Friday 12 August 2011

DUGAAN RAMADHAN 3

Tanggal 9/8/2011 yang seperti yang aku ceritakan dalam entri sebelum ini mak aku akan melalui satu pembedahan kecil. Ikutkan yang betulnya tak bedah pun. Hanya satu prosedur piawai je. Masukkan kamera dalam perut mak. Doktor kat hospital Manjung cakap bedah. Apala punya tur...Nasib baik aku ni bijaksana pergi la mengoogle ape ke mendanya ERCP tu. Rupa-rupanya Endoscopic Retrograde Cholangiopancreatography Procedure. Apa benda ni? Kalo korang rajin baca la kat sini. Mak patut dijadualkan dibedah di hospital besar Ipoh.

Tapi malang sememangnya gagal dihidu kehadirannya. Boleh plak doktor kat Hospital Ipoh tu cakap dalam masa 3tahun saya jadi doktor ni, inilah kali pertama berlaku. Kamera endoskopik yang kitaorang gunakan putus dan gagal berfungsi. Peeehhhh...memang best la doktor ni. Yang bestnya mak aku tak sempat guna lagi menatang endoskopik tu. Setelah sehari suntuk menunggu. Memang tercabar keimanan ku. Ikutkan hati mahu je aku bako Hospital Besar Ipoh tu.

Maunya tak, aku bertolak keluar dari rumah pukul 3 pagi tau tak Dr. Selvan oi!!! Tunggu kat Hospital ni dari pukul7 pagi sampai la pukul 3 petang ni hasil yang kita dapat. Dah la aku baru sampai dari Shah Alam pukul2 pagi. Tup..tup...mak aku ngerang sakit kol3 pagi. Terpaksa la bawak mak pergi hospital Teluk Intan dulu. Sampai je kat Hospital Teluk Intan kena tggu mak dirawat makan masa 2jam. Kol5 baru setel. Ingatkan Hospital Teluk Intan nak la bawak mak prgi Hospital Ipoh sebab mak dah dijadualkan menjalani ERCP di sana. Haram nak nolong bawakkan. Aku jugak yang nak kena bawa. Gagah jugak la aku drive demi mak aku. Takkan aku nak merayu-rayu pulak suruh diaorang bawak mak. Aku ada! Aku akan jaga mak. Diaorang tak nak takpe. Terima kasih doktor kat Hospital Teluk Intan kerana hilangkan rasa sakit mak.

Sampai kat Hospital Ipoh dah la kena tendang sana kena tendang sini. Sebab mak punya appointment tu tak tercatat dalam jadual Hospital Ipoh tu. Kena daftar dari awal. Sian mak kena naik turun tangga. Aku sayu je tengok mak. Mak nak makan. Tapi tak berani sebab takut perut mak sakit balik. Tu mak jadi macam tak bermaya je. Banyak beno kerenah birokrasinya. Malas aku nak cerita semua. Tahan je la. Anggap je la manusia tu lemah. Redha.

Sekarang waktu entri ini ditulis mak dah pun selamat menjalani ERCP kat hospital Selayang. Aku juga yang bawak mak sendiri dari Perak ke Selayang. Mak sekarang hanya perlukan rawatan susulan untuk membuang batu karang dalam hempedu mak yang tersumbat dan menanah. Ada lagi prosedur selanjutnya yang sehingga sekarang masih lagi samar-samar. Mak masih lagi ditahan di wad. Moga mak cepat sembuh.

Pasti ada hikmahnya disebalik dugaan ini...

15 comments:

A.I said...

manjung? eh org manjung gak ker?


neway dealing ng hospital kerajaan mmg cam tu.
tapi apa kan daya, nak pi swasta boleh lapaa 3,4 thn.

semoga ur mom sehat ya =)

anismelon said...

sabar lah erk..ade hikmah nye..kerajaan..biase lah..sambil lewa je..

Sunah Sakura said...

huuu...sedihnyaa baca...kesian mak abang tam...

apapun alhamdulillah da buat ERCP tu..moga cepat sembuh...

Niena Muhammad said...

ada hikmahnya :D
sabar ye tam

cik aisha said...

mak adalah segala2nya...:)
erm kat hosptl gomen (mana2 je pun sebenarnya) mmg kena banyak bersabar sebab yg xskit pn blh jd sakit dgn prosedur diaorg yg kdg2 menyusahkan.

incik tam, saya pn org perak...belah2 ke grik dah nu..:)

Niena Muhammad said...

mana entri baru :)

Niena Muhammad said...

mana entri baru :)

sailaaf said...

erk.mcm sedih lak baca.huhuhu. masa ni la nak berjasa kat mak.bukan senang. dr ipoh ke selayang?jauh oo..apa pon, ko mmg anak yg baik..

Niena Muhammad said...

takpe sy tlg carikan tam pelangi..

nak?

Niena Muhammad said...

ada lah jodoh tu.. insyaAllah :)

Cik Pulau said...

kesiannya..
dugaan bulan pose kan..
moga mak abg tam cepat sehat yer..^^,

Niena Muhammad said...

:D

cik aisha said...

mak incik tam dah sehat ke?mana la entry baru ni..;p

tamlegend said...

tgh dalam proses nak buat entri la ni...hehehe.sibuk memanjang bulan pose ni...tggu weekend yer...

Unknown said...

semoga mak kau cepat sembuh Tam....

doa banyak2....

patut la kau serabut, banyak benda nak kena pikir..