Saturday 16 July 2011

ALASAN TIPIKAL BAGI MEREKA YANG MENGHALALKAN 'COUPLE'.



Couple tu haram kerana ia merupakan mukadimah kepada zina. Rasanya semua orang tahu benda ni kot. (kecuali aku, aku yang dulu mmg tak tahu. Jahil nauzubillah.). Simpang kot mana pun tetap haram kerana zina itu bukan hanya pada sentuhan fizikal. Zina juga boleh berlaku dengan hati. Berdua-duaan itu juga adalah haram hatta ke pasaraya atau ke mana saja sekalipun.(ini pesan seorang Ustaz pada aku dulu)

Kita semua telah dimomokkan dengan budaya cinta nafsu. Lagu, novel dan drama filem kebanyakkannya menerapkan elemen-elemen cinta nafsu ini. Jadi tidak hairanlah ada juga di kalangan rakan-rakan sahabat menggunakan segala jenis alasan bagi menghalalkan couple ni. Antara alasan yang aku selalu dengar :-

1.       ‘Kami couple Islamik, sembahyang tak pernah tinggal. Berjumpa bila perlu saja. Kami tahu batas-batas kami’.
Apa benda yang Islamiknya aku pun tak tahu. Benda yang Allah larangpun korang dah langgar aku tak nampak kat mana Islamiknya. Memang korang tahu batas korang, tapi syaitan tu dah janji nak sesatkan keturunan Adam kan? Cukup kuatkah anda untuk menangkis hasutan syaitan jika larangan Allah dah anda langgar?

2.       ‘InsyaAllah, kami ada matlamat. Akan ke jinjang pelamin juga nanti’.
Matlamat apa pulak ni. Matlamat kahwin  kita syurga Allah sepatutnya. Macam mana nak menuju syurga Allah, sebelum kahwin korang dah berkepit ke hulu ke hilir mengalahkan orang yang dah kahwin.

3.       ‘Mak pak kami dah restu, diorang sporting dan berfikiran terbuka. Takde masalah. Ada jodoh nanti kita kahwin la’.
Restu dari Allah dah ada ke? Mak pak korang bukan sporting dan berfikiran terbuka sebenarnya, tapi dayus. Maaf le cakap macam ni. Hakikat . Kena terima . Terutama sekali bapak si pompuan. Wali yang nak kena menjawab dengan yang Maha Pencipta nanti.

4.       ‘Kome memang nak kawin Yob. Tapi apekan daya Yob, duit tak cukup. Bercintelah dulu sambil-sambil ngumpui duit’.
Islam itukan mudah. Yang buat susah tu adat kita je. Tapi aku tak suruh korang pinggir adat. Pelihara takat mana yang termampu. Apa yang penting kat sini adalah agama dan keberkatan dari Allah.

5.       ‘……………………………………’
Yang ini spesis diam je. Takde berbunyi apa-apa. Alasan apapun tak keluar. Ini spesis sombong ni. Dia tahu kebenaran. Tapi menafikan kebenaran. Sebab sayangkan sangat nak tinggalkan nafsu.

Takat tu je la aku boleh bagi alasannya. Apapun berhentilah memberi alasan. Jangan dipilih daging babi yang sah,sah haram. Banyak lagi daging yang halal. Islam itu mudah. Islam juga tidak melarang cinta sesama manusia.
     

13 comments:

Niena Muhammad said...

:D jatuh cinta itu tidak salah.. sebab itu mmg naluri setiap insan.. tapi bercinta tu, bagi saya.. erm... agak tak setuju... sy nk meletakkan hukum haram tu tak berani.. tapi itu lah, ada sesetgh manusia itu bila bercinta tujuan asalnya ingin mengikut jalanNya.. tapi dh lelama terlebih... Allah dh bagi jalan.. istiqarah dlm membuat setiap pilihan... susah nk bercinta ni..bukan senang..kekadang leh jadi zina hati bla terlalu memikirkan si dia.. erm.. minta sy dijauhkan dari sifat2 itu.

owh... mana tau xpnah dgr ... tau kt sni je ada :D suka dgn entri ni

anismelon said...

yup..cinta toh tak salah..tp org yg bercinta toh yg wat salah..pepon sume org pernah wat salah..so..kalo boleh tak nak dah cinta cintun..nak try cinta lepas kawin lak..ngehaha..toh pon kalo boleh la kan..weee..

Niena Muhammad said...

bercinta lps kawin lgi indah.. misal kata kte ucapkan kata2 rindu kt seseorang itu.. blh bwk fikiran ke lain.. dan leh jadi zina hati ^.^

cinta Ali dan Fatimah Az Zahra tu sgt unik .. :D

Gadis berkaca mata said...

awak uitm mane? kos ape?

Niena Muhammad said...

betul.. wang ringgit bukan penjamin kebahagiaan :D

Niena Muhammad said...

nk link mcm mana?
senang jer..
msa menulis entri taip perkataan kemudian highlight then pergi kepada link di atas tu.. masukkan url yg awk nk.. senang je kan :)

Jahirah said...

bercnta slpas hbngn sah.....itu adalah yang sebaiknya.teringat kata2 srg kwn yg lbh muda'kak klau blh sy nk bcnta lps kawen kak,sy rasa itu lbh indah dlm islam.kak doakan sy jmpa jodoh yg baik kak'.terkesima dgr kata2 dia tp dlm hati menyiyakan kebenaran kata2 dia...:) mampukah sy macam tu gak?

tamlegend said...

cik aisha :mampu...of coz mampu...jgn ragu2

ir yien said...

alar bang oit..macam tersa jerk..
yang pernah di nasihat kan oleh abg dengan entry yien sebelum nie..

TQ atas nasihat.. :)
Nice entry..

ir yien said...

tak moh sodih2..

meh2 konsi pengalamn tue,
dengan orang yang sama nasib nie.. :)

ir yien said...

owh sereisly..ok yien menjadi pembaca setia lah.. ok tompang usha kat Blog Archive abg yerk..huhu :)

Niena Muhammad said...

abg ben mmg best :) penulisan dia mmg santai tpi ada pengisian yg bagus :)

eh.. umo dh nk masuk 25 pn hehehe

cik aisha said...

tak taw la incik tam...kdg2 rasa mampu kdg2 x.