Thursday 14 April 2011

Kisah Cinta Zulaikha...

Cinta Zulaikha cinta agung yang terbina melalui niat dan matlamat yang tersasar. Bagaimana kuasa Allah yang maha besar telah menyatukan dan mengubah Cinta Zulaikha sebagai sebuah Cinta Agung?

Sejarah membuktikan bagaimana Cinta Zulaikha bermula dengan berlandaskan nafsu sehingga sanggup menduakan suaminya al Aziz seorang menteri kerajaan. Akibat daripada cinta yang membuta tuli sehingga terangkat benteng malunya. Sehinggakan terkoyak baju Nabi Yusof a.s.

Akibat daripada peristiwa itu Nabi Yusof a.s. telah dipenjarakan. Tinggallah Zulaikha menanggung rindu dan cintanya kepada Nabi Yusof a.s. Cinta nafsu yang terbina telah melemahkan kewarasan minda Zulaikha. Zulaikha menderita kerana menanggung rindu yang amat. Wajah Zulaikha daripada seorang yang cantik dan muda telah bertukar menjadi hodoh dan tua. Zulaikha sering juga menangis sehingga matanya menjadi buta. Hartanya juga turut habis dibelanjakan kerana Nabi Yusof a.s.

Sehingga datang belas kasihan dari Allah, mewahyukan kepada Nabi Yusof a.s supaya mengahwini Zulaikha. Allah mengembalikan wajah dan keremajaannya. Lalu timbul pula rasa cinta yang mendalam Zulaikha pada Allah s.w.t Banyak masa Zulaikha dihabiskan dengan beribadat kepada Allah. Sehingga Nabi Yusof a.s terasa diabaikan dan pada satu masa apabila kesabaran Nabi Yusof tidak dapat dibendung lagi Nabi Yusof pula yang menarik baju Zulaikha sehingga koyak.

No comments: