Wednesday 27 April 2011

Istikharah 'Cinta'.

Aku bukan ingin menyalahkan istikharahmu Cinta. Sebelum ini Cinta juga telah melakukan istikharah. Bukankah Cinta merasakan hati Cinta dekat dengan ku. Kenapa timbul sangsi setelah lama menjalin rasa?Kenapa mencari  jawapan dalam istikharah Cinta? Kenapa Cinta sendiri tidak muhasabah diri di mana silapnya? Kenapa bermain dengan takdir? Jika Cinta tidak bahagia satu hari nanti adakah Cinta akan menyalahkan istikharah Cinta?

Setelah retak begini mengapa Cinta menyalahkan jodoh? Bukankah jodoh telah ditentukan Tuhan. Jangan disalahkan jodoh dan takdir Cinta. Manusia itu sendiri yang bersifat zalim, menzalimi antara manusia dan diri sendiri. Pernahkah Cinta bertanya pada diri adakah cinta ini ikhlas mencari redha Allah?

Aku sendiri tidak pernah sangsi dengan cintaku terhadapmu Cinta. Terpaksa, aku lakukan juga istikharah. Tidak seperti dulu, wajahmu menjengah mimpiku. Kali ini jalan yang penuh liku ku lalui. Kenapa sangsi? Ini Allah yang tunjuk. Berpegang padanya. Jangan dipermainkan petunjuk dari Allah.

Istikharahlah Cinta. Bila jiwa dan hati mu sudah tenang. Buangkanlah rasa benci dari hatimu. Aku sendiri mengosongkan fikiranku sewaktu melakukan istikharah. Tidak mengharapkan apa-apa. Hanya petunjuk dari Allah kerana takut hati ni berat kepada sesuatu yang kita fikirkan. Berserahlah sepenuh hati pada Tuhan mu. Buangkan sifat ego mu. Maatkan aku kerana pernah melukakan hati mu. Tiada lain niat ku hanya mahu menduga cintamu.

3 comments:

LuLa- said...

Penuh pengajaran yang amat bermakna..

tamlegend said...

alhamdulillah...mmg itu msg y nak disampaikan

ir yien said...

hmmm.. betul2 tu, ramai juga yang menyalah kan takdir.. sebenar diri sendiri yang tak pernah syukur apa yang ada..

nak tahu dah bapa tahun kekal ngn cinta??