Sunday, 19 June 2011

SUNYI


Handphone aku dah lama tak berbunyi semeriah dulu. Jika dulu, handphone ini sentiasa berbunyi menandakan ada pesanan ringkas yang singgah. Setiap kali ia berbunyi akan berbunga rasa hati. Pasti dari dia. Yang pasti sms selamat pagi dan gudnite itu sudah kemestian. Selamat pagi mu sentiasa mengejutkan aku untuk subuh. Gudnite dari mu untuk tidur ku yang pasti lena diulit mimpi indah.

Kini sepi, tapi tidak sekali aku menyesali. Biarkan handphone ini tidak berbunyi. Sebab hati ini sekarang tidak pernah sunyi. Hati ini hanya sunyi dari zinanya hati. Hati ini hanya sunyi dari cinta palsu. Jika sunyi itu yang dideritakan hati ini, pasti aku lebih rela hidup sunyi. Biarkan aku sunyi dari dosa. Biarkan aku sunyi dari nista.

Sunyi hati ini biarlah sunyi mendambakan rindu Ilahi. Sunyi hati ini biarlah kerana diri ini sudah lama tidak berkhalwat dengan Mu ya Allah. Sunyi hati ini biarlah kerana lidah ini sudah lama tidak mengalunkan kalam Mu. Jangan biarkan aku sunyi dari rahmat Mu. Pimpinlah aku, bimbinglah aku dengan hidayah Mu. 

11 comments:

cik aisha said...

henpon saya pun same...sunyi sepi jek...

tamlegend said...

takpe...leh jimat kredit. sebab tak perlu nak reply mesej...wallahualam.

AdyBudika said...

http://www.adybudika.com/2011/06/dia-adalah-penulis-berbahasa-indah-aku.html jangan marah...aahhahahahaha...komen ko ganas sangat kat entri aku...ahahahaha..macam org cari gaduh..ker ko betol2 cari gadoh eh?? errrr

tamlegend said...

eh...bukan nak cari gado la..aduyai..sory2

LuLa-NaDirAh said...

henpon tu buat simpan mp3... bile sunyi dengar la lagu.. hehehhe....

tamlegend said...

lagu pun takda Lula oi...he.henpon cap ayam je

LuLa-NaDirAh said...

la... takpela... cap ayam pun ada ringtonekan... so dgr ringtone je la... hehhe...

tamlegend said...

hehehe...orait juga tu...

Zulfikar Hazri said...

ok. momentum penulisan masih tersirat dan metafora...

tak lama lagi, prestasi sebenar akan tersingkap, apabila kata2 mula bermain di permukaan instead of dasar.

p/s dapat sms gdmorning ngan gudnite adalah saat romatis yg indah... awwwww... suke... :)

tamlegend said...

kena byk tersirat...insyaAllah.mungkin masa yang akan mematangkan gaya penulisan...nak juga tulis santai2 macam kamu encik zulfikar...



p/s romantis n hipokrit...huhu

Niena Pengembara Ilahi said...

tenang tgk pic tu :D