Thursday 7 July 2011

SINAMBUNGAN SEMAI DAN TUAI

Pertama sekali aku nak mohon maaf banyak-banyak kerana entri sebelum ni. Rasa macam menulis sambil lewa pun ye. Maaf ya. Mana yang sudi membaca tu terima kasih. Mana yang komen tu ribuan terima kasih dan maaf kerana cerita yang sangat lemah jalan penceritaanya. Entri ditulis waktu sedang dibuai keletihan yang amat. Memang aku dah baca 2,3 kali sebelum copy ke blog.(aku takde internet kat umah. So draft dlm word dlu la. Peh tu baru masukkan dlm blog.). Mulanya rasa macam takde apa yang salah. Lepas komen-komen keluar, baru aku perasan. Lemahnya jalan cerita. Aku gagal menyampaikan. Jalan cerita aku olah dari sebuah buku.(separuh berisi separuh kosong). Ikut sedang tangan je menaip. Memang tak perasan silap.MAAF…SANGAT MAAF. InsyaAllah akan ku edit balik nanti…

Apa moral yang aku nak tekan di sebalik tajuk SEMAI DAN TUAI ni? Cerita bayi yang kena langgar tu adalah sinambungan pada apa yang ingin ku sampaikan. Bagaimana kehidupan kita berakhir bergantung pada bagaimana kita memulakan. Apa yang diTUAI bergantung pada apa yang kita SEMAI. Apa yang dituai mungkin boleh datang dalam bentuk balasan seperti cerita bayi dilanggar sebelum ini. Apa yang disemai adalah sifat tamak haloba dan tidak berperikemanusiaan.’ WHAT U GIVE U GET BACK.’ Itu terjemahan mudahnya. Buat baik dibalas baik. Buat jahat dibalas jahat. Tetapi tidak semestinya berbuat baik akan dibalas baik. Pasti ada yang Allah susunkan yang lebih baik untuk itu. Allah itu MAHA adil. MAHA adil. Ingin aku tegaskan di sini MAHA…

Kekuatan keseimbangan hidup adalah bergantung pada hukum ini. Dalam agama lain ia dipanggil KARMA. Dalam agama Islam ini pula dipanggil balasan Allah. Hukuman Allah. Tiada lain tujuannya. Menyedarkan betapa perlunya keberkatan dari maha pencipta dan juga di dalam menjaga hubungan baik antara manusia.

Cuba lihat musibah yang kadang menimpa kita, kadang bukan kelalaian atau kealpaan semata-mata. Mungkin jua akibat perbuatan masa silam yang Allah ingin tunjukkan dalam bentuk penuh berhikmah. Hanya pada mereka yang berakal dan tunduk pada rahmat Allah sahaja mengetahui akan hikmah disebalik kejadian. Pada jiwa-jiwa yang memuncak langit tidak akan ada hujan rahmat yang boleh tumpah dan bertakung dipuncak yang runcing kerana manusia yang sombong akan terus menafikan kebenaran.

Jadi jika anda seorang pekerja, lakukanlah tugas anda dengan penuh amanah kerana apa yang disemai itu kekadang bukan hanya untuk diri kita sendiri. Anak dan isteri juga turut menyemai benih yang sama. Jika benih seleweng dan haram yang disemai maka tunggu hasil tuaian anda. Apa yang disemai semasa kita masih hidup ini juga akan kita tuai diakhirat sana nanti. Di hadapan Allah yang maha mengetahui. Marilah sama-sama menuai benih yang baik dan halal.

Wallahualam…


p/s : malam ni tak ngantuk sangat. Menaip sambil makan biskut. Harap dapat sampaikan mesej dan ilmu…kredit to Parlindungan Marpaung…

9 comments:

A.R.E.L.E.E.Z.A.F.F.E.N.D.Y said...

'what u give, u get back!' yes! leez setuju! sbb itulah fitrah kehidupan.

Sunah Sakura said...

alhamdulillah..kupasan yang baik...

urmmm...mungkin juga kesilapan masa silam yang sedang menghukum hati saya saat ini...

zati embong said...

kdg kita sedap duk ngata org,jap lg,kita pun bt bnda yg sama.

so,jgn ngumpat2 O.o

husnalalink said...

mekasih atas perkongsian ilmu ini..smoga kite selalu berhati2 dengan ape yg kite buat kan?

tamlegend said...

kak leez :yup...fitrah...


sunah : alhamdulillah...berkat biskut kering. boleh la juga menaip kupasan...takde la merapu.
HUKUK APA TU SUNAH???TAK NAK SHARE??


jat : ngumpat???elakkan la...diam tndanya bijaksana...

lalink7 : sama2. olwez kena hati2...

Sunah Sakura said...

eheeee...takpe, insya'Allah hati ni masih kuat lagi...kalau hati ni rapuh dan mudah pecah, tentulah dah pecah dan hancur berderai kan???

abang tam, saya da edit sikit entri video tadi...ade point2 dalam video tu yang ingin saya kongsikan...

Jangan Menitiskan Air Mata Kerana Video Ini... | Sunah Suka Sakura dot com

Sunah Sakura said...

ehehe...mana ada cakap abg tam takmo tengok...mesti la nak tengok kan, tapi tak dapat tengok video..ramai komen gitu, sebab tu edit balik tadi, taip satu2...tapi tak sume laaa... :D

anismelon said...

yup..what u give get back..kalo yg u give toh baik..yg u get back toh pon baik lah..kalo tak sebalik nye lah..:)

Jahirah said...

balasan tak smestinya kpd diri kitakan,kdg2 org tersyg kita yg kna,tp still xsedar dan xmau berubah...:(