Sunday 24 April 2011

EVOLUSI : Cintaku Saodah

Setelah ditimpa ujian seperti ini, aku cuba merenung kembali aku 5tahun yang lepas. Adakah apa-apa perubahan yang berlaku? Adakah aku menjadi seorang manusia yang lebih baik? Aku 5tahun lepas hanyalah seorang student yang mana banyak menghabiskan masa dengan kawan-kawan dan sedikit sahaja dengan buku. Hubungan aku dengan Tuhan? Macam biskut, sekejap solat, sekejap tidak. Memang jahilliah habis. Astaghfirullah. Moga Allah ampunkan dosa aku dan moga Allah kekalkan aku sentiasa istiqamah dengan apa yang buat. Semoga iman aku bertambah menebal.

Bagaimana aku boleh jadi seorang yang macam aku sekarang? Ujian dari Allah. Setelah 1per1 ujian dari Allah. Hati ini mula berdetik. Kenapa aku selalu ditimpa ujian yang kadang-kadang aku sendiri tidak tertanggung? Kenapa urusan hidup ku selalu sahaja tidak berjalan lancar? Setelah difikirkan dan muhasabah diri yang panjang, aku mencari jawapan dalam buku-buku dan apa sahaja majlis ilmu. Sepi sendiri kadang membuka mata hati ku ini untuk mendalami sesuatu yang aku sendiri tidak tahu. Allah nak mendidik sabar dalam hati ku. Allah mahukan perubahan dalam diri ku. Allah sedang mencurahkan hidayahnya kepada ku. Allah suruh kembali pada fitrah.

Perlahan-perlahan aku mula berubah. Aku mula merapatkan silaturahim dengan saudara-saudara ku yang mana dulu aku bagaikan anjing dengan kucing dengan mereka. Aku mula mendekatkan diri dengan Allah. Aku mula nampak tujuan aku hidup di muka bumi ini. Allah, ibu dan bapa merupakan tujuan aku terus berusaha di atas muka bumi ini. Berusaha untuk mencari kesempurnaan. Berusaha untuk menggembirakan hati  ibu dan bapa. Bukan dengan wang ringgit semestinya. Cukuplah dengan perhatian dan kemesraan. Aku tidak lagi kekok untuk bercerita apa sahaja dengan ibu ku. Suara lembut ibu membuatkan hati ku tenang. Senda tawa dengan bapa membuatkan dunia ku berseri. Ya Allah, Kau panjangkan umur dan senangkanlah hati mereka.

Setelah itu baru aku sedar, hidup aku seperti ada yang tertinggal. Masih ada ruang kosong dalam hati ini yang masih belum berisi. Jodoh, aku perlukan pasangan hidup. Selain dari ibu dan bapa aku perlukan belaian seorang wanita yang bakal menemankan aku seumur hidup. Aku mula merasakan sepinya. Aku isi kesepian ini dengan buku-buku dan Qalam Allah. Terima kasih ibu dan bapa kerana membekalkan aku ilmu agama yang secukupnya. Telah lama aku tinggalkan amalan membaca Qalam Allah ini. Sejak di bangku sekolah lagi. Nasib baik, masih lagi lancar. Melalui buku-buku yang aku baca aku mula tahu mengenai, "Jodoh yang baik, adalah untuk orang yang baik-baik". Aku cuba mencari kesempurnaan, aku perbanyakkan solat taubat dan solat hajat agar aku dikurniakan jodoh yang baik.

Hinggalah pada suatu hari, aku sedang duduk bersantai di sebuah restoran kegemaran ku sambil 'online'. Aku 'online' untuk mengisi borang KPLI waktu itu. Terdetik hati ku ini untuk menelefon seorang rakan ini. Biarlah aku gelar dia Cinta kerana dari sini segalanya bermula. Rakan inilah yang mencorak lembaran baru dalam hidup ku. Rakan inilah yang mengenalkan aku dengan erti sebuah Cinta Manusia. Sebabkan kisah Cinta ini akan aku nukilkan menjadi sebuah novel...pengubat sepi, penawar rindu, luahan rasa ikhlas KERANA CINTA ku SAODAH terciptanya hikayat ini....





2 comments:

sailaaf said...

cinta saodah?hehe..so sweet..bila kita buat silap,kita kembali kepadaNya..alhamdulillah..

tamlegend said...

ape y sweetnya????tak baik sweet2..t leh kena kencing manis...