Tuesday, 20 September 2011

LANDASAN YANG BETUL

Salam, aku sekarang dah jarang nak update entry kan? Sory la. Jgn la ada yang memandang aku dah hilang minat nak menulis. Just macam entri sebelum ni, aku terlau sibuk dan penat untuk menulis. Alhamdulillah takde lagi yang unfollow aku lagi. Terima kasih. Aku tak menulis tapi aku still lagi meninggalkan komen kat entri2 korang. Sekarang ni baru ada masa nak menulis. Sebab dok jauh dari Shah Alam n bekerja jauh dari bos. Boleh la rileks sikit. Rezeki, bos bagi kepercayaan handle pembukaan untuk cawangan baru kat Arau ni. Seminggu kat sini tapi tak berapa nak rileks la. Banyak benda kena buat.

Ni dok sorang2 baru la ada idea datang nak menulis. Macam yang aku tulis dalam entri sebelum ni aku dah nak bertukar status dah lepas ni. Minta semua kawan-kawan doakan semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah setakat ini semuanya di landasan yang betul. Bagai suatu keajaiban.Semuanya bermula dengan pertemuan yang dirancang melalui orang tengah. Sampai la aku jumpa wali dia, sedar-sedar dah nak kahwin dah.

Setakat ni byk jalan yang dipermudahkan Dia. Moga sampai akhirnya la dipermudahkan. Mungkin ada dugaan di sana sini. Tapi semuanya lebih pada konflik dalam diri je. Maklum la nak kawin dengan orang yang kita tak berapa nak kenal. Bukan nak tunjuk aku ni anti-couple. Just nak buat yang betul. Tak nak terkurung dalam budaya sekarang, couple dlu baru kawin. Maaf la mana yang terasa ek. Aku just state nak buat yang betul maknanya bukan aku ni baik sangat.

Saat bahagia ni moga Allah tak menjadikan aku insan yang lalai. Moga diri ini sentiasa beringat kerana bahagia ini juga merupakan ujian jua dari Allah. Moga diri ini tidak terlupa dengan cara mana untuk mentadbir cinta dan tidak hanya nanti menyalahkan takdir kerana salah diri yang salah dalam mentadbir. Moga diri ini tidak terlupa dalam mencari redha Allah. Dan pinta ku Ya Rahman, jgn la Kau jauhkan aku dari lingkung rahmat mu setelah Kau berikan aku petunjuk dan hidayah untuk mengejar cintaMu yang pastinya sesuatu yang abadi. Wallahualam...untuk aku menulis sememangnya memerlukan waktu tenang seperti ini yang selalunya jarang aku miliki. kerna diri ini terlalu sibuk dan terima kasih ya Allah kerna menjadikan hambaMu ini sentiasa sibuk kerna dengan ini aku tiada masa untuk memikirkan sesuatu yang sia-sia.


ps: dia dah beli baju tunang...aku??? (dah macam Iffah lak...huhu...moga cepat sembuh Iffah)

5 comments:

cik aisha said...

kat arau ye...dah banyak perubahan arau kot..

alhamdulillah...berita baik tu nak bertukar status...saya doakan semoga semuanya berjalan lancar seperti yg dirancang...amin.

Nin Ahmad ツ said...

Aik bukak kedai apa cik tam kat Arau?mencik tahu aku dah habis br nak pergi sana.kehkeh.

semoga berbahagia,makan nasik minyak ajak aku tahu.kehkeh

Niena Pengembara Ilahi said...

Alhamdulillah.. rezeki,, lps brtukar status pasni lgiii bnyak rezeki yg dtg :)

Sunah Sakura said...

tak payah beli baju tunang...pakai camtu aje laki pon...

zati embong said...

bahagianya.jat doakan semuanya selamat dan di permudahkan O.o

ofis jat kat kuantan O.o