Saturday 21 May 2011

Pesanan Buatmu Wahai Hawa...

Wahai Hawa...
Penyeri hidupku, damaiku lihat terbentang di wajahmu, dingin hatiku menatapmu,

Hawa...
Kamu sememangnya tercipta untukku, kamu tercipta hasil dari tulang rusuk ku yang bengkok ini, jadi maafkan aku jika kadang-kadang dalam mendidik hatimu akan terluka, kerana bukan mudah tanggungjawab yang aku pikul ini untuk meluruskan.

Wahai hawaku...
Marilah berdamping denganku, biar aku bisikkan Qalam Allah ke telingamu, mukjizat Allah itu tak terperi hikmahnya. Agar kita mendapat redha Allah.

Wahai Hawa...
Tegurlah aku dengan penuh hikmah jika aku tersasar dari jalanku. Tariklah aku kembali ke landasan yang benar. Selain pemimpin aku juga manusia biasa yang selalu lalai.  

Tuhan jadikan kita saling melengkapi. Akal ku 9 dan akal mu 1, jadi tidak bermaknanya aku selalu betul dalam setiap hal. Emosi ku 1 dan emosi mu 9. Atas sebab itulah Allah letakkan aku sebagai pemimpin mu.
Jadi, wahai Hawa janganlah hendaknya ego mu melebihi dari ego aku sebagai pemimpin. Tinggalkanlah sedikit ego untuk aku kerana sebagai ketua aku perlukan ego itu. 

Wahai Hawa... 
Janganlah takut dengan jumlah kaumku yang semakin tandus ini. Ini semua kerja Allah yang maha mengetahui. Tandanya hari penghabisan sudah semakin menghampiri. Persiapkanlah dirimu. Janganlah kamu tergolong dalam orang yang lalai. InsyaAllah dengan adanya aku di sisi akan sentiasa saling mengingati. 

Wahai Hawa... 
Janganlah dipandang cinta dunia kerana aku semakin bimbang melihat kaum mu kini memilih kekayaan dunia berbanding kaya hati. Carilah Adam yang melabuhkan cintanya pada jalan Allah kerana kaum mu kini memang sudah banyaknya mengecap kemegahan dunia. Malu kaum ku kerana banyak yang memenuhi rumah-rumah besi. Tapi percayalah Hawa, janji Allah bahawa jodoh yang baik itu adalah untuk orang yang baik. Jadi berubahlah Hawa. Kejarlah redha Allah kerana di situ terletaknya damai yang abadi. Biarkan cinta itu tunduk pada ketentuan Allah.

Wahai Hawa...
Jangan jadikan aku dayus kerana tingkah mu. Peganglah pesanku. Tunduklah padaku, kerana disisikulah terletaknya syurga mu. Selubungilah auratmu apabila kamu mendapat kebenaranku untuk meninggalkan rumah. Kaum mu sekarang membuatkan hati ku ini sentiasa gerhana, apabila berpakaian seolah-olah seperti badut. Tanpa segan silu mendedahkan jurang dan lurah. Apabila menutup aurat pula mereka seolah-olah menyerupai unta di bahagian kepalanya terdapat bonjol-bonjol yang menampak susuk auratmu wahai Hawa...

Wahai Hawa...
Dengarlah pesanku untuk kesejahteraan mu...Sesungguhnya kita dijadikan untuk saling melengkapi...Cinta itu akan sentiasa memberi, memaafkan, mendoakan...Janganlah letakkan sebarang syarat antara kita.

2 comments:

ir yien said...

hehehe yien dengar cakap bf yang bakal menjadi future husband :) (insyallah)

erm kalau time jadi awek pun taknak dengar cakap cikit2, dah jadi bini parah nnti,, takut suami jadi dayus kalau tak tegur. "syg suami" :)

Sunah Sakura said...

semoga dia mendengar....

saya juga insya'Allah akan cuba melaksanakan pesanan kaum Adam ni...