Saturday 6 August 2011

DUGAAN RAMADHAN 2

Rentetan pada entri ini pada hari Khamis yang lalu mak dah dibenarkan keluar wad. Walaupun keadaan mak masih lemah. Tapi tiada pilihan bila mana doktor telah mengarahkan mak berehat di rumah sementara menunggu waktu pembedahan pada 9/8/2011 di Hospital Besar Ipoh. Pihak Hospital Manjung sendiri mengarahkan agar mak datang sendiri ke Hospital Ipoh. Mungkin nak jimat bajet hospital kot. Mungkin atas sebab itu mak dibenarkan keluar dari wad walaupun keadaan mak masih lagi lemah. Takpelah mungkin masih ramai lagi yang lebih memerlukan katil wad mak ni.


Mak hanya dibekalkan ubat antibiotik dan ubat penahan sakit untuk bekalan 4hari sementara menunggu hari untuk operation. Hari pertama mak di rumah mak hanya tidur dan berehat. Ramai yang datang melawat. Tapi mak hanya mampu berbaring. Sebelah petang pula mak gagahkan diri juga untuk bangun bila mana aku meminta mak untuk menunjukkan bagaimana cara membuat buah melaka. Aku sedaya berkeras menghalang. Akhirnya aku mengalah atas kasih seorang ibu. Mak tetap juga bangun dan meyiapkan adunan buah melaka. The rest aku yang buat semua. At least dapat gak aku rasa air tangan mak. Alhamdulillah...

Setelah berbincang dengan adik beradik yang lain aku ambik cuti seminggu lagi nak bawa mak. Sebab adik beradik yang lain sibuk dan cuti tahunan dah abis. Aku tak kisah. Aku suka je. Rugi la diaorang tak dapat nak berjasa pada mak. Walaupun tak besar mana pengorbanan aku ni berbanding dengan jasa seorang ibu melahirkan, pasti akan Allah ganjar sesuatu yang manis...Moga Bos luluskan permohonan cuti saya...Tak lulus saya sanggup ambil cuti tak bergaji...hehe.




ps: kawan-kawan tolong doakan kesejahteraan Mak. Moga Puan Fatimah cepat sembuh...   

4 comments:

anismelon said...

mudah mudahan mak cik tam cepat sembuh and hope semua nye okek masa operation nanti erk..banyak banyak doa and bersabar tau..:)

cik aisha said...

incik tam orang perak ke? saya doakan mak incik tam sembuh dan sihat macam biasa..insyallah..

sailaaf said...

ish. nape xnak tanya je kita wat buah melaka tu? dah kesian mak kamu kena bangun.hehehe..itulah kasih ibu.

hopefully semua nya selamat k. berdoa. bulan puasa ni doa senang makbul.

zaRain said...

semoga mak sembuh cepat..

n hihi 1st time denga org ckp "rugi sbb tk dpt wat jasa kat mak".. brilliant!