yang dipermudahkan Dia. Moga sampai akhirnya la dipermudahkan. Mungkin ada dugaan di sana sini. Tapi semuanya lebih pada konflik dalam diri je. Maklum la nak kawin dengan orang yang kita tak berapa nak kenal. Bukan nak tunjuk aku ni anti-couple. Just nak buat yang betul. Tak nak terkurung dalam budaya sekarang, couple dlu baru kawin. Maaf la mana yang terasa ek. Aku just state nak buat yang betul maknanya bukan aku ni baik sangat.

Saat bahagia ni moga Allah tak menjadikan aku insan yang lalai. Moga diri ini sentiasa beringat kerana bahagia ini juga merupakan ujian jua dari Allah. Moga diri ini tidak terlupa dengan cara mana untuk mentadbir cinta dan tidak hanya nanti menyalahkan takdir kerana salah diri yang salah dalam mentadbir. Moga diri ini tidak terlupa dalam mencari redha Allah. Dan pinta ku Ya Rahman, jgn la Kau jauhkan aku dari lingkung rahmat mu setelah Kau berikan aku petunjuk dan hidayah untuk mengejar cintaMu yang pastinya sesuatu yang abadi. Wallahualam...untuk aku menulis sememangnya memerlukan waktu tenang seperti ini yang selalunya jarang aku miliki. kerna diri ini terlalu sibuk dan terima kasih ya Allah kerna menjadikan hambaMu ini sentiasa sibuk kerna dengan ini aku tiada masa untuk memikirkan sesuatu yang sia-sia.


ps: dia dah beli baju tunang...aku??? (dah macam Iffah lak...huhu...moga cepat sembuh Iffah)

Saturday 10 September 2011

KESIBUKAN MELAMPAU...

Alhamdulillah...diberi kesempatan untuk menulis lagi hari ni. Selamat Pagi Malaysia. Selama ni mmg takde ruang dan peluang sangat nak update blog.nak pergi singgah blog kawan2 pun tak sempat. Minta ampun yer. Aku try catch up balik entry korang nanti.

Pagi ni bangun subuh bidis2 je nak terlajak. Dek kerana tido lambat sgt malam td. Leka dok bersembang dengan jiran sebelah rumah. Che Wan nama dia. Aku dah dok kat Klang ni dekat setengah tahun dah rasanya. Ni lah pertama kali baru ada peluang nak berborak dengan jiran. Pikir balik dah ngalahkan PM pulak aku ni sibuknya. Che Wan cakap selalu nampak bayang2 aku je. Pagi keluar, malam baru balik. Malam td je kebetulan aku tak pergi mana. Cuti sementara. Tu yang ambik kesempatan berborak dengan Che Wan. Macam-macam diborakkan dari part jodoh sampai la ke part sukan semasa. Byk pengalaman Che Wan ni. Org besar kat MPK sape nak masuk tender boleh la lobi beliau. Malam td juga la Che Wan baru tau nama aku. Selalu dengar Pak Tam je anak buah panggil.hehehe

Dek kerana kesibukan yang melampau juga aku pernah tak jumpa anak buah and akak aku dekat seminggu tau. Padahal dok 1rumah. Last2 jumpa kat kampung je. Sebab kebetulan balik kampung. Tu pun akak sampai ptg, aku sampai malam. Tu jam baru terfikir Ya Allah baru sekarang dpt dukung Aiman. Lama dah tak jumpa rupanya. Macam mane nak jumpa akak n anak2 buah ku sebab pagi2 lagi akak n anak buah dah pergi sekolah. Aku lak dok terkial-kial dalam bilik baru nak seterika baju. Nak kemas-kemas. Keluar bilik je dah sunyi je. Semua dah takde. Peh tu malam lak pukul11 baru sampai rumah. Semua sudah tido. Kadang rasa macam dok umah ni sorang2. Padahal ada ramai je isi rumah.hahahaha

Pikir-pikir balik sampai bila aku nak sibuk mcm ni. Buatnya aku dah beranak pinak nnt kesian la kat bini n anak-anak. Mesti kurang kasih sayang. Harap kehidupan aku bertemu dengan titik imbang yang menstabilkan kehidupan duniawi dan akhirat. Waktu bujang ni la nak pulun kerja pun. Sebab pada aku kerja itu pun satu ibadah. Jika niatnya kerana Allah tanpa ada mengabaikan yang wajib dapat pahala kita beb...Kan senang je nak dapat pahala. ISLAM itu memang sesuatu yang sangat INDAH...Wallahualam

Friday 9 September 2011

TANYA SAMA POKOK...

Ini bukan nak cerita pasal lagu MUH feat Hazama. Ini nak cerita pasal asbab sesuatu kejadian. Korang pun tahu  apa sebab pokok goyangkan. Lagu tu sendiri suruh tanya pokok. Sebab apa tanya pokok? Secara metafora pokok je la yang tahu apa sebab pokok goyangkan...

Begitu jugaklah dengan hidup ni. Tuhan tak menjadikan sesuatu itu dengan tiada sebab kerana setiap apa yang Allah cipta dan jadikan itu pasti ada kebaikan dan hikmah yang tersendiri. Segala keburukan itu datang dari tangan manusia itu sendiri. Yang kejam dan zalim itu juga adalah manusia itu sendiri kerana menafikan yang hak dan meletakkan sesuatu itu bukan pada tempatnya.

Korang pernah dengar quote ni "dah takde jodoh". Agak-agak korang la kan. Boleh terima gitu je ke, kalo kekasih korang guna quote ni? Kelakarkan? Sendiri dah tawar hati. Senang-senang je salahkan jodoh. Tak tahu ke jodoh tu kerja Allah. Kalo dah salahkan jodoh, sama je la salahkan Allah. Memang Allah yang menentukan jodoh, itu memang dah termaktub dalam KalamNya. Tetapi setiap kali Allah meletakkan satu titik noktah pada satu pertemuan jodoh itu adakah ianya berlaku begitu sahaja? Tanpa ada asbab disebaliknya. Pasti ada, dan yang pasti yang baik itu dtg dari Allah dan yang buruk itu dtg dari diri kita sendiri. Jadi apa yang aku nak tekankan kat sini. Jangan sewenangnya menyalahkan jodoh setipa kali berlakunya perpisahan tanpa kita melihat kepada asbabnya. Itu sebab la, kadang kena TANYA SAMA 'POKOK'. Wallahualam

NIKMAT MENANG!!!

Minta maaf la sebab dah lama tak mengemaskini blog. Dah lama tak menaip entri. Bukan hilang minat. Bukan jemu. Bukan mental block. Bukan malas. Cuma, bulan Ramadhan ini aku diduga dengan ujian dari Allah. Aku tiada masa untuk menaip sebarang entri. Dan tak terlewat rasanya jika aku nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. Minta ampun jika ada salah dan silap. Entri kali ni pun sebenarnya pasal raya. Betapa bermaknanya raya aku tahun ni. Syukur ku panjatkan ke hadrat Ilahi…

Di awal Ramadhan aku diduga dengan keadaan kesihatan Mak yang membimbangkan. Aku sudah merancang untuk pulang ke kampong pada awal puasa. Niat di hati memang ingin berbuka puasa bersama mak dan apak. Aku dah siap minta cuti siap-siap kat bos, sebab kebetulan awal puasa jatuh pada awal minggu. Tapi kita manusia merancang.  Allah juga merancang. Nescaya, perancangan Allah itu lebih baik dari apa yang kita rancangkan. Ternyata memang dugaan yang Allah datangkan ini membuatkan aku tersenyum sendiri di pagi hari raya. Bila melihat Mak kembali ceria melayan kerenah anak-anak dan cucu-cucunya. Niat aku untuk berbuka bersama mak dan apak juga terlaksana di akhir Ramadhan.

Di awal Ramadhan juga aku didatangkan dengan anugerah dari Allah. Berkat doa orang-orang yang tersayang serta diri sendiri yang tanpa jemu memohon supaya Allah mempertemukan jodoh dan mempermudahkan jalan untuk aku membina sebuah masjid. Hinggalah raya menjelang Wali si Bunga Bakung meminta aku datang ke rumahnya untuk berkenalan lebih rapat. Alhamdulillah…Walaupun ada tersasul di sini sana. Peluh bercucuran dek kerana nervous yang amat. Berbakul rasanya tisu aku buang kat atas meja. Semua urusan dipermudahkan. Dalam waktu yang terdekat ini aku dah nak bertukar status. Tiada apa yang lebih menggembirakan di hari raya ini setelah apa yang aku tempuhi selama ini dibalas oleh Allah dengan penuh hikmah.

Di awal Ramadhan juga aku diuji oleh Allah dengan ujian ditempat kerja. Apabila aku diarahkan menguruskan projek yang agak mencabar yang rasanya tak mampu aku pikul memandangkan masih hijau dalam bidang ini. Tapi ku sahut jua kerana memikirkan aku harus keluar dari zon selesa untuk menjadi yang lebih baik. Namun di hujung Ramadhan aku hampir tersungkur apabila projek yang dirancang menghadapi masalah yang agak berat. Aku hampir berputus asa. Namun, seperti satu keajaiban yang Allah susun, hari terakhir sebelum cuti raya rahmat Allah itu datang. Masalah dapat diatasi dan tidak menjejaskan mana-mana pihak. Alhamdulillah…dah boleh beraya dengan hati yang gembira. Kalau tak sepanjang minggu tu muka aku memang ketat gila. Dah pasang niat tak nak balik kampong raya ni…hehehe…


Dan di sepanjang bulan Syawal ini aku masih lagi memikirkan betapa besarnya nikmat yang Allah berikan dalam hidup ini. Tuhan duga aku pada mulanya dan kemudian Tuhan buka jalan satu persatu. Syawal ini bukan sahaja kemenangan pada aku dalam melawan hawa nafsu. Tapi kemenangan ini benar-benar bermakna apabila setiap dugaan mendatangkan rasa syukur yang tak terhingga. ORANG YANG PERNAH SUSAH JE TAHU NIKMATNYA SENANG...

Friday 19 August 2011

BUNGA BAKUNG

google
Bunga Bakung Putih
Sangat berbeza dengan bunga-bunga yang lain.
Warna putihnya kelihatan tulus dan suci.
Setiap kelopak yang mekar sempurna
Melambangkan keteguhan hati
Dalam kelembutan jambangan mekarnya
Harum wangi baunya mengundang seribu kedamaian
Merungkai sepi tatkala melihatnya
Membuat hati merasa tenang
Hadirnya membuka gerbang hati
Yang dulunya tertutup rapat
Dek kerana luka lama yang sukar sembuh
Di tusuk mawar berduri
Umbinya bunga bakung ibarat penawar ajaib paling mujarab
Mendatangkan sempurna dalam setiap jambangan




RODA ITU TAK SELAMANYA DI BAWAH. ALLAH ITU TAK KIKIR DALAM MENGABULKAN DOA SETIAP HAMBANYA. SETIAP LANGKAH YANG DILALUI ADALAH LEMBARAN RISALAH BERKAT DOA-DOA ORANG YANG TERSAYANG. MERINDUI SEKUNTUM SENYUM YANG IKHLAS. SETELAH MENDUNG YANG KELAM

Friday 12 August 2011

DUGAAN RAMADHAN 3

Tanggal 9/8/2011 yang seperti yang aku ceritakan dalam entri sebelum ini mak aku akan melalui satu pembedahan kecil. Ikutkan yang betulnya tak bedah pun. Hanya satu prosedur piawai je. Masukkan kamera dalam perut mak. Doktor kat hospital Manjung cakap bedah. Apala punya tur...Nasib baik aku ni bijaksana pergi la mengoogle ape ke mendanya ERCP tu. Rupa-rupanya Endoscopic Retrograde Cholangiopancreatography Procedure. Apa benda ni? Kalo korang rajin baca la kat sini. Mak patut dijadualkan dibedah di hospital besar Ipoh.

Tapi malang sememangnya gagal dihidu kehadirannya. Boleh plak doktor kat Hospital Ipoh tu cakap dalam masa 3tahun saya jadi doktor ni, inilah kali pertama berlaku. Kamera endoskopik yang kitaorang gunakan putus dan gagal berfungsi. Peeehhhh...memang best la doktor ni. Yang bestnya mak aku tak sempat guna lagi menatang endoskopik tu. Setelah sehari suntuk menunggu. Memang tercabar keimanan ku. Ikutkan hati mahu je aku bako Hospital Besar Ipoh tu.

Maunya tak, aku bertolak keluar dari rumah pukul 3 pagi tau tak Dr. Selvan oi!!! Tunggu kat Hospital ni dari pukul7 pagi sampai la pukul 3 petang ni hasil yang kita dapat. Dah la aku baru sampai dari Shah Alam pukul2 pagi. Tup..tup...mak aku ngerang sakit kol3 pagi. Terpaksa la bawak mak pergi hospital Teluk Intan dulu. Sampai je kat Hospital Teluk Intan kena tggu mak dirawat makan masa 2jam. Kol5 baru setel. Ingatkan Hospital Teluk Intan nak la bawak mak prgi Hospital Ipoh sebab mak dah dijadualkan menjalani ERCP di sana. Haram nak nolong bawakkan. Aku jugak yang nak kena bawa. Gagah jugak la aku drive demi mak aku. Takkan aku nak merayu-rayu pulak suruh diaorang bawak mak. Aku ada! Aku akan jaga mak. Diaorang tak nak takpe. Terima kasih doktor kat Hospital Teluk Intan kerana hilangkan rasa sakit mak.

Sampai kat Hospital Ipoh dah la kena tendang sana kena tendang sini. Sebab mak punya appointment tu tak tercatat dalam jadual Hospital Ipoh tu. Kena daftar dari awal. Sian mak kena naik turun tangga. Aku sayu je tengok mak. Mak nak makan. Tapi tak berani sebab takut perut mak sakit balik. Tu mak jadi macam tak bermaya je. Banyak beno kerenah birokrasinya. Malas aku nak cerita semua. Tahan je la. Anggap je la manusia tu lemah. Redha.

Sekarang waktu entri ini ditulis mak dah pun selamat menjalani ERCP kat hospital Selayang. Aku juga yang bawak mak sendiri dari Perak ke Selayang. Mak sekarang hanya perlukan rawatan susulan untuk membuang batu karang dalam hempedu mak yang tersumbat dan menanah. Ada lagi prosedur selanjutnya yang sehingga sekarang masih lagi samar-samar. Mak masih lagi ditahan di wad. Moga mak cepat sembuh.

Pasti ada hikmahnya disebalik dugaan ini...

Saturday 6 August 2011

SUKARNYA MEMAAFKAN

Bila diri ini meletakkan diri mu terlalu mulia untuk menjadi seorang pengkhianat.
Di sana aku rasakan hati ini bagai disiat-siat.
Bila masa menterjemahkan hakikat.
Bila Maha Kuasa membongkar yang tersirat.
Siapa yang cuba membina hubungan yang dilaknat.
Tuhan tunjuk dengan penuh hikmat.
Hakikat yang sukar untuk tersemat.
Dirimu punyai pendirian yang amat sukar untuk ku gugat.
Aku sangkakan maruah dan harga diri mu tinggi yang amat.
Tapi sebenarnya kamu tenggelam dalam lautan nikmat.
Maruah dan harga diri yang cuba ku angkat kau ludah laknat.
Sekeping hati yang mencintai tulus mengharapkan rahmat.
Tapi sekarang, hati ini masih lagi sukar memaafkan.
Tidak terdetik menyimpan dendam kesumat.
Hati ini terlalu lumat dengan setiap khianat.
Diri ini bukan mulia untuk terus memaafkan.
Biarlah masa sembuh luka.
Aku sendiri tidak tergamak melihat kau menderita.
Aku sendiri tak mahu menderita.
Aku tidak mahu luka menjadi nanah.
Kelak hati aku busuk bernanah.
Tidak, pasti tidak hanya kerana kamu seorang wanita pengkhianat cinta.




Aku tak tahu la ni sajak ke apa. Tapi ini luahan hati di saat mata sukar untuk di bawa beradu.

DUGAAN RAMADHAN 2

Rentetan pada entri ini pada hari Khamis yang lalu mak dah dibenarkan keluar wad. Walaupun keadaan mak masih lemah. Tapi tiada pilihan bila mana doktor telah mengarahkan mak berehat di rumah sementara menunggu waktu pembedahan pada 9/8/2011 di Hospital Besar Ipoh. Pihak Hospital Manjung sendiri mengarahkan agar mak datang sendiri ke Hospital Ipoh. Mungkin nak jimat bajet hospital kot. Mungkin atas sebab itu mak dibenarkan keluar dari wad walaupun keadaan mak masih lagi lemah. Takpelah mungkin masih ramai lagi yang lebih memerlukan katil wad mak ni.


Mak hanya dibekalkan ubat antibiotik dan ubat penahan sakit untuk bekalan 4hari sementara menunggu hari untuk operation. Hari pertama mak di rumah mak hanya tidur dan berehat. Ramai yang datang melawat. Tapi mak hanya mampu berbaring. Sebelah petang pula mak gagahkan diri juga untuk bangun bila mana aku meminta mak untuk menunjukkan bagaimana cara membuat buah melaka. Aku sedaya berkeras menghalang. Akhirnya aku mengalah atas kasih seorang ibu. Mak tetap juga bangun dan meyiapkan adunan buah melaka. The rest aku yang buat semua. At least dapat gak aku rasa air tangan mak. Alhamdulillah...

Setelah berbincang dengan adik beradik yang lain aku ambik cuti seminggu lagi nak bawa mak. Sebab adik beradik yang lain sibuk dan cuti tahunan dah abis. Aku tak kisah. Aku suka je. Rugi la diaorang tak dapat nak berjasa pada mak. Walaupun tak besar mana pengorbanan aku ni berbanding dengan jasa seorang ibu melahirkan, pasti akan Allah ganjar sesuatu yang manis...Moga Bos luluskan permohonan cuti saya...Tak lulus saya sanggup ambil cuti tak bergaji...hehe.




ps: kawan-kawan tolong doakan kesejahteraan Mak. Moga Puan Fatimah cepat sembuh...   

TUNDUKLAH

Allah itu bukan kejam. Tangan-tangan hambaNya sendiri yang menzalimi, kerosakan di dunia yang melata semua oleh tangan-tangan mereka. Mereka yang berkiblatkan nafsu serakah. Kehendak mereka tiada sempadan tak bertepi. Selagi boleh diselongkar segala isi bumi ini bagi memuaskan nafsu mereka, mereka akan lakukan walau terselak segala aib dan melanggar segala hukum Tuhan. Jadi dimanakah akhirnya? Pasti tiada titik penamat bagi mereka. Mereka akan terus haus mengejar nikmat dunia hinggalah mereka kenal apa itu erti bersyukur. Hinggalah mereka kenal akan apa tujuan Allah hidupkan mereka di dunia yang fana ini. Tiada lain, hanya untuk tunduk dengan kebesaran Sang Pencipta.



Peliharalah aku Ya Kudus...Letakkan aku dikalangan hambaMu yang sentiasa bersyukur dengan apa saja nikmatmu 

Wednesday 3 August 2011

DUGAAN RAMADHAN


Bulan Ramadhan yang dirindui datang lagi. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menempuh satu lagi Ramadhan, bulan yang penuh dengan rahmat dan keberkatan. Pada yang telah pergi menghadap Mu selembar Ummu Kitab buat mereka. Damailah semadi, moga roh mereka berada di kalangan hamba-hambaNya yang beriman.

Ramadhan ini aku bukan saja diduga dengan makan minum dan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa. Allah datangkan dugaan di awal Ramadhan ku ini. Mak yang tercinta dilanda penyakit batu karang hempedu. Mak pengsan dua kali pada awal Ramadhan akibat sakit yang teramat sangat. Keadaan memang pilu  dan tegang bila mana mendengar mak mengerang kesakitan. Nauzubillah...macam-macam yang berlegar dibenak ini.

Mak memang dah lama menderita sakit perut. Sejak 2,3 tahun kebelakangan ini. Tapi belum lagi mendapat diagnos yang spesifik. Doktor hanya memberitahu mak ada gastrik. Aku telah berkali memujuk mak untuk melakukan pemeriksaan terperinci. Mak berkeras tak mahu. Mak lebih rela mendapatkan ubat di farmasi. Sekarang barulah aku tahu dari mana datangnya gen keras kepala dan tak suka bau hospital ini diwarisi.

Hingga pada hari Ahad yang lalu kesakitan Mak sudah berada di tahap kemuncak. Aku bergegas membawa mak ke hospital, seperti biasa dalam keadaan sakit begitupun mak masih lagi enggan ke hospital. Mak mengarahkan aku untuk pergi ke klinik. Tiba sahaja di klinik kesakitan mak sudah berada di tahap kemuncak. Doktor pula boleh selamba badaknya pergi mengisi tembolok di waktu mak aku sedang bertarung menahan sakit. Hampir satu jam mak menunggu. Terseksa rasanya batin ini melihat mak sedang mengerang kesakitan tapi tiada apa yang boleh dilakukan.

Setibanya doktor, dengan muka tak bersalah, terus memberikan suntikan pada mak dan menyuruh kami merujuk ke hospital yang berdekatan. Di saat ingin melangkah kaki meninggalkan klinik tersebutlah mak tiba-tiba rebah. Runtuh rasa hati ini bila melihat mak rebah tak sedar diri. Setelah melihat mak mula memberikan respon aku kembali tenang. Perjalanan ke hospital hanya memakan masa 10minit dari klinik. Dalam benak hatiku mula berbicara.

" Kan elok dari tadi terus bawak mak pergi hospital".

Kata-kata yang hanya sanggup aku simpan dibenak sahaja. Tak terdaya untuk melafazkan. Melihat keadaan mak yang lesu membuat hati ku pilu. Dan hingga ke hari ini, mak masih lagi di tahan di wad. Atas sebab itulah aku hilang mood untuk melakukan apa sahaja. Mak akan melalui pembedahan kecil pada 9/8/2011. Harap kawan-kawan boleh mendoakan kesembuhan mak. Sebab anakmu ini rindukan air tangan mu.

Allah beri 2dugaan bulan Ramadhan ini. Yang buruk dan yang baik. Penceritaan ku ini mengenai yang buruk. Yang baik belum boleh cerita lagi. Pasti Allah susun semua ini dengan hikmah yang tersendiri. Sabar itu pasti indah. Sabar itu pasti manis.

Harap maaf pada kawan-kawan yang meninggalkan komen sebelum ini. Aku akan kembali....



ps: aku akan cuba melakukan lawatan balas secepat mungkin

Saturday 30 July 2011

7 TANDA-TANDA AWEX KORANG CURANG.

Kali ni nak bagi entri yang santai-santai sikit. Penat dah asyik bermain dengan emosi dan memerah otak untuk menyusun kata-kata yang kononnya indah. Kali ni entri lebih direct je. Tak payah pembaca nak fikir sangat.

Aku nak cakap pasal CURANG. Selalu aku baca entri jiwa-jiwa mesti lelaki je yang curang. Memanglah lelaki je yang curang sebab blog yang aku banyak singgah selalunya gegurl punya blog. Mesti la cerita pasal lelaki yang curang. Akupun tak tahu setiap kali blogwalking je mesti singgah blog gegurl. Ops...cukup. Kembali ke tujuan asal. Tanda-tanda awal curang ni berdasarkan pemerhatian aku sendiri di kalangan kawan-kawan yang bercinta dan cerita beberapa kawan-kawan perempuan yang melakukan pengakuan berani. Antaranya :-



1. Selalu sangat silent henpon bila keluar bersama.
Kenapa nak silent henpon? Takut kekasih gelap call kan? Bukannya nak attend meeting y beriya nak silent henpon tu apasal? Patut la time keluar bersama tak pernah dengar henpon dia berbunyi.

2. Si Dia tak bagi kita berkawan dengan kawan sepejabatnya.
Kawan u bukan kawan i jugak ke? Ke u nak cover line takut aktiviti bersama kekasih gelap terbongkar ni? Bagi alasan merapu meraban je. Katanya tak profesional bila libatkan hal peribadi dengan kerja? What? Apa yang tak profesionalnya ni? Berkawan tu sesuatu yang peribadi ke u?...diam...

3. Dah pandai menolak ajakan dengan seribu satu alasan.
Selalunya bila kita ajak keluar, ok je. Sejak berkecimpung dengan dunia kekasih gelap ni dah pandai bagi 1001 alasan. Kita bagi 1001 jalan. Dia bagi 2001 alasan.

"u...tengok wayang ujung minggu ni nak tak?"
"tak leh la u...i ada ada riadah dengan ofismate..."
"takpe la. i tggu u abis riadah."
"tak payah la u. i penat. nak rehat lepas tu."
"kita jumpa weekdays je la." boy nak cuba mujuk
"tak leh la u. i ada banyak paperwork nak siapkan."
"ok..." pasrah la boy nya...

4. Tiba-tiba terlupa nak reply sms.
Sebelum ni dialah kekasih yang paling komited. Ke mana sahaja sering melaporkan. Apa saja sering mengkhabarkan. Tapi entah macam mana, tiba-tiba ada pulak hari dia lupa nak reply. Alasannya tertidur. Boleh terima. Tapi agak-agak la u. Waktu petang lepas asar ni u. Lagipun ni hari minggu ni u. Takkan la u letih sangat kemas rumah sampai boleh tertido waktu-waktu macam ni. Ke u sibuk dating dengan kekasih gelap.

5. Pantang salah sikit. Merajuknya berminggu.
Biasa lah bercinta kadang-kadang ada gaduh manja. Tapi kalau dah merajuk sampai makan hari dan minggu tu dah kira lain macam tu. Dah tak nama manja dah tu. Tegur sikit je melenting. Padahal dah terang lagi bersuluh salah dia. Trick merajuk tu sebenarnya digunakan untuk meluangkan lebih masa dengan kekasih gelap.

bf : "Awak...kenapa ada gambar sorang lelaki posing cantek punya kat awak punya wall?"
gf :"Alaaa...itu colleague saya. Kenapa?"
bf :"Takde la. Awak sendiri tak pernah nak letak gambar saya kat wall awak."
gf :"Dah tu? Awak Cemburu?"
bf :"Takde la awak..."
gf :"Saya makin tak paham awak ni!" pap!! letak tepon, merajuk kononnya.

6. Selalu sangat mengeluarkan kenyataan "awak kalau ada jumpa yang lebih baik pergilah dekat dia".
Korang rasa kalau awex korang ni setia dan sayangkan korang tergamak tak dia nak keluarkan kenyataan berbentuk provokasi melampau macam ni? Kenapa awex ni tak leh fikir bila mana dirinya tidak layak untuk korang, dia usaha untuk menjadi yang terbaik untuk korang daripada mengeluarkan statement yang boleh menyiat-nyiatkan hati macam ni? Ingat bercinta ni macam main pondok-pondok ke? Ke hatinya memang dah tertaut pada cinta lain...

7. Setiap perjumpaan menjadi sesuatu yang hambar dan canggung.
Dah cuba macam-macam cara nak menyerikan hubungan. Tapi setiap perjumpaan pastinya hambar. Jika cuba macam mana sekalipun pasti terpampang kecanggungannya. Jika hati dah bertaut cinta lain memang sukar untuk hidup dalam kepura-puraan. Memang semuanya akan nampak canggung. Sedangkan kita dah memberi yang terbaik tapi tiada guna jika pihak yang satu lagi tiada nafsu untuk menghargai apa yang kita lakukan.




kadang tak perlukan tanda-tanda macam ni. ini untuk orang yang jenis takde firasat tak pun yang buta dek kerna chenta. sampai awexnya curang pun dia leh buat pejam mata lagi. sedarlah wahai penchenta wanita sekalian. tak semua wanita itu mulia hatinya.

ps :  aku nulis ni bukan nak galakkan budaya couple lak. apa yang baik tu ambik la buat teladan. yang baiknya elok bercinta masa semua dah halal. rasa tanggungjawab dan berkat redha dari Allah tu pasti akan menjaga rumahtangga korang.

Saturday 23 July 2011

2+2=5?

Kenapa 2+2=5? Bukan 2+2=4 ke? 2+2=5 ini adalah satu terma di dalam ilmu biologi. Dalam sub tajuk Kromosom XY. Aku nak ulas panjang lebar memang payah. Sebab aku bukannya pernah amik subjek biologi kat sekolah dulu. Apa yang aku expert masa zaman sekolah dulu memang takde la. Zaman gelap. Semua subjek elektif dapat 8F paling tinggi. Balik pada tajuk asal, kromosom XY ni takat dari apa yang aku paham la kan, berkisar mengenai teori pembiakan. Macam mak+ayah=anak. Jadi 1+1=3 kan? Yer la, Mak, Ayah, dan Anak. Kan ada 3 orang tu. Setakat itu jer la yang aku paham.

Apa yang aku nak sampaikan kat sini 2+2=5 tu memang ada dalam ilmu biologi. Kita selalu ingat 2+2=4 kan? Begitulah juga dengan hidup ni. Kita selalu ingat 2+2 tu akan jadi 4 kan? Kita selalu fikir apa yang kita rancang, apa yang direncana akan menjadi kenyataan. Begitu juga dengan hal 2+2 ni. Tidak selalunya  2+2 akan membawa jawapan yang benar iaitu 4. 5 juga jawapan yang benar. Cuma ia bukan jawapan yang menjadi fitrah pemikiran kita yang disemai dengan 2+2=4 sejak dari kecil lagi. Ini menunjukkan betapa luasnya ilmu Allah itu dan ingatlah kuasa Allah itu Maha luas.

Tidak selalunya apa yang dirancang itu membawa kepada pengakhiran yang baik dan benar. Allah itu Maha Mengetahui pasti ada hikmah disebalik kejadian. Berimanlah pada Qada' dan Qadar. Begitulah kesnya dalam kita merencana cinta sesama manusia. Kita selalu mengimpikan yang indah dan kebahagiaan hingga ke akhir. Andai cinta putus di tengah jalan ramai yang merana. Dek kerana terlalu mencintai pasangan dan nipisnya iman di dada. Lupa akan adanya Cinta yang kekal abadi yang tidak pernah khianat, yang tidak pernah dusta.

Anggap sahaja ini pengakhiran yang penuh hikmah. Jangan dikatakan tiada jodoh itu sebagai alasan untuk melepaskan segala rasa yang terbeban. Jangan dijadikan ia sebagai alasan untuk meletakkan jarak   pemisah kerna jodoh, maut dan rezeki itu bukan hak kita. Katakanlah tiada jodoh di antara kita itu sebagai asbab untuk Allah mengaturkan sesuatu yang lebih baik untuk kita. Katakanlah tiada jodoh antara kita itu sebagai ujian Allah untuk hambaNya yang ingin menjemput keinsafan dalam diri. Sebagai tanda Allah kasihkan kita.

Sesuatu yang normal untuk kita bersedih kerana Nabi junjungan kita juga atas kehilangan kekasih hatinya. Tetapi janganlah berlarutan, kerana hidup ini terlalu singkat untuk kita melayan perasaan sedih berpanjangan. Banyak lagi yang harus dikerjakan. Banyak lagi yang harus dikejarkan. Jangan jadikan hidup ini sebagai satu hamparan untuk terus bersedih dan mengenang sesuatu yang bukan milik kita. Belajarlah untuk terima kenyataan kerana 2+2 itu tak selalunya akan membawa kepada 4. Percayalah pada yang 6 dan beramallah dengan yang 5.



Wallahualam...aku turut mengingatkan diri sendiri jua...


ps: Credit to RADIOHEAD

Tuesday 19 July 2011

SEDARLAH...

Saat insan masih dipermainkan dengan kefanaan dunia,
Saat hati masih suka untuk berseronok dengan kehendak hawa nafsu yang tiada akhirnya,
Malah diri tidak pernah belajar dari kesilapan, 
Dek kerana selalu merasakan diri ini beriman.


ps: credit to OPICK. Ini bukan lirik lagu...

Monday 18 July 2011

PESAN AKHIR...

Pergilah kamu jauh dari hidup ini.
Sudah tiada apa yang tinggal pada diri ku ini.
Sudah tiada apa yang inginku berikan.
Sudah tiada apa yang ingin aku taburkan.
Tinggal hanya keagungan pada kebesaran Allah
Dalam membuka hikmah-hikmah kejadian.
Pada setiap perenggan gerbang perpisahan.
Telah ku maafkan setiap salah dan silap mu.
Kerna tak mahu menanam seribu kekesalan di benak mu.
Jangan kau ramas sekeping hati yang tulus.
Jangan kau sakiti hati-hati mereka yang ku sayangi.
Ku akui khilaf diri membenarkan kamu terus khianat.
Membayangkan dirimu terlalu suci untuk berdusta.
Cinta kamu terlalu murah untuk dibandingkan.
Mereka kegembiraan kebahagiaan ku.
Mereka ibarat tiang yang selalu menyokong ku.
Kamu terlalu sombong untuk mengerti apa itu cinta.
Kamu terlalu jahil untuk mengerti apa itu munakahat.
Tunduklah pada keagungan dan kebesaran Ilahi.
Ibarat takungan yang sentiasa menadah rahmat Tuhan.
Ingat pesan akhir dari ku…
Jadikanlah dirimu perhiasan dunia yang agung.
  

KEJAYAAN BUKAN SATU TITIK AKHIR LA MAKCIK…

Aku pernah bercakap dengan seorang makcik ni. Makcik ni bangga dengan anak-anaknya semua dapat masuk U dan dapat kerja yang bagus. Alhamdulillah. Petua makcik ni, makcik ni cakap dia selalu buat solat hajat waktu pertengahan bulan. Akupun tak tahu kenapa kena buat pertengahan bulan. Ada dalil ke ataupun hanya bidaah semata-mata. Bacaan dalam solat pun lain macam je bunyinya. Akupun try la men google. Takde pun nyatakan bacaan solat hajat makcik tu.  Ayat Kursi 10kali pada rakaat pertama dan 10kali Surah al-Ikhlas. Yang ada semua kata sekali je. Makcik ni panjatkan hajat agar semua anaknya berjaya masuk U. Ha!!what makcik???i smell something going wrong there.

Takpe la, sekurang-kurangnya makcik ni berusaha dan berserah pada Allah. Sambil tu, dia berusaha untuk mendidik anaknya menjadi yang terbaik. Makcik ni memang garang wooo dengan anak-anaknya. Anaknya dah nak habis sekolah pun pernah kena rembat dengan makcik ni, sebab hisap rokok punya pasal. Kalau lalu depan rumah makcik kadang selalu dengar makcik ni menjerit-jerit marahkan anaknya. Kesian lak aku dengar, padahal anak-anaknya ni dah besar panjang pun.

Korang tau tak apa side effectnya akibat daripada mak yang garang sangat ni? Anak-nak jadi penakut nak sembang segala benda dengan maknya la. Kalau nak sembang pun benda yang baik-baik je la. Kalau sembang yang nakal sikit kang kompem kena marah. Jadi masalah ini drag pulak kepada anak-anak yang suka menipu. Pada mereka lebih baik menipu dari berterus terang yang membawa sengsara. Macam mana aku tahu? Sebab aku kawan dengan anak-anaknya. Selalu je aku dengar anaknya menipu. Kadang rasa macam aku berpakat menipu sekali pun ada. Apa yang aku tengok kat kawan aku ni dia jadi seorang yang sangat berahsia. Mungkin sebab takut nak bercerita takut ada plak orang yang menyampaikan pada maknya pulak nanti.

Hasilnya, kawan aku ni sedikit rosak akhlaknya…Tahun lepas dengan pakwe lain. Tahun ni dengan pakwe lain. Siap berkepit nyandar-nyandar lagi tangkap gambar. Macam mana boleh lepas dalam facebook aku tak tahu. Setahu aku maknya cukup tak suka couple-couple ni. Aku try nak tepon, dia off henpon. Dah kena bamboo dulu dengan maknya kot. Entah la. Maknya update facebook lagi cepat dari aku kot. Moga kawan aku dan maknya sedar akan silap masing-masing. Serta dicucuri hidayah dan rahmat dari Allah. Sampai situ je la aku boleh mereka cerita.

Moral of the story kejayaan itu bukan satu titik akhir…Ia adalah satu perjalanan. Kejayaan di dunia tiada nilai di depan yang Maha pencipta. 

Saturday 16 July 2011

ALASAN TIPIKAL BAGI MEREKA YANG MENGHALALKAN 'COUPLE'.



Couple tu haram kerana ia merupakan mukadimah kepada zina. Rasanya semua orang tahu benda ni kot. (kecuali aku, aku yang dulu mmg tak tahu. Jahil nauzubillah.). Simpang kot mana pun tetap haram kerana zina itu bukan hanya pada sentuhan fizikal. Zina juga boleh berlaku dengan hati. Berdua-duaan itu juga adalah haram hatta ke pasaraya atau ke mana saja sekalipun.(ini pesan seorang Ustaz pada aku dulu)

Kita semua telah dimomokkan dengan budaya cinta nafsu. Lagu, novel dan drama filem kebanyakkannya menerapkan elemen-elemen cinta nafsu ini. Jadi tidak hairanlah ada juga di kalangan rakan-rakan sahabat menggunakan segala jenis alasan bagi menghalalkan couple ni. Antara alasan yang aku selalu dengar :-

1.       ‘Kami couple Islamik, sembahyang tak pernah tinggal. Berjumpa bila perlu saja. Kami tahu batas-batas kami’.
Apa benda yang Islamiknya aku pun tak tahu. Benda yang Allah larangpun korang dah langgar aku tak nampak kat mana Islamiknya. Memang korang tahu batas korang, tapi syaitan tu dah janji nak sesatkan keturunan Adam kan? Cukup kuatkah anda untuk menangkis hasutan syaitan jika larangan Allah dah anda langgar?

2.       ‘InsyaAllah, kami ada matlamat. Akan ke jinjang pelamin juga nanti’.
Matlamat apa pulak ni. Matlamat kahwin  kita syurga Allah sepatutnya. Macam mana nak menuju syurga Allah, sebelum kahwin korang dah berkepit ke hulu ke hilir mengalahkan orang yang dah kahwin.

3.       ‘Mak pak kami dah restu, diorang sporting dan berfikiran terbuka. Takde masalah. Ada jodoh nanti kita kahwin la’.
Restu dari Allah dah ada ke? Mak pak korang bukan sporting dan berfikiran terbuka sebenarnya, tapi dayus. Maaf le cakap macam ni. Hakikat . Kena terima . Terutama sekali bapak si pompuan. Wali yang nak kena menjawab dengan yang Maha Pencipta nanti.

4.       ‘Kome memang nak kawin Yob. Tapi apekan daya Yob, duit tak cukup. Bercintelah dulu sambil-sambil ngumpui duit’.
Islam itukan mudah. Yang buat susah tu adat kita je. Tapi aku tak suruh korang pinggir adat. Pelihara takat mana yang termampu. Apa yang penting kat sini adalah agama dan keberkatan dari Allah.

5.       ‘……………………………………’
Yang ini spesis diam je. Takde berbunyi apa-apa. Alasan apapun tak keluar. Ini spesis sombong ni. Dia tahu kebenaran. Tapi menafikan kebenaran. Sebab sayangkan sangat nak tinggalkan nafsu.

Takat tu je la aku boleh bagi alasannya. Apapun berhentilah memberi alasan. Jangan dipilih daging babi yang sah,sah haram. Banyak lagi daging yang halal. Islam itu mudah. Islam juga tidak melarang cinta sesama manusia.
     

Tuesday 12 July 2011

Wordless Wednesday



Pasangan romantis berusia emas. Tiada langsung terpancar bayangan hipokrit dari pasangan ini. Makan bersuap beb. Siap bergurau manja lagi...Gambar ni aku tangkap curi2. Masa aku tengah kerja la ni. Tiba-tiba je terpandang keromntisan pasangan ni...



ps: sori gambar kabur sikit. pakai henpon cokia...

Sunday 10 July 2011

AWEK KORANG MATERIALISTIK...

Pada aku awek yang spesis memandang kebendaan ini harus dijauhi kerana nilai cinta yang suci itu bukanlah berlandaskan kepada kesenangan hidup semata-mata. Ikhlasnya tiada. Dari pengamatan aku dan juga pengalaman sendiri, awex2 yang materialistik ini sukar untuk menjalinkan komitmen yang berpanjangan kerana dirinya bebas untuk membuat pilihan selagi belum bertemu yang benar-benar kaya.  Jadi jauhilah mereka sekiranya anda masih mempunyai kesempatan. Sementara masih belum ada hati yang terluka. Cara nak kesan awex2 korang ni material or not. Mudah sahaja. Ni aku ada point-point yang bisa dikongsikan bersama kamu semua. Ni hasil pengalaman sendiri dan juga penceritaan rakan-rakan.

 Cara yang paling mudah nak kesan adalah dengan berlaku jujur sahaja dengan awex2 korang. Tanya direct. “Awak ni materialistik tak?”  Sekiranya dia menjawab dengan jujur, hargai kejujurannya itu dan tinggalkan dia dengan kadar segera. Jika anda seorang yang kaya, tiada salahnya mencuba. Azabnya tanggung sendiri.

2.       “Jom makan kat mamak.”  Jika pelawaan ini ditolak atas alasan geli or alergic. Sahih. Awex2 anda adalah seorang yang cenderung pada jiwa materialistik. Mereka pastinya mengajak anda untuk makan setidak-tidaknya di food court ataupun restoran makanan segera. Pada jiwa-jiwa yang humble dan tahu menghargai nilai estetika makanan pastinya menghargai walau di mana saja makanan terhidang asalkan ianya bersih dan halal. Murah tak terkecuali.

3.       Bila diberikan hadiah murah pada mereka, senyum kelat je yang jelas terpampang kerana apa yang diharapkan adalah hadiah yang mahal dan berjenama. Mulalah memberikan alasan yang kadang-kadang tak leh diterima akal.
 “Awak ni...kan dah tahu saya tak boleh pakai handbag murah, nanti efek kat kulit saya ni.”
“Cincin ni tak sesuai la dengan jari I. Batunya nampak simple sangat."
Pada laki-laki yang berhati kering boleh lah buat bongok je pada alasan yang tak munasabah                                                                              Kalau aku, sentap beb. Sebab aku jenis manusia yang kedekut nak bagi hadiah kat orang...hehehe

4.       Selalu bertanya pendapatan tahunan kamu. Tiada salahnya untuk sekadar tahu. Tapi riak muka dengan mata-mata yang bersinar mengharapkan jumlah gaji yang lumayan tu tolong la simpan sikit cik adik ooooiiii. Boifren dah elok-elok nak bagitau terpaksa membatalkan hasrat hati kerana takut direject mentah-mentah. Dek kerna gajinya hanya cukup-cukup makan saja.

5.       Selalu sangat membanding-bandingkan dengan apa yang dia dan boifren ada dengan orang lain. “Semalamkan Mariam ada telefon saya, dia sekarang dah pakai persona la awak. Dia cakap bila saya nak tukar kancil saya pada yang lebih besar.”  Ini sah dan terang-terang nafsu spesis kuda padi punya perempuan. Tak reti nak bersyukur.

6.       Perempuan yang punya angan yang tak sudah. Bukannya mengharapkan nak dapat anak-anak yang soleh dan solehah lepas kawin nanti. Tapi dok mengharapkan rumah dan kereta yang lagi besar. Cik kak oiii. Kalau di layan nafsu awak tu, terlambak emas setinggi gunung depan mata pun belum cukup untuk memenuhi nafsu awak tu.

7.       Awex2 yang suka benau mengungkit. Ini bukan saja materialistik. Malahan boleh dilabel sebagai seorang wanita yang tidak ikhlas dalam memberi. Suka sangat bercerita tentang segala wang perbelanjaannya serta masalah kewangannya. Bukannya kita ni tak setia mendengar. Kadang-kadang sampai kepada duit yang diberi kepada mak dan ayah beliau tu pun dia nak ungkit dan cerita. Sempat lagi menasihatkan kita lagi tu.

“Awak bagi duit kat mak tau. Jangan asyik abiskan duit dating dengan saya je.” Aish...aku ni     bukan macam kau la.

 Aku takde nak cerita benda tu semua pada orang. Cukuplah aku dan Dia je yang tahu. Wang bukan segala. Moga kita ikhlas dan tidak tergolong dalam golongan ini.

8.       Orang tua-tua selalu cakap nak tengok perangai anak perempuan seseorang tu, kita kena tengok maknya. Kalau maknya jenis mata duitan tak heran la kalau anaknya pun sama. Nak tahu macam mana bakal mak mentua korang ni mata duitan ke tak? Senang je, cuba korang bawak kawan korang yang berkerjaya lebih besar dari korang bertandang ke rumah mak awex2 korang tu. Sah, korang akan diabaikan bila mana mak awex2 korang tu sibuk berbual dan kenen-kenenkan awex lu dengan kawan lu. True, this base on my experience. Percayo la.


Ada lapan je point. Korang pikir la sendiri. Aku bukan menulis suka-suka. Mana yang terasa tu minta maaf la ye. Mana yang tak betul tu aku minta maaf juga. Mana yang baik tu, ambik la buat amalan. Mana yang tak baik tu buang jauh-jauh. Pada aku tak salah nak memandang kebendaan sikit. Kalau takde duit pun susah juga. Tapi percayalah wahai kaum wanita di luar sana. Tiada suami yang ingin melihat si isteri yang dikasihi hidup susah melarat. Jika kahwin mereka itu berlandaskan redha dan rahmat Allah insayAllah tidak akan ada perbalahan dalam soal ekonomi rumahtangga jika masing-masing boleh bertolak ansur bagi memenuhi keperluan isi rumah.

PULANG KE ASAL



Dulu masa mula-mula tersungkur, aku rasa dunia bagai kelam. Hati sentiasa remuk bila memikirkan. Telah ku cuba mencampakkannya jauh dari sudut fikir. Makin ingin ku lupakan makin parah hati ini. Semangat ku hilang bersama lenyapnya seorang kekasih yang sering menghamburkan kata-kata indah di waktu dingin pagi menyelak selimut lena ku. Daya tumpu ku jua pupus perlahan bersama lenyapnya bisikan indah di kala lewat tidur ku yang menyulam mimpi indah waktu itu. Terperosok aku bila semua ini hilang bersama puput-puput angin petang yang damai. ‘Ini kali yang terakhir’. Tiada lagi ku lihat kelibatmu. Itu yang terakhir. Itu yang penghabisan.

Sekarang setelah tersungkur, aku cuba bangkit. Masih ramai lagi yang sayang. Masih ramai lagi yang menghulur tangan mengharapkan kebangkitan ku. Setelah kerja ku terumbang ambing dek kerana hilang daya tumpu yang teramat sangat. Telah cuba ku tahan, mengukir senyum bahagia. Tapi yang terpampang hanya senyum canggung. Puas ku sembunyikan. Lalu aku mengambil jalan selamat. Aku mencari jalan pulang ke asal. Memang pada mulanya aku rasakan seolah-olah mahu melarikan diri sejauh mungkin.

Agar aku dapat melupakan semua ini. Aku mencari tempat yang mana aku merasakan tenang dan damai. Tiada lain tempat itu hanyalah di sisi keluargaku. Sanalah asal ku. Sanalah aku dilahirkan dan dibesarkan. Di sanalah aku diajar erti hidup. KAMPUNG. Tak perlu Langkawi, tak perlu ke Johor Bahru. Asal ku hanya pada mereka yang sudi menerima diri ini seadanya. Asal ku hanya pada mereka yang setia menemani ku di jatuh dan bangun ku. Terima kasih pada mereka yang masih sayang kerana menyedarkan diri ini, betapa berharganya diri ini.

Bila jiwa kesah selubung di hamparan lena, ku bentang hamparan sejadah. Mengadap yang Maha Mendengar. Pada mu ya Rabb ku adu segala kerana hati tidak terbendung lagi peritnya. Mencari kekuatan di dalam helai kalam mukjizat Mu. Pada Mu terletaknya asal ku. Bukalah jalan agar dapat aku pulang mencari keEsaan Mu. Mencari rahmatMu. Cinta abadi yang tiada tolok banding. Aku seperti camar yang telah hilang mencari jalan pulang. Kini bila terbuka hijab cinta hamba barulah aku sedar. Pimpinlah aku dalam mencari cinta yang meniti redhaMu wahai yang Maha mendengar.



p/s :  Mggu ni aku balik kampung. Ada kenduri tahlil untuk arwah ayah Q...

Friday 8 July 2011

BYE...BYE...

Ironinya kehidupan. Aku mengejar cinta Tuhan. Sang Mantan mengejar cinta hamba. Sekarang Sang Mantan bahagia bersama cinta baru. Jelas dan nyata bila Allah nak bongkarkan Dia pasti akan tunjukkan dengan cara yang penuh berhikmah. Malahan bukan aku yang mencari. Kawan-kawan yang membawa pengkhabaran. Entah mengapa aku tersenyum sahaja apabila melihat kebenaran. Mungkin ini yang ku harapkan setelah sekian lama dinafikan.

Allah nak tunjukkan pada aku, inilah masanya untuk aku berputus asa. Inilah masanya untuk aku merenung kembali. Inilah masanya untuk aku mengemas semula kecelaruan hati. Bila semuanya sudah tersimpan kemas di ruang hati yang paling kelam dan aku sudahpun bersedia untuk menutup segala pintu untuk Sang Mantan. Aku tidak mahu membentang sisa harapan dalam senyap.

Aku mungkin bodoh kerana membiarkan diri ini ditipu berkali-kali. Aku mungkin bodoh kerana berdamping dengan pendusta. Tapi di sanalah ku semai benih ikhlas dan kesucian hati yang tulus mendambakan cinta di atas keredhaan yang Maha Esa kerana tidak terdaya rasanya diri ini memberontak secara terang-terangan kerna itu bukan aku. Biarlah bodoh. Biarlah ditipu berkali-kali kerana benih yang tersemai pasti akan membuahkan hasil yang akan kupanjatkan rasa syukurnya pada yang Maha Adil.

Angan harapan untuk melihat Sang Mantan berubah dan menjadi suri dalam hidup ini hanya tinggal angan damai sepi. Hatinya telah terluka akibat khilaf aku juga. Apakan daya ku. Aku juga manusia yang kadang tersilap mengatur langkah. Jika maaf itu tiada buat diri ini kerna sirna ego mu yang mendongak langit, apa lagi mahu ku katakan. Hak mu. Biarlah ku tanggung misteri khilaf ini menghadap Tuhan kerana hanya Dia yang Maha Pengampun, kerana Dia yang akan menyapu segala airmata sesal ini dan menggantikannya dengan ketenangan serta damai yang mengasyikkan.

Semua nasihat telah ku sampaikan. Tapi mungkin hatimu sedang buta terhijab cinta hamba. Ku doakan kamu bahagia dengan yang tercinta dan hati ini juga tidak terlalu angkuh mengatakan tiada jodoh antara kita kerana itu semua bukanlah di tangan aku. Jika tersurat untuk kita bertemu aku redha.

bye-bye...

Thursday 7 July 2011

SINAMBUNGAN SEMAI DAN TUAI

Pertama sekali aku nak mohon maaf banyak-banyak kerana entri sebelum ni. Rasa macam menulis sambil lewa pun ye. Maaf ya. Mana yang sudi membaca tu terima kasih. Mana yang komen tu ribuan terima kasih dan maaf kerana cerita yang sangat lemah jalan penceritaanya. Entri ditulis waktu sedang dibuai keletihan yang amat. Memang aku dah baca 2,3 kali sebelum copy ke blog.(aku takde internet kat umah. So draft dlm word dlu la. Peh tu baru masukkan dlm blog.). Mulanya rasa macam takde apa yang salah. Lepas komen-komen keluar, baru aku perasan. Lemahnya jalan cerita. Aku gagal menyampaikan. Jalan cerita aku olah dari sebuah buku.(separuh berisi separuh kosong). Ikut sedang tangan je menaip. Memang tak perasan silap.MAAF…SANGAT MAAF. InsyaAllah akan ku edit balik nanti…

Apa moral yang aku nak tekan di sebalik tajuk SEMAI DAN TUAI ni? Cerita bayi yang kena langgar tu adalah sinambungan pada apa yang ingin ku sampaikan. Bagaimana kehidupan kita berakhir bergantung pada bagaimana kita memulakan. Apa yang diTUAI bergantung pada apa yang kita SEMAI. Apa yang dituai mungkin boleh datang dalam bentuk balasan seperti cerita bayi dilanggar sebelum ini. Apa yang disemai adalah sifat tamak haloba dan tidak berperikemanusiaan.’ WHAT U GIVE U GET BACK.’ Itu terjemahan mudahnya. Buat baik dibalas baik. Buat jahat dibalas jahat. Tetapi tidak semestinya berbuat baik akan dibalas baik. Pasti ada yang Allah susunkan yang lebih baik untuk itu. Allah itu MAHA adil. MAHA adil. Ingin aku tegaskan di sini MAHA…

Kekuatan keseimbangan hidup adalah bergantung pada hukum ini. Dalam agama lain ia dipanggil KARMA. Dalam agama Islam ini pula dipanggil balasan Allah. Hukuman Allah. Tiada lain tujuannya. Menyedarkan betapa perlunya keberkatan dari maha pencipta dan juga di dalam menjaga hubungan baik antara manusia.

Cuba lihat musibah yang kadang menimpa kita, kadang bukan kelalaian atau kealpaan semata-mata. Mungkin jua akibat perbuatan masa silam yang Allah ingin tunjukkan dalam bentuk penuh berhikmah. Hanya pada mereka yang berakal dan tunduk pada rahmat Allah sahaja mengetahui akan hikmah disebalik kejadian. Pada jiwa-jiwa yang memuncak langit tidak akan ada hujan rahmat yang boleh tumpah dan bertakung dipuncak yang runcing kerana manusia yang sombong akan terus menafikan kebenaran.

Jadi jika anda seorang pekerja, lakukanlah tugas anda dengan penuh amanah kerana apa yang disemai itu kekadang bukan hanya untuk diri kita sendiri. Anak dan isteri juga turut menyemai benih yang sama. Jika benih seleweng dan haram yang disemai maka tunggu hasil tuaian anda. Apa yang disemai semasa kita masih hidup ini juga akan kita tuai diakhirat sana nanti. Di hadapan Allah yang maha mengetahui. Marilah sama-sama menuai benih yang baik dan halal.

Wallahualam…


p/s : malam ni tak ngantuk sangat. Menaip sambil makan biskut. Harap dapat sampaikan mesej dan ilmu…kredit to Parlindungan Marpaung…

Wednesday 6 July 2011

SEMAI DAN TUAI

Di sebuah negara yang tidak diketahui namanya, tinggal sebuah keluarga besar yang mana ketua keluarga ini hanya bekerja sebagai seorang petani sahaja. Akibat terlalu dihimpit kemiskinan memaksa ketua keluarga ini melepaskan anak bongsu yang baru sahaja dilahirkan. Melepaskan anak bongsu ini untuk dipelihara oleh keluarga yang mana memerlukan. Caranya cukup unik, anak bongsu tadi diletakkan dalam sebuah bakul dengan sejumlah wang yang agak banyak hasil dari simpanan beliau. Ketua keluarga tidak sanggup membiarkan seseorang yang bakal memelihara anaknya nanti merasa terbeban. Kemudian anak bongsu ini tadi diletakkan dijalan sunyi.

Selang beberapa ketika seorang penghantar barang lalu dengan menaiki basikal. Dia terkejut melihat bakul yang dibiarkan di atas jalan yang sunyi. Bila diamati rapat, barulah dia perasan isi sebenar di dalam bakul tersebut adalah bayi yang ditinggalkan bersama sejumlah wang dan juga nota yang tertulis…

“Tolong jaga anak ini, kerana kami sudah tidak termampu untuk menanggung anak ini lagi.”

Penghantar barang ini menjadi gelap mata bila mana melihat sejumlah yang agak banyak disertakan bersama bayi tersebut. Lalu setelah mendengar bait-bait hasutan syaitan yang durjana, si penghantar barang mengambil wang dan menggilis bakul dan bayi dengan basikalnya beberapa kali tanpa rasa belas mendengar esak tangis bayi tersebut. Hinggalah bayi itu diam dan tidak berbunyi lagi barulah, si penghantar barang tadi berlalu pergi.

“Mengapa aku harus bersusah payah memelihara bayi itu? Anak-anak aku di rumah juga tidak terbela. Sedangkan aku boleh sahaja menggunakan wang ini untuk diri ku sendiri.” Bisik hati si penghantar barang.

Dengan hati yang masih berdebar-debar akibat kejadian tadi, si penghantar terus pulang ke rumah. Sampai sahaja di rumah beliau terus mengunci pintu dan mendiamkan diri di dalam rumah. Isteri tidak mampu berkata apa. Hanya melihat keletah suaminya. Hinggalah pada satu detik pintu rumahnya diketuk.

“Anak siapakah ini yang telah mati dilanggar di depan rumah awak ini? Adakah anak awak? Cepat buka pintu” Tanya suara dari balik pintu tersebut.
Spontan, beliau menjawab. “Bukan aku yang melanggarnya. Sumpah!”

Apabila tidak tertahan dengan bunyi pintu yang diketuk berulang kali si penghantar barang pun membuka pintu dan melihat seorang mayat kanak-kanak lelaki di dalam dakapan polis telah mati digilis kereta kuda. Ironinya kanak-kanak tersebut adalah anaknya sendiri. Polis tadi mula merasa curiga. Lalu melakukan siasatan lanjut. Hasilnya segala kejadian telah terbongkar. Si penghantar barang bukan sahaja kehilangan anaknya, malahan turut dijatuhkan hukuman di dalam penjara.

p/s : nanti aku sambung lagi apa kaitan SEMAI dan TUAI dengan cerita di atas. Mata dah macam di gam-gam. Penat bebeno… 

Monday 4 July 2011

UBAN...

Petang ni aku, berada di rumah kakak ipar ku. Jika ada kesempatan memang aku akan ke sini. Bertandang menjenguk anak-anak buah. Menolong apa yang patut. Menolong habiskan lauk pauk. Kalau ada. Kebetulan pula petang ni ada perlawanan Malaysia dengan Taiwan. Sedang enak melayan bola, tiba-tiba anak buah aku, Q namanya datang bertenggek atas riba. Merencatkan keenakkan aku menonton. Sebab Q bukan saja bertenggek, Q dah macam kucing minta dibelai. Q ni umurnya 5tahun. Sebabkan dia sememangnya belum ada akal lagi untuk memikirkan betapa Pak Tamnya ini kepenatan dan ingin sekali mahu menonton bola, aku layankan je kerenahnya. Most of the time aku jarang nak layan diaorang ni. Termasuk kakaknya sebab selalu datang time lepas kerja. Mood untuk melayan kanak-kanak tu hilang.

Tapi petang ini aku gagahkan juga. Sebab dah pernah kena tegur dengan Q sendiri. Bila mana aku tiba-tiba ingin bergurau dengan Q. Q boleh berdialog dengan PakTamnya dengan nada selamba.

“Tadi sombong sangat, ni kenapa tiba-tiba usik Q ni?”

Sentap aku beb. Q ni cakap dengan pelat kanak-kanak la. Aku tak berapa reti nak ajuk. Termenung aku beb. Adakah aku nak dilabelkan sebagai seorang pak sedara yang sentiasa berjiwa dingin?  Tidak sama sekali. Aku akan cuba memenangi hati mereka.

Jadi petang ni aku melayan kerenah mereka sambil menonton bola. Q masih lagi bertenggek kat riba. Gesel-gesel manja. Dia fikir bau sup kat badan aku ni wangi kot. Entahlah. Tiba-tiba…

“Nak cabut uban PakTam la”.

“Eh, PakTam ada uban ke?”

“Mama, mana angkup? Nak cari uban PakTam la”.

Tak diendahkannya beb, cakap PakTamnya ni. Bosan gamaknya dok atas riba je. Aku tak layan sangat dia berborak. Apa lagi, Q selamba cari uban. Ditenyeh-tenyehnya kepala aku. Sabo je la PakTam ko ni. Makin terencat aku nak tengok bola. Zraaasss…!!

“Adoi, Q cabut uban ke cabut rumput?”

“Q cabut uban la PakTam. Silap sikit je tadi. Hehehe..”

Q senyum kambing. Adoi…abis la kepala aku jadi bahan eksperimen. Nak dimarah kang, takut dok kata aku garang pulak nanti.

“PakTam ce sabo sikit. Ada ni”.

Sempat lagi sekolahkan aku. Budak-budak ni bercakap memang dah macam orang tua. Kadang pening nak melayan. Taaaap…!

“Dapatpun. Kan Q dah cakap ada. Tengok..tengok..”

“hehehe. “

Aku nak kata apa lagi. Terus je biarkan Q cabut lagi. Akhirnya hasil usaha gigih Q berjayalah beliau mengorbankan 3helai uban yang subur mewangi di atas kepala ini.

Aku takde banyak uban lagi. Mungkin sebab ketidakstabilan hormon ataupun mungkin jua kerana tabiat ku yang suka sangat guna banyak jenis minyak rambut. Biar apapun uban ni maknanya dah tua. Tua maknanya dekat dengan MATI. Moga Tuhan kurniakan insaf dan tingkatkan martabat iman ini. Banyak lagi aksi Q petang tu. Tapi aku tak berdaya nak cerita semua. Jalan pulang ke rumah aku memikirkan adakah ada naluri seorang bapa dalam diri ini kerana mungkin nanti aku akan mempunyai zuriat ku sendiri. Terdayakah aku melayan kerenah mereka apabila diri ini diselubung penat dan longlai waktu pulang dari kerja? KURNIAKAN AKU YA ALLAH, JIWA SEHEBAT LUQMAN AL HAKIM, bagi diri ini mendidik zuriat ku nanti.


p/s : entri ni aku taip petang ahad yang lalu 3/7/2011. Tapi tak tercapai dek akalku untuk menyudahkannya pada petang tu juga kerna diganggu oleh anak-anak buahku...

Sunday 3 July 2011

MAHLIGAI APA...



Aku dah cuba nak elakkan dari bertandang ke rumah ni selalu. Hari ni hati tersentuh lagi. Aku bertandang ke rumah ini bertujuan nak cuci dan bersihkan apa yang patut. Rumah ini bakal ku sewakan pada pelajar UiTM. Apa pula kata mereka nanti bila melihat rumah ini terlalu kotor. Aku dah tiada ghairah untuk mendiami rumah ini.

Jika dulu ku angankan rumah ini akan ku hiasi berdikit-dikit. Aku impikan kita yang akan mendiaminya. Jadi adalah perlu untuk aku mencukupkan keperluan di dalamnya. Aku angankan kau dan aku bersama membeli keperluannya. MAHLIGAI APA…


Di sini bakal bermula baiti jannati.
Di sini akan lahir pelbagai waris pejuang
Di sini bakal bermula segalanya.
Tapi kini tiada lagi impian
Impian hancur musnah dalam jemu angan-angan.
Tinggallah mahligai sepi sunyi ditinggalkan.
Biarlah insan lain yang mendiami mahligai
Diri ini masih lagi tidak mampu.
Walau hanya memandang gerbang mahligai
Hati bagai remuk dilanda impi yang tak sampai
Mahligai apa? Biar saja Tuhan dendangkan. 

Saturday 2 July 2011

SERU



Ini bukan seru-seru semangat ya. Ini seru nak kawin. Bagaimana nak tahu kita ni dah sampai seru nak kawin?

Kalau ikut kan aku ni dah sampai seru agaknya. Separuh kunci-kunci bahagia dah ada di tangan. Mengikut hadis sahih riwayat Ibnu Hibban antara kunci-kunci bahagia adalah  :-

1.       Isteri yang solehah.
2.       Rumah yang selesa.
3.       Kenderaan yang baik.
4.       Jiran yang baik.

Rasanya 3 dari kunci bahagia tu dah ada. Hanya kunci yang pertama tu jer yang belum ada lagi. Apa yang aku nak cari bukan wanita solehah yang bertudung labuh. Apa yang aku nak cari bukan wanita solehah yang tahu serba serbi agama. Aku mencari wanita TAHU beragama, MAHU beragama dan MENGAMALKAN agama. Dalam kata ringkasnya aku inginkan wanita solehah yang ingin belajar dan sentiasa membaiki diri.

Cantik tak nak ke Tam? Sebagai lelaki biasa yang martabat imannya tidak sehebat mana. Rupa paras mungkin menjadi ketentuan. Tapi bukanlah secantik seperti Siti Nurhaliza. Cukuplah sekadar sedap mata memandang. Cantik itu terlalu subjektif. Itu sebablah sewaktu dalam proses meminang pihak lelaki dibenarkan untuk melihat wajah bakal pengantin kerana jika iman yang senipis kulit bawang mungkin akan goyah bila mana melihat kriteria isteri tak memenuhi piawaian.

Kerjaya dan latarbelakang pendidikan dia macam mana Tam? Kalau ikutkan aku, tak payah yang bekerjaya sangat. Cukuplah sekadar dia bekerja. Sebab penghidupan masa kini memerlukan seorang isteri membantu dalam pendapatan isi rumah dan juga kerjaya aku yang tak berapa nak berkembang lagi. Aku perlukan seorang suri yang membantu dalam ekonomi rumahtangga dan berdikari. Bukan sahaja penting untuk pendapatan isi rumah tapi penting berdikari kerana hayat aku ni mungkin juga tak panjang sampai ke akhir. Kebergantungan yang melampau terhadap seorang sahaja sebagai sumber amat berisiko. Tentang latar pendidikan, mak aku nak yang sama taraf. Katanya kena cari yang sekufu. Adoi.. ini yang buatkan aku pening. Tak nak lawan cakap mak.

Keturunannya Tam? Past is past. I don’t judge people by past situation. Kalau sekalipun dia datang dari keluarga yang bermasalah tak bermakna dia sekali bermasalah. Lihatlah pada pegangannya. Keturunan ini aku suka untuk melihat dari sisi bilangan ahli keluarganya. Jika dia mempunyai adik beradik yang ramai itu menandakan dia dari keturunan yang subur dan sihat. Tapi ini hanya untuk kes-kes terpencil. berpegang pada agama. InsyaAllah...

Apapun semuanya terpulang pada Allah. Berserah hanya pada Dia kerana Dia Maha Tahu apa yang kita perlukan. Jika sudah ketentuanNya tiada apa yang dapat menghalang. Yakin pasti ada hikmah di hari yang mendatang.

Wallahualam…kredit to saifulislam.com


Thursday 30 June 2011

KIFARAH CINTA


Aku insan yang terkifarah kerana cinta hamba. Tidak sekali aku sesali apa yang terjadi ke atas diriku ini. Semua ini sudah ketentuanNya. Semua ini telah diatur untuk ku, hamba Mu yang tersasar langkah dalam mengalur cinta yang berkiblatkan nafsu. Tidak sekali aku meletakkan salah dan silap ini di atas mantan. Terima kasih kepada mantan kerana meletakkan noktah pada hubungan yang terlarang ini kerana diri ini tiada daya untuk melakukan sedemikian. Diri ini sedang mabuk dilambung ombak nafsu. Walaupun tiada kepastian atas dasar apa hubungan ini terhenti. Bukan itu yang mahu ku cari. Bukan jawapan itu yang ingin ku cari. Aku mencari hikmah disebalik kifarah Allah ini. Biarlah diri ini sahaja yang merasa akan kifarah ini kerana mantan mungkin belum tiba masanya. Aku telah melakukan sedaya untuk menyedarkan mantan.

Dulu aku merasa nikmatnya dunia. Aku merasa nikmatnya cinta hamba. Bagaikan lautan nikmat yang terbentang luas. Saat bersama ku rasakan bagaikan tiada apa yang dapat memisahkan kita. Saat cinta dan hati kita bertaut ku rasakan kita akan kecapi bahagia selamanya. Ku sangkakan hamparan oasis yang terbentang fana yang dapat menghilangkan dahagaku. Ku korbankan segala untuk kecapinya. Ku abaikan segala untuk mengejarnya. Rupanya hanya hamparan fatamorgana yang tidak akan sama sekali menghilangkan kehausan ku.

Dulu pelbagai janji telah ku taburkan. Pelbagai impian telah ku bina untuk memiliki kononnya sebuah istana impian di mana sang mantan adalah permaisuri yang bersemayam di singgah sana. Manakala akulah Raja di samping sang mantan. Ku bina sebuah istana khayalan atas lapangan nafsu yang mendap. Ku bina istana khayalan dari sebuah tiang iman yang rapuh. Lalu bila ketentuan Allah itu datang untuk menyuluh hati hamba-hambanNya istana khayalan hanya kekal sebagai sebuah istana khayalan malahan runtuh menimpa tuan. Jangan diratapi kemusnahan impian. Ratapilah keruntuhan iman. Jangan disalahkan mantan kerana mantan hanya permaisuri yang bersemayam. Raja yang sepatutnya memimpin dan membina istana di atas lapangan keredhaan Allah. Raja yang sepatutnya memimpin membina istana dari tiang iman yang teguh.  

Sekarang biarkan aku terus haus mengejar fatamorgana yang tak sudah. Sekarang biar aku terhimpit dengan sisa runtuhan istana khayalan kerana ini semua kifarah Allah. Aku redha dengan kifarah Mu ini. Biarlah kifarah ini menjadi hidayah dari Mu yang akan menerangkan setiap jalan yang bakal ku tempuhi sehingga bertemu Mu nanti.


Monday 27 June 2011

HARGA SETITIS AIRMATA

Kala malam, tika insan sedang diulit mimpi.
Aku tersimpul di atas hamparan lena.
Bayangan masa silam mengoncang damai malam.
Air mata, tanpa sedar mengalir perlahan.
Kekesalan sentap jiwa kotor berkarat.

Aku insan berdosa meratap dosa silam.
Dosa ku pada Mu tak terhitung.
Dosa ku pada wali-wali cinta, tangis dalam sepi.
Kurmiakan aku taubat, sebenar-benar taubat.
Hati bagai dicarik hiba tak bertepi.

Pimpinlah aku Ya Rahim, bimbinglah aku Ya Rahman.
Aku ingin merasa damai di sisi Mu.
Aku tak layak untuk syurga Mu, aku takuti neraka Mu.
Aku dambakan keredhaan Mu.
Peluklah aku dengan rahmat Mu.

Airmata ini terus mengalir tanpa henti.
Ku ratapi bukan  kehilangan cinta hamba.
Ku ratapi langkah sumbang penuh jahil dan zalim.
Setiap airmata yang jatuh saksi dosa.
Harga yang tak mampu ku tebus.