Monday 16 May 2011

1001 ciri-ciri wanita impian...

Sebelum menulis entry ni aku ader la menjengah blog-blog adik2 aku ni. Nampak satu entry yang bagi aku idea nak menulis. Tajuk entry 26 JENIS LAKI YANG AKU TAK SUKA. Banyak tu, macam-macam yang dia tak suka. Dari bulu kaki hingga la ke bulu ketiak, habis semua disebut. memang terperinci. Aku peliknya tu takde la state kat entry tu aku tak suka laki yang tak solat.

Jangan marah ye dik, kalau terbaca entry abang ni. Aku just nak mengingatkan. Berdakwah cara ringan-ringan. Berkongsi apa yang aku tahu. Perlu diingat wahai adik ku, cinta tu tak perlukan syarat-syarat yang lengkap. Cinta tu terbina dengan niat. Kalau niat kita ikhlas kerana Allah, InsyaAllah pincang bagaimana pun hubungan itu pasti akan kembali ke asalnya yakni Allah. Allah itu takkan menzalimi hambaNya, yang zalim manusia itu sendiri. Apabila meletakkan sesuatu itu bukan pada tempatnya. Maka daripada terus melakukan kerosakan lebih baiklah  kita perbetulkan niat jika ingin membina masa depan berumahtangga hingga ke syurga.

Budaya sekarang ni bercinta dulu baru berkahwin. Memang Islam tidak melarang, tapi perlulah berlandaskan syariat yang telah ditetapkan. Perlu ada batas-batas dalam setiap pergaulan. Keluar bersama juga harus ditemani dengan mahram, sms dan call pn haruslah ada batasnya bagi mengelakkan kita lalai dan terjebak dengan mukadimah zina. Ingatlah, syaitan dan iblis sentiasa ada untuk menyesatkan kita.

Bagi aku, tiada ciri-ciri wanita impian yang aku tetapkan dalam hidup ini. Semuanya aku serahkan di tangan Allah. Sambil itu aku berusaha untuk menjadi orang yang baik, kerana Allah dan menjanjikan bahawa jodoh yang baik itu untuk orang yang baik. Jadi pada saat dan ketika kita menjadi baik ini, pasti Allah akan lorongkan jodoh yang baik untuk kita. Tidak dinafikan memang perlu ada usaha untuk mencari jodoh kerana jodoh tu takkan jatuh dari langit pulak kan? Usahalah dengan cara yang diredhai Allah. Buat masa sekarang ni belum lagi tiba masanya kerana diri ini belum layak lagi untuk mendapat seorang jodoh yang baik.

Wallahualam, aku turut muhasabah diri dengan menulis entry ini. Terima kasih Ustaz Hasrizal (Saifulislam.com). Terima kasih Allah kerana kifarah dari Mu hati ini terdetik untuk pulang ke asal Mu....

No comments: