Friday 24 June 2011

TRANSFORMERS

Tajuk entri hanyalah gimik. Aku bukan nak cerita pasal Optimus Prime atau Decepticon. Hanya nak bercerita pasal maksud kata "Transform". BERUBAH. Semua orang ingin berubah. Tak tahulah beubah dari segi apa. Tapi berubah tu biarlah yang memberi dan membawa kebaikan. Aku juga ingin berubah. Aku ingin menjadi lebih baik. Aku ingin mengecapi sejahtera hidup di dunia dan akhirat. Tapi semua ini bukan mudah kerana hidup ini tak pernah sunyi dari dugaan dan cobaan. Dari sanalah wujudnya sebuah kembara. Aku berubah bukan kerana sesiapa. Aku terkifarah kerana Cinta. Aku hanya merasakan hidup ini bukan satu matlamat akhir. Ada tujuan dan fungsi kita sebagai manusia. Itu jawapan yang harus dicari sendiri. Kalau diselak lembar kalam Allah pasti akan berjumpa jawapannya.

Dugaan untuk berubah bukan mudah. Ramai yang mengata. Ramai yang bercakap. Nak-nak insan seperti aku  ni. Bak kata Ady Budika, mat rempit, ganas, dan kasar. Lebih kurang macam tu la bunyinya. Itu kata bekas roomate. Tak salah dia menilai aku macam tu. Memang betul pun. Tapi Ady, aku bukan mat rempit tegar. Motor sekadar pengangkutan je. 

Kadang-kadang aku masuk ofis bagi salam pun orang dah label aku Ustaz. Apa cerita? Salah sendiri juga sebab tak pernah nak amalkan sebelum ni. 

Dahi aku ada tanda hitam sikit ada orang dok mengata aku kuat sembahyang. Ni paling tak boleh tahan. Wahai orang yang mengata. Ni bukan tanda hitam sebab kuat sembahyang, ni tanda hitam parut jerawat la. Aduyai...Aku tahu mereka mengatakan sesuatu yang baik. Tapi tidak benar sama sekali. Fitnah tu.

"Tam kamu dah kurus. Makan hati ke?" kelakar. Mana ada makan hati. Aku diet la. Jaga kesihatan. Diet tak makan nasi. Kesedaran mengenai kesihatan itu timbul bila tengok banyak baju yang tak boleh pakai dan banyaknya kancing seluar dah tak boleh kancing dan tertanggal. Naik dua tiga tangga pun dah termengah-mengah. Itu lagi merisaukan. Muda lagi beb. Alhamdulillah, sekarang dah semakin sihat.

"Kenapa tiba-tiba tulis blog Tam? Meroyan ek?" ha!? kenapa nak meroyan pulak ni? Mereka ni tahu ke tak meroyan tu apa. Meroyan tu kemurungan selepas bersalin. Logik ke aku ni meroyan. Aku tak melahirkan. Tolong baca entri bertajuk NIAT ek. (aku tak reti nak link kan dengan entri ni...sori)

Akupun tak tahu la nak kata apa lagi dah. Nak ikutkan banyak lagi mulut-mulut yang mengata. Tak teringat nak tulis semua. Antara cobaan yang paling besar adalah diri ini sendiri. Musuh yang paling besar. Jika syaitan dan nafsu yang beraja di hati ini dapat ditumbangkan dan iman menjadi penunjuk jalan yang terang, pasti tiada lagi tembok halangan untuk berubah.

Manusia itu pasti akan berubah. Terpulang la pada iman dan hati untuk memandu perubahan itu ke mana. Siapa kita di mata manusia bukan penting. Siapa kita di sisi Allah, itu yang lebih penting.



p/s: entri santai-santai. sebab ramai dok kata aku byk sgt melankolik dan bermetafora. ini entri eksperimentasi di kala melayan petang jumaat yang bosan. 








14 comments:

Jahirah said...

biasalah...manusia selalu menilai secara luaran je,apa yg dia nmpk je.padahal bukan semua benda blh dinilai secara luaran.muka hepy xsemestinya hepy.muka sedih xsemstinya sedih...kn2.so pedulikan org2 yg tdk berjaya memahami apa yg tersirat.

p/s:perkataan meroyan sgt best disebut walaupun merujuk kpd ibu2 yg murung.kikiki

tamlegend said...

itu la pasal...kalo berubahnya ikhlas dipuji dan dikeji sama jer...tak memberi kesan...




p/s : i will come out with entry MEROYAN. but contain quite similar with this entry...

Niena Muhammad said...

erm..ok.. 8-8 bru best :)
ok xpe.. sy xmrh pn, psni leh la singgah selaluu kt blog musuh ketat sy ni hehehe... (jgn amik ati lak)

Niena Muhammad said...

lelaki.. hatinya mmg kering

tamlegend said...

bagus...memahami...

Sunah Sakura said...

nape ek, saya suka cara kamu menulis... :)

perubahan itu perlu, cumanya perubahan ke arah yang lebih baik itu perlu pada mujahadah...istiqamah dan kuatkan hati!

tamlegend said...

eh...alhamdulillah.moga pujian tak memesongkan aku ke mana-mana...

sailaaf said...

comel je bila tak reti nak link kan tu.hahahaha...
tu smua perception la..tp da lama ke x makan nasik?saya naik tangga pun mengah2 la..hihi

tamlegend said...

ha?comel??ape y comelnya...?aku mmg tak reti la. bukan tak makan lgsg...mkn gak kdg2. sbb kerja berat. nasi perlu gak. kang ketar2 lutut nak layan customer...customer igt ape lak...

sailaaf said...

tamlegend : yela..bila xtau mende yg simple nmpak la comel..hahaha..hahaha..customer ingat kena parkinson..ehhhh? haha..gurau2 je

tamlegend said...

la...simple ke???aku sumpah tak tahu...aku dah tak rasa comel dah ni...mmg tak pernah rasa comelpn.rasa mcm bengap pun ada dah ni...tolong le ajar...


parkinson takpe lagi...kalo customer igt aku pembawa penyakit berjangkit, lingkup anis tu nnt...

sailaaf said...

buang la word verification ni dulu..nk komen asyik kena masuk pasword je...

pergi dashboard->settings->comments->show word verification for comments->tick (no)

tamlegend said...

terima kasih...sukasuki oi...lain kali ajar la apa y aku tak tahu...mcm nak link2 tu...

sailaaf said...

ok..nak link2 kan tu pulak senang je en.tam.

masa taip entri..kan ada button "link" kat atas tu... klik la link...

pastu masukkan la (url) sape yg nak di link..atau pun url entri yang kita nak link..

mksudnya kita kena bukak 2 tab la..1 tab yg kita tengah taip.1 tab url tu..jadi kita copy la tab url tu ke dalam link..

hehehe..boleh paham x?