Friday 24 June 2011

IMPERFECT


Suatu  petang di restoran. Sewaktu sedang melayan pelanggan di restoran mata aku tiba-tiba terpandang pasangan yang begitu asyik memadu kasih. Kepala gadis lentok-lentok ke bahu lelaki. Ya Allah, aku kadang-kadang tak tertahan melihat maksiat di depan mata.

Kemudian dengan beraninya aku berbual dengan nada yang agak kuat dengan seorang rakan sekerja di kaunter kerana kebetulan pasangan tersebut berada tidak jauh dari kaunter.
“Diaorang tu dah kahwin ke? Mesra semacam je.” Bual aku, sambil merenung sinis kepada pasangan tersebut.
Si gadis terus sahaja jadi malu-malu dan memandang aku dengan pandangan yang semacam. Marah agaknya. Aku biarkan sahaja. Aku lakukan apa yang betul apa. Aku tak nak share dosa dengan pasangan tu. Kemudian rakan sekerja ni perlahan menyatakan kepada aku.
“Kamu dulu bukan pernah couple juga ke?”  Aku terpana dengan persoalan rakan sekerja.
Kenapa aku yang harus dihakimi? Salahkah aku menegur sesuatu yang mungkar? Perlukah masa silam aku dipertikaikan? Perlukah aku jadi seorang Ustaz untuk menegur maksiat di depan mata?

Persoalan ni berlingkar di kepala. Aku mencari jawapan. AKU JUGA BUKAN SEMPURNA. Itu mungkin jawapan yang paling tepat. Aku bukan sempurna, itu sebagai tanda aku ini sebagai seorang manusia. Tapi aku tidak mahu menjadikan itu sebagai alasan untuk aku jadi lemah dan membiarkan kemungkaran. Ya, aku manusia yang tidak sempurna. Tapi sebagai khalifah dan hamba Allah di muka bumi ini, aku sememangnya dituntut mencari kesempurnaan sedaya boleh buat bekal bertemuNya nanti. Siapa kita di sisi manusia bukan ukuran tapi siapa kita di sisi Maha Pencipta yang harus dikisahkan.

Wallahua`lam… 

4 comments:

Sunah Sakura said...

sampaikan dari Rasulullah walaupun satu ayat...

kalau nak tunggu ilmu penuh di dada dan orang2 yang tak pernah buat dosa untuk menegur, sampai bila pun maksiat akan terus berleluasa...

sambil mencari ilmu, sambil menyebarkan...

sailaaf said...

payah bila nk buat kebaikan,orang asyik membanding..past is past la kan...

Miss Lady Iena Nazir said...

orang akan lebih mengingati keburukan yg kite dah lakukan berbanding kebaikan kita.

sebab 2 kadang2 sy jadi takut ntuk bagi pendapat dan nasihat. sedangkan kita sepatutnya dengar segala nasihat yg baik walaupun ia datang dr mulut seorang pencuri kan..

wallahua'lam.

(:

Jahirah said...

kdg2 kita tkt nk tegur org sebab kita pn xsempurna.pemikiran mcm tu xptt kot sbb mcm bersubahat pulak.saya pun selalu berada dlm situasi buat hal sendiri..;(