Tuesday 3 May 2011

1. Jenis-jenis Diam

Sesungguhnya diam itu terdapat bermacam-macam penyebab dan kesannya. Ada yang dengan diam jadi emas, tetapi ada pula dengan diam akan menjadi masalah. Semuanya bergantung kepada niat, cara, situasi dan juga kondisi pada diri & persekitarannya. Berikut ini adalah jenis-jenis diam:

a. Diam Bodoh

Iaitu diam kerana memang tidak tahu apa yang harus diperkatakan. Hal ini disebabkan kekurangan ilmu pengetahuan dan ketidakmengertiannya, atau kelemahan pemahaman dan alasan ketidakmampuan lainnya. Namun diam ini jauh lebih baik dan bebas daripada memaksakan diri dari berpura-pura tahu.

b. Diam Malas

Diam jenis ini merupakan satu keburukan, kerana diam pada saat atau ketika orang memerlukan perkataannya, dia enggan berbicara kerana merasa diri sedang tiada mood, tidak berselera atau malas.

c. Diam Sombong

Diam jenis ini juga termasuk diam negatif kerana dia bersikap diam berdasarkan anggapan bahawa orang yang diajak berbicara tidak sama taraf dengannya.

d. Diam Khianat

Ini merupakan diam orang jahat kerana dia diam untuk mencelakakan atau mrnyusahkan orang lain. Diam pada saat diperlukan kesaksian yang menyelamatkan adalah diam yang keji.

e. Diam Marah

Diam seperti ini ada kebaikkan dan keburukannya, kebaikkannya adalah lebih terpelihara dari perkataan keji yang akan lebih mengeruhkan lagi suasana. Keburukkannya adalah dia berniat bukan untuk mencari penyelesaian tetapi untuk memperlihatkan kemarahannya, sehingga boleh jadi diamnya ini juga menambah masalah.

f. Diam Utama (Diam Aktif)

Yang dimaksud diam utama adalah bersikap diam hasil dari pemikiran dan penelitian yang membuahkan keyakinan bahawa enggan bersikap menahan diri (diam) maka akan menjadi masalah lebih besar jika dibanding dengan berbicara.

2. Keutamaan Diam Aktif 

a. Bebas dari Masaalah

Dengan memilih diam aktif, kita akan bebas dari mengeluarkan kata-kata yang berpeluang menimbulkan masaalah.

bBebas dari Dosa
Dengan diam aktif maka peluang tergelincir kata atau terlepas cakap yang menyebabkan dosa akan menipis, maka terhindarlah dari kesalahan kata yang menimbulkan kemurkaan Allah.

c. Hati Sentiasa Terjaga dan Tenang

Dengan diam aktif bererti hati akan sentiasa terjaga dari sifat riak, ujub, takabbur atau pelbagai penyakit hati lain yang akan mengeraskan dan mematikan hati kita.

d. Lebih Bijak

Dengan diam aktif bererti kita menjadi pendengar & pemerhati yang baik dan boleh diharapkan dalam menghadapi sesuatu persoalan atau permasalahan. Kefahamannya jauh lebih mendalam dan teliti sehingga keputusan yang dibuat jauh lebih bijak dan tepat.

e. Hikmah Akan Muncul

Yang tak tidak kurang pentingnya, orang yang mampu menahan diri dengan diam aktif adalah bercahaya qalbunya, mampu memberikan buah fikiran dan gagasan yang cemerlang, hikmah dari Allah swt akan menyelimuti hati, lisan, serta sikap dan perilakunya.

f. Lebih Berwibawa

Tanpa disedari, sikap dan penampilan orang yang diam aktif akan menimbulkan wibawa tersendiri. Orang akan menjadi lebih segan untuk mempermainkan atau meremehkan. Selain itu, diam aktif merupakan kemampuan menahan diri dari beberapa perkara seperti:

Diam dari perkataan dusta Diam dari perkataan sia-sia Diam dari komentar spontan dan kasar Diam dari kata yang berlebihan Diam dari keluh kesah Diam dari niat riak dan ujub Diam dari kata yang menyakiti Diam dari berpura-pura tahu dan pintar.


Mudah-mudahan kita menjadi terbiasa dengan berkata benar atau diam. Semoga juga Allah reda hingga keakhir hayat nanti, saat ajal menjemput, lisan ini diperkenankan untuk menghantar pemergian roh kita dengan sebaik-baik perkataan iaitu kalimat tauhid "laa ilaha illallah" puncak perkataan yang menghantar kita ke syurga.


Read more: http://www.resepirahsiaku.com/2009/07/diam-itu-emas-silent-is-golden.html#ixzz1LLB02aeP

2 comments:

HAKMI said...

aku dalam kategori diam tidur mampos gamaknya....

tamlegend said...

salam...diam tidur mampos takpe...jgn diam menzalimi...