Sunday 8 July 2012

JANGAN SINDIR SAYA...

Assalamualaikum,


Dah lama tak menulis, sibuk sangat 'membaiki' hidup. Hanya nak meluahkan rasa. Kadang hati terlalu ni terlalu terkilan dengan sikap kawan-kawan dan saudara mara di sekeliling. Bukan nak meluahkan rasa marah. Hanya nak mengajak sesiapa sahaja yang membaca blog saya ni berfikir sejenak.

Pernah tak korang kena sindir yang mana nadanya berbunyi gini.

A : Awak, baju awk nampak ketat la hari ni.
B : Yeke? tak perasaan la saya 'ustaz'. Nanti balik saya tukar ye ustaz ye...

Pernah tak korang kena gini? Agak2 apa korg rasa? Down kan? Aku tahu diri ini tak sebaik mana tapi aku kadang sekadar mengingatkan. Bukan nak tunjuk baik. Kadang mengingatkan diri sendiri juga. Tanda kita sayang mereka. Tanda kita ambil berat tentang mereka. Andai tak mahu mendengar sekalipun jangan la menyindir.

Perlukah seseorang mencapai tahap ustaz baru dibenarkan menegur? Pada aku andai la seorang ni penjenayah terbesar sekali pun jika dia menyampaikan kebaikan pada aku nescaya aku akan terima dengan hati yang lapang kerana Islam itu indah bukan memandang darjat dan pangkat sosial. 

Percayalah kita ini tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Jadi jika ada yang dtg menegur dan mengingatkan kita itu bersyukurlah kerna kekadang Allah menyampaikan peringatan itu melalui hamba2nya. Itu merupakan tanda kasih syg Allah. Maka bersyukurlah, terimalah teguran dengan berlapang dada.

Wallahualam, moga aku tak memburukkan sesiapa. Hanya redhaMu ku dambakan...SAYA BUKAN USTAZ...Saya insan biasa yang kadang melepak kedai kopi sampai 2,3jam. Saya insan biasa yang kadang tak terlepas dari melakukan dosa2 mengumpat dan maksiat. Moga Allah ampunkan dosa2 ku ini...

5 comments:

Cik Pulau said...

pernah je..
tapi tu lagi okey daripada dia dukkutuk kita kat belakang cakap tak puas ati kita tegur dia.. tu lgi tak best sebenarnya..

Jahirah said...

klau nk tgu jd ustaz/ustzh bru lyak tegur org...sampai sudah tak bertegur la camtu...yg ditegur pn jgnlah kecik atikn....
lama xkunjung sini...msti bz en tam ni.:)

Sunah Sakura said...

satu cara untuk tak terasa adalah anggap kata2nya sebagai satu pujian dan doa untuk kita, bukan satu sindiran...apa salahnya dia panggil ustaz? alhamdulillah... :)

sailaaf said...

mungkin cara menegur | gaya bahasa tak kena. tp kdg ada gak jnis yg xleh ditegur.manusia..manusia..

anismelon said...

hurmm..anis pernah terfikir "perlu ke jadi ustaz dulu baru leh menegur"..huhu..boleh tegur bukan tak boleh..tp tengok balik diri sebelum tegur org..pd anis gitu..huuu