Wednesday 27 April 2011

Istikharah 'Cinta'.

Aku bukan ingin menyalahkan istikharahmu Cinta. Sebelum ini Cinta juga telah melakukan istikharah. Bukankah Cinta merasakan hati Cinta dekat dengan ku. Kenapa timbul sangsi setelah lama menjalin rasa?Kenapa mencari  jawapan dalam istikharah Cinta? Kenapa Cinta sendiri tidak muhasabah diri di mana silapnya? Kenapa bermain dengan takdir? Jika Cinta tidak bahagia satu hari nanti adakah Cinta akan menyalahkan istikharah Cinta?

Setelah retak begini mengapa Cinta menyalahkan jodoh? Bukankah jodoh telah ditentukan Tuhan. Jangan disalahkan jodoh dan takdir Cinta. Manusia itu sendiri yang bersifat zalim, menzalimi antara manusia dan diri sendiri. Pernahkah Cinta bertanya pada diri adakah cinta ini ikhlas mencari redha Allah?

Aku sendiri tidak pernah sangsi dengan cintaku terhadapmu Cinta. Terpaksa, aku lakukan juga istikharah. Tidak seperti dulu, wajahmu menjengah mimpiku. Kali ini jalan yang penuh liku ku lalui. Kenapa sangsi? Ini Allah yang tunjuk. Berpegang padanya. Jangan dipermainkan petunjuk dari Allah.

Istikharahlah Cinta. Bila jiwa dan hati mu sudah tenang. Buangkanlah rasa benci dari hatimu. Aku sendiri mengosongkan fikiranku sewaktu melakukan istikharah. Tidak mengharapkan apa-apa. Hanya petunjuk dari Allah kerana takut hati ni berat kepada sesuatu yang kita fikirkan. Berserahlah sepenuh hati pada Tuhan mu. Buangkan sifat ego mu. Maatkan aku kerana pernah melukakan hati mu. Tiada lain niat ku hanya mahu menduga cintamu.

Sunday 24 April 2011

EVOLUSI : Cintaku Saodah

Setelah ditimpa ujian seperti ini, aku cuba merenung kembali aku 5tahun yang lepas. Adakah apa-apa perubahan yang berlaku? Adakah aku menjadi seorang manusia yang lebih baik? Aku 5tahun lepas hanyalah seorang student yang mana banyak menghabiskan masa dengan kawan-kawan dan sedikit sahaja dengan buku. Hubungan aku dengan Tuhan? Macam biskut, sekejap solat, sekejap tidak. Memang jahilliah habis. Astaghfirullah. Moga Allah ampunkan dosa aku dan moga Allah kekalkan aku sentiasa istiqamah dengan apa yang buat. Semoga iman aku bertambah menebal.

Bagaimana aku boleh jadi seorang yang macam aku sekarang? Ujian dari Allah. Setelah 1per1 ujian dari Allah. Hati ini mula berdetik. Kenapa aku selalu ditimpa ujian yang kadang-kadang aku sendiri tidak tertanggung? Kenapa urusan hidup ku selalu sahaja tidak berjalan lancar? Setelah difikirkan dan muhasabah diri yang panjang, aku mencari jawapan dalam buku-buku dan apa sahaja majlis ilmu. Sepi sendiri kadang membuka mata hati ku ini untuk mendalami sesuatu yang aku sendiri tidak tahu. Allah nak mendidik sabar dalam hati ku. Allah mahukan perubahan dalam diri ku. Allah sedang mencurahkan hidayahnya kepada ku. Allah suruh kembali pada fitrah.

Perlahan-perlahan aku mula berubah. Aku mula merapatkan silaturahim dengan saudara-saudara ku yang mana dulu aku bagaikan anjing dengan kucing dengan mereka. Aku mula mendekatkan diri dengan Allah. Aku mula nampak tujuan aku hidup di muka bumi ini. Allah, ibu dan bapa merupakan tujuan aku terus berusaha di atas muka bumi ini. Berusaha untuk mencari kesempurnaan. Berusaha untuk menggembirakan hati  ibu dan bapa. Bukan dengan wang ringgit semestinya. Cukuplah dengan perhatian dan kemesraan. Aku tidak lagi kekok untuk bercerita apa sahaja dengan ibu ku. Suara lembut ibu membuatkan hati ku tenang. Senda tawa dengan bapa membuatkan dunia ku berseri. Ya Allah, Kau panjangkan umur dan senangkanlah hati mereka.

Setelah itu baru aku sedar, hidup aku seperti ada yang tertinggal. Masih ada ruang kosong dalam hati ini yang masih belum berisi. Jodoh, aku perlukan pasangan hidup. Selain dari ibu dan bapa aku perlukan belaian seorang wanita yang bakal menemankan aku seumur hidup. Aku mula merasakan sepinya. Aku isi kesepian ini dengan buku-buku dan Qalam Allah. Terima kasih ibu dan bapa kerana membekalkan aku ilmu agama yang secukupnya. Telah lama aku tinggalkan amalan membaca Qalam Allah ini. Sejak di bangku sekolah lagi. Nasib baik, masih lagi lancar. Melalui buku-buku yang aku baca aku mula tahu mengenai, "Jodoh yang baik, adalah untuk orang yang baik-baik". Aku cuba mencari kesempurnaan, aku perbanyakkan solat taubat dan solat hajat agar aku dikurniakan jodoh yang baik.

Hinggalah pada suatu hari, aku sedang duduk bersantai di sebuah restoran kegemaran ku sambil 'online'. Aku 'online' untuk mengisi borang KPLI waktu itu. Terdetik hati ku ini untuk menelefon seorang rakan ini. Biarlah aku gelar dia Cinta kerana dari sini segalanya bermula. Rakan inilah yang mencorak lembaran baru dalam hidup ku. Rakan inilah yang mengenalkan aku dengan erti sebuah Cinta Manusia. Sebabkan kisah Cinta ini akan aku nukilkan menjadi sebuah novel...pengubat sepi, penawar rindu, luahan rasa ikhlas KERANA CINTA ku SAODAH terciptanya hikayat ini....





Friday 22 April 2011

Pesimis

Kenapa bersikap pesimis Cinta? Aku sudah berkali menyatakan padamu wahai Cinta janganlah memandang dunia ini dari sudut gelap hatimu. Pandanglah apa sahaja yang aku buat ini satu ikhtiar untuk memperbaiki hubungan kita. Untuk mengangkat martabat cinta dan sayang antara kita. Aku optimis memandang segala yang terjadi adalah ujian dari Allah untuk menyedarkan kita wahai Cinta. Inilah masanya untuk kita berubah. Peetunjuk yang Allah bekalkan turut menjadi pembakar untuk aku terus berusaha Cinta.

"Wahai anak-anakku,pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf serta adiknya, dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum kafir".{Yusuf 12:87}

Hentikanlah Cinta monolog-monolog negatif. Cubalah sesuatu yang indah dari memikirkan sesuatu yang negatif. Fikirkanlah janji yang Cinta pernah taburkan. Fikirkanlah tentang impian yang dibina. Fikirkanlah harga diri mu Cinta. Fikirkanlah keberkatan dari kedua ibubapa mu. Percayalah Cinta boleh berubah kepada yang lebih baik. Berilah peluang kepada diri mu sendiri.

Putus asa itu adalah seburuk-buruk akhlak manusia. Aku turut mengingatkan diri ku sendiri...

Sihir?

Benarkah ada sihir antara hubungan kita ini? Aku cuba mencari logiknya. Aku bukan gila Cinta. Aku bukan gila keran cintamu. Hingga saat ini aku sukar menafsir dan menterjemahkan asbab perubahan sikap mu yang terlalu drastik. Punca pergaduhan kita terlalu kecil Cinta. Kenapa hingga pecah berderai?

Aku bukan ingin menuduh sesiapa. Tapi kemungkinannya tetap ada kerana Cinta jauh berubah sejak dari awal percakaran kita. Dari situ sahaja aku sudah dapat merasakan Cinta semakin menjauh dan hati ini juga merasakan sesuatu yang tidak selesa. Dengan sebab itulah aku berpesan pada mu wahai Cinta, "Jagalah hubungan ini".

Kenapa perlu menggunakan sihir? Terdesak sangatkah manusia di luar sana? Allah tempat kita bergantung dan berserah. Sabarlah menunggu jodoh mu tiba. Kenapa merampas dan meruntuhkan impian orang lain untuk membina impian sendiri?Bahagiakah kamu?

Wahai insan-insan di luar sana janganlah kamu mensyirik kan Allah. Besar dosanya tak terperi.

Thursday 21 April 2011

Di mana Harga Diri?

"Ini Saodah! Awak silap buat Saodah buat macam ni." Ini dialog yang Cinta ucapkan sewaktu emosinya terganggu. Gelap pandangan mata ku. Benarkah ini Cinta yang aku cintai dulu? Hilang waras ku berfikir?Kenapa begitu egonya Cinta. Sampai tekad mengatakan ayat seperti itu. Bukankah Cinta mengamalkan agama? Tidakkah Cinta tahu bahawa kita ini hanya insan kerdil di bumi Tuhan ini. 

Besarkah salahku pada Cinta?Adakah aku mendustai Cinta?Adakah aku menduakan Cinta?Aku hanya bertegas dalam keputusan ku. Aku pulang segala hadiah pemberian Cinta kerana mengharapkan sekelumit usaha dari Cinta untuk mencari cinta dari ku sendiri kerana aku dapat merasakan Cinta semakin jauh dari ku. Cinta telah mula bercakap kasar dengan ku dan kita sering bercakaran atas perkara yang kecil. Setiap kali juga aku yang mengalah. Walaupun jelas dan nyata kesalahan di pihak Cinta.

Maafkan jika aku ada menyakiti hati Cinta. Aku juga manusia biasa yang kadang melakukan kesilapan. Mungkin agak kasar kata-kata aku bila mengatakan Cinta tidak layak menyarung cincin pemberian ku. Aku hanya bertegas dan ingin menyedarkan mu wahai Cinta hati ku. Aku kecewa bila tiada langsung usaha dari Cinta. Sebabkan kecewa yang teramat sangat membuatkan aku keluarkan kata-kata seperti itu.

Cinta berjanji akan kembali...itu janji yang Cinta pada aku. Aku sanggup menunggu Cinta biar bertahun kerana aku mulai sedar tiada gunanya kita berjumpa dan bertaut rapat jika menyemai jemu pada hati Cinta dan juga aku bimbang hilang Barakah. Biarkan lah aku menunggu. Waktu menunggu ini akan ku isi dengan ilmu dan pengertian tentang apa itu Suami?Apa itu isteri?Apa itu Ijab dan Kabul?

LALU...masjid impian yang cuba ku bina dari kudrat yang tersisa runtuh menimpa diri. "Macam mane kalau org ada laki lain"? Retak hatiku bila Cinta mengajukan soalan ini. Aku cuba beriak tenang memberikan jawapan yang terbaik. "Jika ada laki lain di hati mu pergilah kepada dia. Kamu bukan barang untuk direbut". Berat hati ku menyatakan ayat yang seperti itu. Terlalu baikkah aku untuk melepaskan Cinta begitu sahaja. Mampukah aku?Selang berapa hari kemudian Cinta menghantar pesanan ringkas lagi "Mcm mane kalau org tak jujur"? Ya Allah, Tabahkan hati hamba mu ini. "Aku tak judge org, baik buruk kita biarlah Tuhan yang judge". Sepi...Sehinggalah suatu hari aku menghantar pesanan ringkas pada Cinta. "Aku mmg tau awk tak jujur, awk byk berahsia. rahsia itu kdg membuatkan seorg itu tak jujur. tapi ape sekalipn aku tetap leh terima awk seadanya".Kemudian Cinta membalas pesanan yang meruntuhkan hati ku. Meremuk kan hati ini. Aku rasa terhumban dalam jurang yang gelap. "Kita putus jer la". Aku terpempan.

Hargailah dirimu Cinta untuk menghargai diri orang lain? Kenapa mudahnya kamu memungkiri janji?

Wednesday 20 April 2011

Terima Kasih Mak...

Hari ini hatiku remuk dan sayu. Setelah itu, aku cuba bangkit untuk melupakan dia. Cuba nak menceriakan hari. Cuba bangkit untuk memberi harapan pada orang yang masih menghulurkan tangan di saat aku tersungkur jatuh.

Terima kasih mak, terima kasih kerana berjuang membela nasib anakmu ini. Terasa lembut kasih sayang yang mak curahkan untuk mengembalikan ceria pada wajah anakmu ini. Ceria ni telah hilang sebentar mak. InsyaAllah   akan kembali nanti mak. Hati anakmu ini telah teruk dihancurkan. Bukan salah sesiapa mak kerana anakmu ini seorang Pencinta yang Hebat kan mak?

Biarlah tidak dihargai. Mungkin cinta ini bukan untuk dia hari ini. Mungkin esok, mungkin takkan ada kerana anakmu ini perlahan-lahan sedang menutup segala pintu harapan yang ada untuk mengharapkan dia kembali.

Terima kasih Mak Cinta kerana menyambut mak ku dengan terbuka dan memberikan layanan yang baik. Tiada lain niat mak menceriakan anaknya yang sedang dikecewakan dan mencari jawapan yang pasti. Baru ku kenal Mak Cinta, lembut dan peramah bila mendengar suaranya di telefon. Mak Cinta juga mengharapkan yang terbaik untuk kami. Mak Cinta juga suka kan aku. Tapi hati in tidak cepat terlalu berbunga.

Terima Kasih Mak kerana melahirkan seorang Pencinta yang Hebat....

Thursday 14 April 2011

Kisah Cinta Zulaikha...

Cinta Zulaikha cinta agung yang terbina melalui niat dan matlamat yang tersasar. Bagaimana kuasa Allah yang maha besar telah menyatukan dan mengubah Cinta Zulaikha sebagai sebuah Cinta Agung?

Sejarah membuktikan bagaimana Cinta Zulaikha bermula dengan berlandaskan nafsu sehingga sanggup menduakan suaminya al Aziz seorang menteri kerajaan. Akibat daripada cinta yang membuta tuli sehingga terangkat benteng malunya. Sehinggakan terkoyak baju Nabi Yusof a.s.

Akibat daripada peristiwa itu Nabi Yusof a.s. telah dipenjarakan. Tinggallah Zulaikha menanggung rindu dan cintanya kepada Nabi Yusof a.s. Cinta nafsu yang terbina telah melemahkan kewarasan minda Zulaikha. Zulaikha menderita kerana menanggung rindu yang amat. Wajah Zulaikha daripada seorang yang cantik dan muda telah bertukar menjadi hodoh dan tua. Zulaikha sering juga menangis sehingga matanya menjadi buta. Hartanya juga turut habis dibelanjakan kerana Nabi Yusof a.s.

Sehingga datang belas kasihan dari Allah, mewahyukan kepada Nabi Yusof a.s supaya mengahwini Zulaikha. Allah mengembalikan wajah dan keremajaannya. Lalu timbul pula rasa cinta yang mendalam Zulaikha pada Allah s.w.t Banyak masa Zulaikha dihabiskan dengan beribadat kepada Allah. Sehingga Nabi Yusof a.s terasa diabaikan dan pada satu masa apabila kesabaran Nabi Yusof tidak dapat dibendung lagi Nabi Yusof pula yang menarik baju Zulaikha sehingga koyak.

Tuesday 12 April 2011

KERANA CINTAKU SAODAH

Ku sangka terang sinar cahaya,
Jika terang kenapa kelam selimuti sepi,
Ku sangka kubu cinta itu utuh,
Jika utuh kenapa runtuh menimpa jiwa.

Silapnya di mana?
Aku pulang ke asalku mencari jawapan,
Ku selam jiwa di dalam lipatan sejadah
Dalam jiwa yang tenang.

Dia unjurkan ketenangan,
Dia unjurkan kesabaran,
Dia aku berserah, putus harapan tidak,
Kerana Cintaku Saodah ku turutkan...

Biarlah masa mengubati lukamu,
Biarlah masa membuka hatimu,
Biarlah Dia mengangkat martabat cintamu,
Aku redha dengan ujian Mu