Wednesday 21 September 2011

MEH, NAK CHECK HENPON JAP...

Salam...

Idea nak menulis tajuk entri dtg lama dah. Waktu berbuka puasa dengan famili akak aku bulan lepas. Masa tengah syok mengadap makan ni sambil dok usha Aiman dok jilat botol kicap. Tiba-tiba henpon abg ipar aku berbunyi menandakan ada mesej masuk. Abang ipar aku masa tu takde kat meja makan. Dia solat maghrib dulu agaknya. Akak aku yang tgh memboyot ni la boleh bangun dari meja makan pergi usha mesej apa yang masuk. Terdetik di hati ku; 'takpe ke akak aku buka mesej abg ipar?' Aku tau abg ipar aku bukan jenis yang mcm korang pikirkan. Maksud aku yang negatif la. Abg ipar aku ni baik orgnya.

Akupun lepas makan solat jap. Kemudian baring la dalam bilik sambil tangan dok atas dahi mata pandang siling. Dok pikir. Kalau aku ada bini nanti marah tak aku kalo bini aku check henpon? Rasanya tak kot. Memang la privasi. Tapi penting juga pada aku untuk bersifat telus. Sebab telus tu nanti dapat elakkan daripada syak wasangka dan berfikiran bukan-bukan yang pastinya akan meleret-leret membawa kepada sesuatu yang kurang enak.

Kadang-kadang sifat kuat berprasangka ni bukannya datang dengan sengaja. Mungkin partner korang nanti seorang yang banyak duit tak pun mempunyai rupa paras ala-ala Johnny Depp  atau Aishwarya Rai. Maunya tak senang duduk korang nanti. Daripada korang dok main konflik dalam bermonolog sendiri, pikir benda yang bukan-bukan baik korang terus terang je dengan partner. Meh, nak check henpon jap. Bukan tak percaya. Tapi kita terlalu sayangkan dia. Dan jika diaorang ni jenis makhluk Allah yang memahami dan dapat merasakan yang kita buat semua ni pun adalah atas dasar terlalu sayangkan hubungan mesti dia berlapang dada nak bagi korang check henpon punya.

Mesej dari entri untuk orang yang dah berkahwin or sedang menjalinkan hubungan. Harap sampai la hendaknya. Marilah kita menjadi insan yang telus, bukan sahaja pada pasangan malah dalam setiap apa yag kita lakukan... Wallahualam

ps: aku tak kisah pun kalau future wife nak check henpon...SILAKAN. Huhuhu

8 comments:

cik aisha said...

bgs tu dah gtaw siap2 future wife ley cek henpon.;p
keperluan tu cek henpon pasangan msg2..tp kalau yg jenis pandai buat pandai simpan tu, mmg xkn dpt trace la sbb clear sokmo sblm blk umh...erm

Qistina Hassim, D20102044318 said...

aku pun sama sebab aku jenis jujur dan setia.wakakakaka

sailaaf said...

hahaha.. kena telus kan. btol2.
pah mmg mengamal kan ketulusan dalam perhubungan. baik hp,fb,email smua nya paswod asyran pah tau. telus sangat2 kan pah.

Niena Muhammad said...

hehe..lps ni nk chek la msg asben ai..

**lupa xkawin lg

zati embong said...

ma jat x check pun hp ayah.kitorg anak2 yg sebok duk check. kdg2 skit perut gelak sbb ada mamat minat kat ayah,siap msg manja2.ma senyum je.

tunang jat pn, ceo dia lelaki suka msg manja2 tau. jat ckp kat dia, xpe kalau laki yg mnat.haha.

anismelon said...

wah..meh na cek enpon cik tam jap..weee..mse kapel anis xpnh cek..kawin t..harus la cek..weeee

Unknown said...

ada dua masalah dalam hal ni...

1. saling percaya dengan pasangan lambang cinta sejati...

2. cemburu tandanya sayang...

dua2 ni orang selalu sebut, tapi dua2 ni tak boleh berada dalam landasan yang sama

Sunah Sakura said...

suka komen abang chepppp pikar