Monday, 3 October 2011

DAPAT JUGA AKHIRNYA...

Salam

Ini kisah rentetan dari entri AKU TIADA HAK. Wali si bunga bakung tak membenarkan aku bawa bunga bakung jumpa mak. Aku sebenarnya di dalam dilema juga. Aku tak sedap juga bila dikatakan membelakangkan keluarga. Kadang terasa pendapat dan kata-kata orang sekeliling kita ni perlu di ambil kira. Siapa kita di sisi masyarakat juga adalah penting. Kita tak nak dilabelkan sebagai anak yang derhaka.

Lalu aku pendekkan cerita sebab mata pun dah ngantuk ni. Berkat dari rahmat Allah, sekembalinya aku dari Perlis minggu lepas mak akupun sudah berada di Klang. untuk menghadiri jemputan walimah saudara. Pertama kalinya mak dan apak aku naik bas datang Klang. Sebab aku takde nak amik mak dan apak kat kampung. Malam hri sewaktu tiba dari Perlis aku sempat lagi nak berborak dengan mak. Aku nak adjust mak datang umah bunga bakung.merisik. Tapi fault terbesar yang aku buat aku tak sempat lagi nak pergi kedai beli cincin merisik. Mak kata nak merisik kena la ada cincin. Nanti tunang la baru jumpa bunga bakung. Kata mak.

Pendekkan cerita lagi, tanggal 25/9/2011 pukul3 ptg mak pak aku boleh buat surprise tiba-tiba. Masa tgh kerja lagi. Kakak aku yang sulung call ajak pergi merisik. Mak nak merisik. Terperanjat beruk aku beb. Tiba-tiba je cakap nak pergi merisik. Aku tnya la yong mana ada cincin. Yong jawab selamber. "Kita cakap la nak datang beraya. Ape ke henya nak kawin kita tak pernah berjumpa. Takkan nak nunggu kawin baru nak jumpa". Senyap terus aku.

Pendekkan cerita lagi. Aku dan satu keluarga besar aku siap dengan bala tentera bagai seranglah rumah bunga bakung. Aku terseret sama masuk. Igtkan nak tunjuk jalan je. Tup;;;tup...abahnya bunga bakung letak title lawatan kami tu sebagai lawatan merisik. Tapi abahnya cakap tak payah la nak bercincin. Tunang nanti hantar 1cincin je. Jimat!!!!hehehe

Tapi abahnya bagi hint hantaran macam nak letak harga standard sekarang je. Takpela. Mak pun kata ikutkan aje. Akupn jatuh kepala jela...huhu

Finally mak dan pak aku dapat jumpa Bunga Bakung...Besarnya kuasa Allah. Meletakkan jalan yang mudah pada aku untuk membina jambatan ke syurgaNya. Jalan yang dihiasi rahmat dan redhaNya insyaAllah. Moga dipermudah hingga ke akhirnya.


ps: Penulisan semakin jauh dari gaya tulis yang kreatif...Maaf.

14 comments:

Zulfikar Hazri said...

hikmah dan upah bagi orang yang sabar..

bila lah aku nak hantar rombongan merisik..

ikutkan aku dah gatal benor nak kawen ni

Nin Ahmad ツ said...

Yeay akhirnya cik tam dah nak kahwin.nanti ajak saya makan nasik minyak free.hahaha

A.I said...

wahhh!
lama tak masuk sini, tetiba dah move to one steps lagik..

congrates ya!

doo kan aku wey nak cepat jodoh gak. =)

anismelon said...

wahwah..bile nak bertunang..kawin..tak sabau nak tngk baju ppengantik..oren menyala+pink..weee..:p

zati embong said...

Congrats.moga hari E-day nnt d permudahkan k?hihi

cik aisha said...

alhamdulillah....selesai satu hal...urusan berikutnya semoga berjalan lancar n dpermudahkan.amin

Miss Ikan said...

Yeay...akhirnya kan?aku tau ko suka...sebab aku mencemar duli kat page ko nie kan...;)... Weee...tahniah yea dark...usaha+sabar= hasil berbaloi2... aku doakan semoga semua berjalan lancar n dipermudahkan...insyaallah.... teruskan usaha... :)

Sunah Sakura said...

alhamdulillah...sejuk hati saya abang tam dah gi merisik...tumpang gembira sekali..moga dipermudahkan segalanya..ameen...

sailaaf said...

comelnya nama bunga bakung.hehe.bunga apa tu eh?alhamduliilah tam. pah tumpang gembira.

Niena Pengembara Ilahi said...

nk mnjwb soalan sbnrnye..


erm.... incik pilot tu kwn sesama blogger la.. dia udah berteman :D

Niena Pengembara Ilahi said...

erm.... kn Allah dh bagi jln kt situ...yg pnting sabar :)


kn dh brjaya bwk mak/ayah jmpa bunga bakung :D

cik pulau said...

wahhh... ALhamdulillah.
bahagianya sesebuah keluarga letaknya pada restu orang tua..

tahniah..
tak lama lagi, bau nasi minyak la ni..

Iffah Afeefah said...

Seronoknyela

bijak akak tu

adat kekdg melemahkan jiwe je

anGah said...

Eh takde masalah.. Kita bebas menyuarakan pendapat kita di dalam blog kita.. Mgkin cara angah mmbuatkan cik tam kurang selesa.. Huhu.. Msti ada seb sendiri mengapa dn kenapa kita hasilkan entry tettentu..

Gaya penulisan ang best.. Membuat seolah berada di tmpat ang.. :)