Friday 20 May 2011

Cinta Bukan Sesuatu Untuk Dimiliki.

Aku kutip idea nak tulis entry ni dari blog Angah (sentuhan-maya) tajuk entry dia kadang mencintai tidak semestinya memiliki(lebih kurang la). Bukan nak banned Angah sebenarnya. Just entry Angah tu bagi aku idea nak tulis mengikut buah fikiran aku. Benarkah cinta itu sesuatu entiti yang boleh dimiliki? Aku cinta dan sayangkan mak aku. Jadi apa buktinya aku miliki cinta itu? Mesti pening nak pikir. Mari sama-sama pikir...


Ini hakikatnya sebuah cinta mengikut hikayat aku. Kutiplah mana yang baik. Aku pendakwah kecil yang mencari redha Allah. Harap tidak terpesong dari niat.


Cinta itu bukan sesuatu untuk dimiliki, bukan kadang-kadang. bukan pada waktu-waktu tertentu. Ia kekal bukan milikan kita. Cinta itu bukan matlamat penghabisan. Cinta itu satu JALAN/ARAH. Matlamat yang membangkitkan tujuan untuk kita melangkah dan menggapai akhirat. Jadi cinta itu bukan satu tujuan. Cinta itu yang sebanarnya mewujudkan tujuan.


Cinta yang arah dan jalannya menuju Allah. Mencari bekalan untuk akhirat. Mencari bekal untuk bertemu maha pencipta. Inilah cinta yang seharusnya diagungkan. Cinta antara manusia cinta terbina atas jalan Allah. Cinta antara manusia itu bukan sesuatu untuk dimiliki kerana kita hanya kembara di bumi yang fana ini sementara menuju ke dunia yang kekal abadi. Tiada satu pun di muka bumi ini yang menjadi milik kita. Allah cuma mengamanahkan kita sebagai manusia yang mempunyai kelebihan akal untuk mentadbir alam ini.

   و اذ قال ربک للملئکة انی جاعل فی الارض خلیفة قالوا اتجعل فیها من ‏یفسد فیها و یسفک الدماء ونحن نسبح بحمدک ونقدس لک قال انی ‏اعلم ما لا تعلمون ‏

Dan ingatlah ketika Tuhanmu berkata kepada para Malaikat: "Aku akan ‎menciptakan seorang khalifah di bumi". Para Malaikat berkata: "Apakah ‎Engkau akan menciptakan orang yang akan membuat kerusakan di dalamnya ‎dan mengalirkan darah, sementara kami selalu bertasbih dengan memuji-Mu ‎serta mengagungkan-Mu. Allah berkata: "Aku mengetahui apa yang tidak ‎kalian ketahui.‎ (sumber dari : indonesian.irib.ir)
Surah baqarah ayat-30 di atas jelas menunjukkan Allah telah melantik manusia sebagai khalifah. Jadi apa sahaja kurniaNya adalah suatu amanah pada kita. Bukannya sesuatu yang boleh dimilik. Begitulah juga cinta, cinta antara manusia(laki dan wanita) yang mana awalnya harus merujuk kepada sebuah ikatan perkahwinan seharusnya, kerana tiada cinta sebelum perkahwinan sebenarnya di dalam Islam. Jika ada sekalipun haruslah dipimpin oleh syariat agar tidak terjebak dalam kancah penzinaan. Amanah cinta inilah merupakan satu jalan menuju Allah kerana dari cinta inilah terbentuknya sebuah institusi keluarga yang membawa amanah yang lebih besar. 
Betapa besarnya amanah cinta itu berkembang. Jadi di manakah yang dikatakan cinta antara kekasih itu adalah sesuatu untuk dimiliki? Tiada satupun di dunia ini milikan kita. Bahkan jasad yang sedang menulis entry ini sekalipun bukanlah milikan ku...Kita hanyalah hamba Allah yang berkelana di bumi ini mencari keredhaanNya...wallahualam...sama-samalah kita muhasabah diri. Aku juga manusia biasa yang selalu lalai...Jadi ingatkanlah aku bila aku tersasar... 

1 comment:

anGah said...

Huhu. Bila jejalan terjumpa blog ini. Huhu.